Instagram

IMAM DIPECAT SELEPAS SERU KERAJAAN BBERLAKU ADIL, TELUS -malaysiakini

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji. Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50. Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa." "Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis," surat itu dipetik.Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi. Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari. Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah. Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu. Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini. Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.
Dah makin payah dah sekarang ni kerja apa pun. Time-time sekarang ni bertambah banyak orang yang kena VSS, OT tak boleh buat, bonus takde, claim kena kurangkan, kilang kena kecikkan operasi kilang dan etc.ect. Tup-tup Imam pun boleh kena buang! Ni ka negara Islam 1Malaysia tu? Ni mesti kes diorang termakan cili jamuan imam ni masa pi solat jumaat itu hari.Kah!Kah! Tu lah..aku dah cakap kalau dah mula buat salah, sampai bila-bila diorang ni dah tak pandai dah nak buat benda betul. Aku bukan cakap sesapa yang dok berpakat-pakat tu yea..aku cakap kat sesapa yang selalu dok dalam satu barisan tu. Tak pernah keluar dan tak pernah terfikir nak keluar. Makin bersalah tapi tak pulak pernah rasa bersalah! Yang peliknya..ada lagi yang dok sokong tu..aduhh..Betulll...ada lagi yang dok sokong...

5 sasterawan negara tolak PPSMI

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup menolaknya. Buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan, mereka melontarkan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan pada sidang media di Rumah PENA pagi ini.

Alasan-alasan itu, antaranya:

1. Kebanyakan pemenang Anugerah Nobel tidak datang dari negara pengguna bahasa Inggeris tetapi negara-negara seperti Perancis, Jerman, Jepun, Sepanyol Switzerland, India dan Bangladesh.

2. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

3. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua jenis kewarganegaraan. Pertama, warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan sains teknologi dan kedua, warganegara yang berbahasa Melayu dan menguasai sastera dan sains sosial - bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.


Buang gelaran rasmi

Sebagai menguatkan bantahan mereka, dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan". "Oh, memang sanggup (buang gelaran). Memang sanggup. Sudah pun saya beritahu dalam wawancara (sebelum ini). Itu saya kira, kalau (dikatakan) sasterawan negara itu berdegar bunyinya, ambillah kesemuanya," kata A Samad. Sementara Muhammad pula berkata: "Kalau diperlukan saya akan sampai ke sini juga, ditempat yang diperlukan. Saya merasakan tragedi ini bukan tragedi orang lain, tetapi tragedi (kepada) saya." "Dan tidak pernah berlaku kepada bahasa besar lain seperti yang berlaku kepada bahasa kita. Tidak berani orang sentuh bahasa Perancis misalnya. "Cuba sentuh bahasa Inggeris, bahasa Scotland misalnya, apa akan berlaku?" soalnya."Dalam satu dunia tamadun, menteri tak ada hak menukar bahasa. Hanya bangsa itu sahaja berkumpulan mempunyai hak menukar bahasa itu. Orang lain tidak ada hak menukar bahasa itu."


Surat kepada PM

Muhammad juga menafikan dakwaan beliau lambat tampil memperjuangkan pemansuhan PPSMI, berbeza dengan A Samad sebelum ini yang lebih ke depan."Pertamanya, kalau tidak di depan televisyen atau suratkhabar, saya ini tidak berapa terpilih. Tetapi hal ini telah kita kerjakan dari awal lagi. "Saya pernah siapkan surat kepada (bekas perdana menteri) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), kejar beliau di Putrajaya, beri surat itu. "Tidak ada apa-apa (tindakan). Sewaktu saya di Tokyo, (saya) faks dari Tokyo. Lepas itu, macam-macam (tindakan) yang dikerjakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," katanya. Ditanya sama ada beliau akan menurut jejak A Samad untuk berkempen di pentas politik dan pada pilihanraya kecil demi memperjuangkan pemansuhan PPSMI, Muhammad berkata:"Boleh kempen, tetapi saya bukan orang politik. Intelektual juga ada tempatnya. Biarlah kita profesional. Yang pandai berpolitik itu, silakan," katanya, seorang penulis terkenal dengan esei budaya.Tiga lagi sasterawan negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.


Akan terus lawan


A Samad menambah, kesemua sasterawan negara "akan terus berlawan" memperjuangkan pemansuhan PPSMI melalui cara masing-masing."Kita tidak boleh harap semua sasterawan negara membuat kerja yang sama. Tujuan dan matlamat sama, tetapi caranya lain."Ahli politik ini ada usia luputnya. Kuasawan ada tarikh luputnya. Sasterawan, kerana tidak ada tarikh luputnya, dia akan terus berlawan," kata pengarang itu yang terkenal dengan novel Salina.Sementara itu, mengulas kenyataan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, A Samad memberi amaran supaya ahli politik harus bersedia menghadapi "perlawanan" yang lebih hebat "jika tidak bersedia tunduk" pada desakan membatalkan PPSMI."Dan kalau ada yang bertanya saya, apakah akan dilakukan kalau kuasawan (ahli politik) ini tidak bersedia untuk untuk tunduk, (maka) perlawanan ini akan diteruskan dari belbagai sudut. "Ertinya kuasawan harus bersedia menghadapi itu. Kita akan merakyatkan betul-betul (isu PPSMI), bahawa mereka ini akan hilang bahasa, mereka akan hilang jati diri."Muhammad pula berkata, ruang perbincangan dengan menteri terbabit masih terbuka. Bagaimanapun keputusan yang dibuat hendaklah melibatkan kehendak rakyat terbanyak.


Pertikai meja bulat

Muhyiddin semalam berkata kajian badan bebas mendapat hasil berlainan dengan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya kerana pesertanya tidak bercakap berdasarkan fakta dan bukti. Mengulas kenyataan menteri itu, Muhammad mempertikaikan kesimpulan yang dibuat oleh kementerian tidak sama dengan butiran perbincangan meja bulat."Waktu saya menghadirinya, hampir 80 peratus tak bersetuju menggunakan bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik. Tetapi akhirnya disimpulkan bahawa orang bersetuju. "Saya masih ingat, yang bersetuju (ketika) itu hanyalah pegawai bank yang tidak tahu bercakap bahasa kebangsaan dan seorang lagi ibu kepada anak yang sedang bersekolah. "Yang lain semua tidak bersetuju. (Wakil masyarakat) India dan Cina pun semua tidak bersetuju. Jadi, macam mana kesimpulan (boleh) jadi begini?" katanya.


Kejutkan dunia sastera


Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera tanah air dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut. Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003. Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor.
Nah! Mana dia pejuang-pejuang pemuda UMNO yang tidak celaka itu? Ini lah masanya kita perjuangkan bahasa ibunda yang menjadi tunjang bangsa Melayu kita ini. Kalau kita 'claim' diri kita ini sebagai orang yang tergolong di kalangan mereka yang sayangkan bangsa dan pejuangkan bangsa Melayu, ayuh aku cabar kalian agar luahkan semahu-mahunya secara terbuka sokongan kalian kepada pemansuhan PPSMI ini. Andaikata kalian masih berdolak-dalik - jangan jeritkan di depan muka aku yang kalian sayangkan bangsa Melayu, pertahankan istana dan kesultanan Melayu atau mahu pertahankan bahasa ibunda kalian itu! Jangan sesekali! Jangan tabur alasan kekangan di sekeliling kalian, kerana ini maruah bangsa. Maruah yang kalian berdentam-dentum pertahankan dari dalam kelambu!!Ayuh!

'Saya ada bukti bomoh ke DUN Perak'

4 Mei,Malaysiakini - Seorang wakil rakyat PAS yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai "bukti" berhubung dakwaannya itu. ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam."Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan. "Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu. Maka saya buat kenyataan (kepada media)," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Zambry ke sebuah balai polis malam tadi, melaporkan kenyataan Khalil di laman blognya idhamlim.blogspot.com yang disifatkan sebagai "tuduhan melampau dan keterlaluan".Coretan itu antara lain mendakwa Zambry dan BN membenarkan bangunan DUN dimasuki bomoh untuk menjampi kerusi Speaker DUN V Sivakumar dan mendesak Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengeluarkan fatwa berhubung amalan berkenaan. Selain itu, Khalil turut berkata, lima ADUN Pakatan didatangi sekumpulan polis yang "mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan pelbagai persoalan." Sehubungan itu, beliau membantah tindakan itu yang dianggapnya "semacam provokasi untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat" menjelang persidangan bersejarah itu - untuk menentukan kesahihan Zambry dan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata: "Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini."Mengulas laporan polis itu, Khalil berkata Zambry berhak membuat laporan berkenaan bagi mempertahankan dirinya."Tetapi (menjadi) hak saya melaporkan (kepada media) dan minta mufti memberikan fatwa."Ada, (atau) tak ada pun (perbuatan itu), saya rasa mufti kena beri fatwa dialah, pandangannya macam mana (sama ada) boleh pakai bomoh," katanya.Diminta menjelaskan lanjut kehadiran polis itu, Khalil berkata, pasukan keselamatan itu muncul Jumaat lalu antara jam 5.30 hingga 6 petang."Sebagaimana dijelaskan Thomas Su (dalam sidang media semalam), wakil rakyat Pasir Pinji, yang menulis surat waktu mula jadi exco (Perak) supaya keselamatan rumah beliau ditinjau polis. "Tetapi surat beliau tidak diberikan respons sampai sekarang. Tiba-tiba bila dewan hendak bersidang, 20 orang polis datang rumah beliau. "Apa cerita? Semasa kita minta bantuan mereka tidak datang," kata Khalil."Apalah salahnya kami diberitahu dulu (apabila) hendak datang rumah. Sekurang-kurangnya bolehlah minum teh. Wakil rakyat ini biasalah, rumah dia kurang-kurang ada biskut kering. Boleh makan biskut kering."Empat ADUN lain yang didatangi polis: Lim Phek Her (Menglembu), Loke Chee Yan (Kepayang), Chang Lih Kang (Teja) dan A Sivasubramaniam (Buntong).
Ni cerita orang Melayu yang dah betul-betul me-la-yu. Dah pakai bomoh la pulak! Nanti tak pakai bomoh cakap kita tak Melayu sejati pulak. Melayu sejati kan percayakan bomoh-bomoh ni. Percaya khurafat-khurafat ni. Sembahyang Zohor 5 raka'at jangan sekali, puasa kalau korek taik hidung pantang, pakai tudung nampak leher dan dada sikit okey jer, bertudung tapi seluar ketat boleh terima, lelaki pakai seluar pendek nampak bulu-bulu kaki biasa, tapi kalau bab menyokong pemimpin yang rasuah, pemimpin yang kaki perempuan, pemimpin yang isterinya pun tak taat agama atau pemimpin yang terang-terang zalim (tahan orang bawah ISA) kita cakap apa; "boleh...boleh...okey..biasa tu..Melayu boleh...".Aduhai..melayu ohh melayu...

Ada yang faham. Ada yang faham tapi buat-buat tak faham. Yang lagi haru, ada yang faham, tapi tak mau faham-faham...


KUALA LUMPUR, 28 Julai- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.
Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.

Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)
Bukan apa. Tiba-tiba rasa nak send kan tulisan laporan ini. Kerna kadang-kadang terpanggil rasa di jeruk hati. Ada yang kadang-kadang memperlekehkan malah menjadi bahan momokan yang berpanjangan atas tuduhan yang membabitkan seorang orang tua bernama Anwar Ibrahim. Nostalgia mengimbau aku pada awal tengahari aku dan ayahandaku bersama Anwar Ibrahim di rumahnya pada hari di mana malamnya beliau ditangkap, digari, diikat mata, dipukul dan ditelanjangkan untuk memuaskan nafsu amarah manusia jahat bernama Dr Mahathir, Rahim Noor dan para pendokong amalan syaitan dalam UMNO yang lainnya. Aku berpeluang bersama Anwar tanpa media untuk pertemuan khas bersama rakan-rakan lamanya termasuk ayahanda aku. Pertemuan itu diatur setelah beliau mendapat maklumat yang dirinya akan ditahan dalam tempoh terdekat. Dan nyata mereka 'memberkasnya' seperti penjenayah besar pada malam itu juga. Mereka melakukan semua tindakan tersebut atas rasional mereka yang Anwar yang sebelumnya Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO adalah seorang perasuah, penjual negara, pengkhianat bangsa dan peliwat! Bagi aku, mereka ini hanya tahu berkata-kata dan mempertahankan dakwaan yang mereka sendiri reka-reka. Mereka yang filemkan, mereka sendiri sahaja yang seronok menontonnya!Bodoh!
Tak usah mencari jauh bukti mempertahankan dakwaan yang Anwar itu benar-benar tidak meliwat Saiful Bukhari tu. Cukup melihat apa yang berlaku disekeliling sekarang. Siapa yang benar siapa yang salah begitu mudah dilihat. Tak perlu menjengok sampai MCKK atau Universiti Malaya (Dr. Hassan Ali - Naib Presiden PAS junior dan pernah jadi roomate Anwar kat UM dulu - dia cakap kalau Anwar ni betul-betul peliwat sah lah di yang kena dulu!Kah!Kah!Kah!). Yang tubuhkan ABIM Anwar, bukan Mahathir atau Najib pun. Yang cadangkan dan sehinggakan tertubuhnya UIAM pun, Anwar jugak. Okeylah. Tu mungkin 'penyamaran' waraknya sahaja. Okey. Kita tengok siapa yang dibelakangnya. Siapa yang menyokongnya. Tg Guru Nik Aziz, Dr. Haron Din (ilmu perubatannya kita percaya, tapi bila dia percayakan Anwar kita tak percaya plak.Pelik!), Dr. Yusof Qardhawi, ALLAHyarham Ustaz Fadhil Noor, malah Tan Sri Muhyidin pun pernah berucap sewaktu melawat Anwar di rumah beliau di Damansara. Ucapannya yang dijadikan provokasi Dr Mahathir berbunyi lebih kurang begini: " Kalau menuduh Anwar dengan tuduhan seperti tuduhan liwat ini, ianya seperti menghina persahabatan saya dengan beliau". Dr Yusof Qardhawi dalam petikan masyhur berkaitan Anwar juga dipetik sebagai berkata: "Saya tidak akan memijak tanah Malaysia selagi sahabat saya Anwar Ibrahim dalam penjara". ALLAHyarham Ustaz Fadhil Noor bekas Presiden PAS juga pernah dipetik sebagai berkata: "Memenjara dan memukul batang tubuh Anwar adalah laksana mereka memenjara dan memukul diri saya sendiri. Memfitnah Anwar yang saya anggap seperti adik kandung saya dengan tuduhan liwat adalah seperti menghancurkan perjuangan Islam keseluruhannya". Mungkin segala kutipan ucapan-ucapan tidak boleh memuaskan hati mereka yang mempercayai yang Anwar itu peliwat, tetapi hanya mereka yang benar sahaja disokong oleh mereka yang benar. Pernah dengar Nik Aziz sokong Jeslina Hashim yang berpakaian tak senonoh dalam pub. Pernah dengar Haron Din sokong Rahim Tamby Chik yang dituduh merogol budak bawah umur sampai nenek dia yang Melayu kena pergi mengadu kat Lim Guan Eng yang berbangsa Cina sampai mamat tu masuk penjara 18 bulan sebab nak tolong anak Melayu yang dirogol. Sori, aku tak dengar pun Melayu yang datang tolong. UMNO?! Hampehh! Pernah dengar Yusof Qardhawi datang tolong pertahankan Jamaludin Jarjis?Aduiii...
Inilah persepsi yang berjaya dibenihkan oleh UMNO menerusi agensi-agensi kerajaannya. Mereka meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri. Jika berani kerana benar - usah risau akan keselamatan diri jika di pihak yang benar - Saiful Bukhari perlu ditampil depan khalayak dan berdepan dengan masyarakat seperti biasa. Seperti kelazimannya. Buktikan kebenaran kamu. Jangan baling batu sembunyi diri. Anwar bukan maksum. Beliau juga bukan malaikat hatta nabi sekalipun. Beliau tak lari dari boleh tersilap, tapi kalau kita yang berakal malah diakui bijak pula, seharusnya kita lebih pandai menilai yang mana intan yang mana permata. Jangan kita mudah ditipu akan kebodohan orang lain. Teringat aku ucapan masyhur pejuang Scotland - William Wallace -: "Manusia tidak dinilai oleh pangkat, harta dan kekayaan, manusia di lihat oleh keberanian mempertahankan kebenaran!"
Aku kesian pada orang tua dan orang-orang miskin, tapi aku lagi kesian tengok orang terpelajar yang tak terbuka permikirannya.Alahai...

Zamil tuntut hutang dari Arumugam

Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.Zamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon.Katanya, beliau memberi wang tersebut kepada Arumugam sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum lalu.
"Jika Arumugam gagal membayar balik wang tersebut, saya akan membuat laporan polis terhadap bekas ADUN PKR Bukit Selambau itu.
"Saya menuntut hutang tersebut kepadanya semalam semasa bertemu di pejabat PKR bahagian Merbok. "Arumugam kata, tolong beri dia masa.
"Arumugam kata dia letih dan dia tak akan pergi ke mana-mana.Dia tahu jumlahnya, tidak perlu saya beritahu. Beliau tahu itu wang saya," kata Zamil kepada Malaysiakini.
Zamil berkata, wang tersebut digunakan oleh Arumugam untuk membayar deposit untuk bertanding DUN Bukit Selambau.Selepas menang pilihanraya umum itu, Arumugam PKR dan kemudiannya dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Selambau dengan alasan keselamatannya terancam.Sementara itu, Arumugam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau akan menjelaskan wang tersebut sedikit masa lagi.
"Saya bukan tidak mahu bayar tetapi beri sedikit masa, biar saya selesaikan kerja saya dulu.Jangan gertak saya, cakaplah elok-elok dan secara profesional kerana kita kawan-kawan.Saya tahu siapa yang beri wang dan saya sendiri sudah hubungi orang itu pagi tadi," katanya.
Arumugam bagaimanapun tidak mahu menyatakan sama ada orang yang dimaksudkannya itu adalah Zamil.
Ni la jadiknya bila ramai sangat nak jadi orang politik tapi hanya tau berpolitik saja. Politik dah jadik bahan lawak budak-budak. Benda-benda macamani pun boleh keluar media. Ni dah kira gila publisiti dah kot. Dah habis isu-isu rakyat yang lebih penting sangat dah ka tu dari dok tuntut hutang dalam media? Kalau sepuluh orang dalam PKR ni macamni, alamat bungkus je lah..baik join UMNO jer lahh..Kesian tengok politik budak-budak ni...

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts