Instagram

MJ 1958 - 2009 : Perginya seorang Megastar.

Adakah sesuatu yang salah apabila aku meminati lagenda 'King of Pop' - Michael Jackson? Setakat hari ini, semenjak kematian beliau, aku tidak memberi sebarang komen melalui entri dalam blog ini tentang manusia yang 'Thriller' dan 'Heal the World' itu. Bukan terlalu sedih. Tidak. Sekadar simpati. Dan dengan menelaah tulisan-tulisan orang lain melalui ruangan-ruangan seperti ini, menonton televisyen, majalah dan mendengar semula lagu-lagunya, bagi aku sudah memadai. Namun hari ini aku terjebak jugak untuk memasukkan entri mengenai raja yang berwajah cantik ini. Bukan apa, beliau memang luar biasa. Lihat sahaja lirik-lirik lagu popular beliau. Beliau tidak mengajak kita untuk berlumba-lumba membuat kejahatan, beliau mengajak masyarakat dunia untuk berbuat kebaikan. Beliau cuba menyedarkan masyarakat dunia dengan tulisan lagu-lagu hitsnya. "Man in the Mirror", "Heal the World" dan "Earth Song" adalah di antara lagu-lagu hitsnya yang mengingatkan kita untuk lebih bertanggungjawab ke atas penduduk dunia, alam sekitar dan kanak-kanak. Tidakkah beliau seorang yang hebat? Apapun telahan negatif masyarakat terhadap beliau, aku tetap melihat beliau mempunyai kesungguhan dan ketabahan untuk memperjuangkan sesuatu yang dipercayai oleh beliau sendiri sebagai sesuatu yang benar.

MJ 1958 - 2009: Beliau dah memiliki segalanya. Kemahsyuran. Kekayaan. Kecerdikan. Ketekunan. Kegigihan. Kesabaran. Kontroversi. Fitnah. Mahkamah. Dadah. Kegilaan ramai. Kecantikan. Anak-anak. Isteri-isteri. Peluang membuat kebaikan. Kematian. Dan moga-moga beliau dapat nikmat Keimanan. Semoga beliau mendapat rahmat Tuhan.

Bundle kat stadium Shah Alam

Ni masa pegi car-boot-sale kat stadium shah alam ari tu. Mula-mula memunggah kain

-kain bundle ni, lepas tu jumpa yang berkenan dan berkenaan, aku rembat jer. Seringgit bro!

Bukan apa. Seronok juga waktu dok cari-cari tu, rasa macam dok Amerika plak (yang paham tu pahamlah yea..).

Tapi at least masa yang ada terluang jugak dengan dapat beli baju sejuk RM1. Buat persiapan nak pegi Jepun besok..(besok-besok lahh!).

Yang ambik gambar aku ni, tak lain tak bukan wife aku la. Dia mmg suka bergambar dan mengambik gambar. Time aku menulis ni pun, dok dengar dia tengah Klik! Klik! Klik! kat bilik sebelah.

Sesapa yang rasa terrr...panggil nak membeli dan blah pagi-pagi ahad setiap minggu. datang jer kat stadium shah alam. Baju-baju cantik dalam range RM 1 sampailah RM 10 begitu senang diperolehi.

Iklan ini dibawakan kepada anda oleh Khir Toyo yang ada rumah RM25 juta? Betul ker tu!?

Ikan keli untuk isteri!

Tangkap ikan pun masih nak tumb up lagi! Excellent! Saya mancing kat belakang rumah mertua.Ikan keli ni bukan saya yang 'naik'kan. Isteri saya yang mancing. Saya ambik nama jer..Sapi punya susu saya dapat nama! Isteri saya cakap tangan saya panas, tu sebab tak dapat 'naik'kan ikan. ye ker? Tapi yang thrill tu, ikan keli ni adalah yang terbesar yang saya and wife saya berebut-rebut nak dapatkan. Yang menambahkan aksi sore tu lagi adalah - kami hanya ada satu-satunya baki umpan yang tinggal!! Woohooo!

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts