Instagram

Ku Li:Pertimbangan untuk Melayu atau Malaysia

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, dijemput mengetuai Jawatankuasa Kokus Parlimen menyiasat isu royalti minyak Kelantan.Tengku Razaleigh Hamzah, yang terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974,Akta Pembangunan Petroleum 1974, dilihat sebagai calon terbaik mempengerusikan kokus ini. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Razaleigh telah menerima jemputan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersetuju bersama dengan kokus mengenai petroleum. Kita mencadangkan kokus ini mewakili semua parti. Dan kita akan menjemput wakil dari UMNO, MCA dan lain-lain selain daripada Pakatan Rakyat. Terutamanya negeri-negeri pengeluar minyak, Kelantan Terengganu, sabah dan Sarawak”.

Kokus yang akan ditubuhkan Pakatan Rakyat ini bertujuan merangka pindaan untuk Akta Petroleum 1974.Pindaaan ini dilihat perlu bagi memastikan negeri-negeri pengeluar minyak seperti Kelantan mendapat royalti minyak sewajarnya sepertimana yang telah dijanjikan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen kira-kira 30 minit.

Turut menyertai perbincangan itu ialah Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.
Apa macam sekarang?Ini seperti desas-desus Ku Li nak join Pakatan Rakyat nampak dah mula keluar tanda-tanda besar. Di doakan agar bekas Menteri Kewangan yang juga orang yang bertanggungjawab di atas penubuhan Petronas ni boleh membuat keputusan yang molek dan tepat untuk kepentingan negara Malaysia dan negeri Kelantan.-NMR-

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts