Instagram

Bagaimana MCA dan DAP bersatu?

Tiba-tiba angin perpaduan demi Islam dan Melayu di antara PAS dan UMNO muncul semula. Setelah penafian yang keras oleh beberapa Naib Presiden, PAS seperti berkeras menafikan usaha perpaduan demi Islam dan Melayu seperti yang didakwa. Maka melopong mulut para pendukung Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru saja ditubuhkan untuk merapatkan jurang penyokong PAS yang bukan beragama Islam dengan PAS. Malah, pengerusi dewan tersebut pernah mengutarakan pandangan bahawa isu perpaduan PAS dan UMNO mesti dihentikan ketika ianya agak panas beberapa ketika dulu. Kerana, dakwa pengerusi dewan tersebut, penyokong PAS yang bukan beragama Islam merasa terpedaya dan mula mempertikaikan sokongan yang telah diberikan kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Menurutnya, para penyokong mula mencurigai keikhlasan serta janji PAS ketika bermuktamar beberapa sebelum ini. Dan kencenderungan mereka untuk menyokong PAS daripada mereka ini mulai berkurangan. Maka PAS dengan pantas membuat pembetulan dan memperbaiki kelemahan taktik berpolitiknya sehingga memulihkan keyakinan malah apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS ini, maka PAS kelihatan berusaha memulihkan ikatan 'perkahwinan' nya tersebut. Kita sangka hujan sampai ke petang rupanya hujan sebelum sampai tengahari. Dan satu demi satu kenyataan keluar malah yang terbaru oleh Ketua Pemuda PAS Pusat - PAS berminat untuk duduk berbincang dengan UMNO atas nama perpaduaan. Malah justifikasinya berhubungkait dengan Islam dan UMNO. Sekonyong-konyongnya pula mufti Perak berkeras mempertahankan dakwaannya bahawa ada pertemuan diantara PAS dan UMNO bersama dirinya membincangkan isu perpaduan demi Islam dan UMNO ini. Sayang sekali PAS tidak pernah belajar dari isu ini. Malah dengan angkuhnya, PAS seperti tidak mahu belajar dengan pengalaman yang lalu. Atas nama Islam atau Melayu, UMNO bukan pihak yang PAS sepatutnya bersatu. Malah dalam Pakatan Rakyat - PAS seharusnya lebih memainkan peranan menggerakkan perpaduan di antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (seperti yang rakyat mahukan) dan bukannya dengan UMNO. Yang nampak lebih dangkal dalam berpolitik ini adalah apabila Ketua Pemuda PAS Puasat membuat pendirian bersetuju isu perpaduan ini dibincangkan atas syarat Islam malah menyebutnya kenyataan tersebut adalah bersifat kenyataan peribadi dan bukan kenyataan rasmi dari pihak partinya atau pemuda yang diwakilinya!Ketika semua media milik UMNO sedang memanipulasi isu perpaduan PAS-UMNO ini, siapa pula yang mahu dengar pendirian peribadi dengan isu yang yang boleh mencetuskan polemik pada parti, pada muafakat Pakatan Rakyat dan pada kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat! Buatlah kenyatyaan yang memihak atas kepentingan PAS, Pakatan Rakyat dan rakyat keseluruhannya. Adalah sesuatu yang sangat sukar difahami apabila rakyat telah memberi isyarat yang jelas menyokong kedudukan PAS bersama Pakatan Rakyat serta menyokong tindakan PAS menolak UMNO seperti yang ditunjukkan dalam PRU-12 Mac 2008 sebelum ini, dan setelah PAS mempunyai kuasa untuk membuktikan sesuatu untuk rakyat selepas PRU-12 PAS seperti bersungguh-sungguh mahu mengkhianati amanah (itu pun kalau PAS masih lagi rasa beramanah) tersebut. Bagaimana pula jika DAP dan ahli-ahli PKR yang berbangsa Cina mahu berkerjasama dengan parti MCA atas nama perpaduan bangsa mereka? Atas nama kepercayaan agama anutan mereka? Apakah tindakan PAS?

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts