Instagram

Bank of Selangor

Beberapa cadangan untuk kerajaan Pakatan Rakyet Negeri Selangor untuk memberi kelebihan kepada rakyat Selangor untuk memiliki rumah pertama mereka atau memulakan perniagaan secara kecil dan sederhana. Cadangan ini timbul melihatkan kelemahan faktor ekonomi golongan muda dan golongan berpendapatan rendah di negeri ini di sebab kegagalan pengurusan ekonomi oleh kerajaan Persekutuan.Antara cadangannya ialah:

1. Menubuh sebuah bank berbentuk bank koperasi atau bank perdagangan biasa. Bank ini akan dikenali sebagai Bank Selangor. Bank ini diuruskan sepenuhnya diurusakan oleh kerajaan negeri dan di tubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah kerajaan negeri. Ianya mampu memberi pinjaman perumahan yang minimum dan praktikal dengan kadar yang munasabah dan rendah. Sebagai permulaan, operasi kewangan bank iniharuslah tertumpu untuk rakyat Selangor sahaja yang memenuhi kriteria-kriteria yang boleh diusulkan kelak. Setelah memenuhi kelayakan pinjaman dan kemampuan membayar balik pinjaman dengan kelonggaran ke atas syarat-syarat tertentu (tidak seperti lain-lain syarat dari bank-bank komercial yang lain), bank ini akan menjadi rujukan utama untuk rakyat Selangor mendapat bantuan pinjaman perumahan mahupun lain-lain pinjaman perniagaan yang lebih fleksibel dan mesra-pemimjam.

2. Mewujudkan skim khas dibawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mempunyai kerjasama langsung dan formal dengan Bank Selangor seperti yang dicadangkan di atas untuk membina rumah-rumah yang benar-benar mampu milik dengan kadar pinjaman yang rendah dan sangat fleksibel. Urusniaga dan kerjasama di antara PKNS dan Bank Selangor ini mestilah tidak cuba untuk mencapai keuntungan berganda berbanding pembinaan lain-lain pembangunan perumahan di bawah PKNS. Ianya hanya sebuah kerjasama strategik yang tujuannya hanya semata-mata untuk memberi kelebihan kepada rakyat Selangor terutama golongan muda untuk mendapat pinjaman perumahan dan mempunyai kemampuan untuk memiliki rumah yang selesa.

3. Mewujudkan sebuah agensi pembinaan yang khusus di bawah kerajaan yang merangkumi semua pihak yang boleh mengurangkan kos-kos pembinaan dan lain-lain kos yang boleh memungkinkan berlakunya kenaikkan harga sesebuah rumah. Agensi ini boleh dilihat sebuah kontraktor yang dilantik (melalui tender) yang boleh di konsortiumkan untuk mengurangkan sebarang bentuk kos yang akan mengakibatkan kenaikan pada harga rumah.

Pertimbangan segera saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Saat yang mengharukan saya.



Sebelum Terowong Resalat (macam Terowong Smart kita) yang membelah sebahagian besar kota Tehran dibuka kepada kenderaan, Dr Ahmadinejad melakukan solat hajat terlebih dahulu di dalamnya pada 15 Julai 2006. Bang mana nak cari pemimpin begini bang? Sungguh-sungguh dia sayangkan rakyatnya!

Aduh.Tersentuh betul melihat pemimpin Islam begini.Di Malaysia, ada ker?

Belum ada tajuk lagi.

“Kalau pun kau pernah nampak dia, belum tentu dia kot. Ntah-ntah pelanduk dua serupa kot”. Majid menegah cemas.

Samad diam membatu. Berfikir-fikir sambil menarik-narik jari-jarinya. Seperti berbuat senaman lagaknya.

“Tapi. . .aku cam betul mukanya Jid. Misai dan janggutnya sama.Cuma dia nampak macam dah beruban sikit..Ehh…betul lah dia Jid!”. Samad tiba-tiba bersungguh-sungguh.

“Takpe, malam ni kat kenduri rumah Pak Qatim, kita tengok. Mana tahu kot-kot dia datang. Dulu kan dia baik dengan Aryan anak Pak Qatim tu.”

“Kalau dia datang, kita plan balik lepas tu. Set?”. Sambung Majid semacam memberi kelegaan kepada dirinya sendiri.

Samad bingkas bangun. Air kopi dalam cawan yang tinggal sedikit itu pun tidak dihabiskannya. Padahal dia sangat sukakan kopi kat warung Satem itu. Mereka seperti tergesa-gesa.

“Satem! Duit kopi tu aku dah letak kat atas meja!” jerit Samad seraya mengejar Majid dari belakang. Majid dah laju ke depan.

“Balancenya buat bayar kopi aku pagi besok!”. Samad laung menyambung.

Satem yang sedang memungut cawan-cawan atas meja berkerut dahi. Dia ingat baki duit tu boleh buat bayar hutang air kopi yang lama-lama punya. Satem hanya mengangkat tangan tanda setuju. Marah tidak. Senyum pun tidak.

Lantai kat pasar basah hari ini tidak basah seperti biasa. Hujan yang lebat sejak tengah malam baru berhenti sebelum subuh pagi tadi. Langit mulai cerah sedikit. Kereta yang diletakkan tidak mengikut undang-undang mula keluar menyusun di gigi pasar. Kebanyakkan yang datang seawal pagi ini adalah mereka yang berniaga di kedai-kedai sendiri. Mereka datang awal untuk mendapatkan ikan dan sayuran segar. Mereka mula berasak-asak memasuki pasar. Semuanya berjalan pantas tetapi berhati-hati. Ada yang mengendong bakul kecil. Ada yang besar. Ada yang hanya mengheret bakul. Hadi tidak pula membawa bakul. Dia datang dengan segenggam duit yang dibekalkan kepadanya. Dia berjalan agak laju. Terus ke tempat ikan. Dia tidak tahu sangat tentang jenis-jenis ikan, tetapi hari ini – sekali lagi – dia datang untuk membeli ikan.

“Ni sekilo berapa ni?”. Hadi memegang seekor ikan kerisi seperti ragu-ragu.

“Enam ringgit sekilo. . .nak berapa kilo?”. Orang menjual ikan mula memegang plastik seolah-olah bersedia untuk memasukkan ikan tersebut ke dalamnya.

“Bagi lah setengah kilo..”. Hadi meminta lembut. Tangan menghulur duit.

Selesai dengan ikan, Hadi melihat sekeliling. Dia seperti tidak selesa di dalam pasar basah tersebut. Kekok. Hadi baru pulang kelmarin. Agak lama juga dia keluar dari kampung tersebut. Mungkin atas sebab itu dia berasa agak janggal disitu. Hadi tunduk. Dia melipat seluarnya hingga melepasi paras buku lalinya. Kedua-dua belah kaki seluarnya di lipat.

“Hadi!”.

Tiba-tiba ada seseorang yang memanggilnya dari dalam pasar. Mereka yang ada berdekatannya juga turut sama terpaling ke arah suara itu datang. Seolah-olah nama mereka juga dipanggil.

Hadi menoleh. Bola mata Hadi merayau bergerak sekeliling pasar basah itu. Matanya terpaku pada wajah seseorang yang berjalan dengan tergesa-gesa ke arahnya. Bawah matanya kelihatan lebam seperti tidak cukup tidur. Tangannya memegang sesuatu.

“Awal kau datang pagi ni Hadi?”. Sapa Aryan seraya tibanya di depan Hadi.

“Apa yang kau beli tu?”. Aryan menyambung seperti keseronokan.

Hadi seperti membelek-belek bungkusan yang dipegangnya seolah-olah mencari-cari apa yang dibelinya. Padahal dia tahu apa yang dibeli tadinya.

“Ni hah..ikan kerisi. Mak aku pesan tadi..”. Hadi seperti teragak-agak bertembung dengan Aryan.

“Mintak maaf lah Yan. Aku tak dapat datang malam tadi. Mak aku tu..kakinya sakit-sakit malam tadi. Aku bawak dia pergi mengurut. Kesian pulak kau tengok dia..”. Ujar Hadi perlahan. Bola matanya seperti entah ke mana walaupun dia merenung Aryan tepat.

“Takpelah Hadi..Kau tu pun dah lama tak jengok mak kau. Dah lama hilang dari mata dia..Selama ni pun kalau dia sakit-sakit macamtu pun, bukan orang tahu…Elok lah kau balik ni Hadi…”. Aryan seperti berkhutbah.

Simpatinya pada Mak Njang seperti tak terbendung lagi. Aryan tahu Mak Njang. Selalu ke pasar basah ni berseorangan. Tidak ada siapa yang mahu menegurnya. Mak Njang selalu bersendirian. Pakaiannya selalu sahaja lusuh. Malah dia akan kemana sahaja dengan baju Kedahnya itu. Bunga-bunga ros yang kecil-kecil pada baju Kedahnya tu dah hampir tidak kelihatan. Hujung tangan bajunya juga sudah kehitam-hitaman.Sudah seperti kain buruk. Kain batiknya juga begitu. Tetapi Mak Njang memang suka begitu.

“Lega betul bila aku tahu kau balik ni Hadi..”

Hadi diam.

Hadi seperti orang bersalah yang hanya menantikan hukuman. Sesekali dia melihat makcik-makcik yang berebut-rebut membeli sayur di belakang Aryan. Hadi teringatkan maknya.

“Yan. Takpelah yea. Aku nak gerak dulu ni. Mungkin lepas maghrib karang kita pergi minum kat warung Satem. Kau free tak?” Hadi memberi idea. Dia tahu maknya menunggu di rumah. Dia harus segera pulang.

Sajak buat kawan

Angin kuat langit luas
Laut tenang gunung menghijau
Rimbun rambai mendayung perlahan
Tanah berlopak ada yang rata
Tunas baru menumbuh berdikit
Apa yang kamu fikirkan kawan?
Apa yang kamu runsingkan?
Apakah kau memahami degup jantung kami?
Mustahil kamu merasa

Hari itu berlalu seperti biasa
Langit luas gelap ke hujungnya
Bulan mengalah separuh wajah
Kawan lupa dia punyai sempadan
Kawan terlupa yang dia punyai kawan
Ada yang terhiris dijari luka di hati
Ada titik darah yang tidak turun di bumi
Ada yang menghilang tetapi disisi
Adakah kawan menyedari yang dia boleh terabai?
Adakah dia lupa kawannya juga manusia?
Adakah dia terlupa yang kawannya juga ada?

Gelas kosong berselerak
Pinggan mati dengan kering
Ketawa juga kekontanggan
Senyum menjadi sinis
Berdekah-dekah sudah boleh dibayar
Kawan hilang nilainya sendiri
Kawan hilang dirinya
Adakah dia akan mengingati kematian ini?
Adakah dia akan berpaling?
Adakah dia mahu?
Adakah dia kawan mereka?

Mobil pergi
Nyenyak belum sampai tetapi hati telah tiba
Angin sejuk mengerti hati kawan
Tetapi sayang, kawan tidak mengenali kawannya
Dan dia melukai dan kian melukai

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts