Instagram

Siapakah yang saya sokong?


Baru-baru ini selepas kekalahan PAS di tangan BN di PRK Dun Tenang, saya tiba-tiba ditanya seorang rakan yang kelihatan sebagai mereka yang duduk di atas pagar. Saya terkedu juga nak menjawabnya.

Bersahaja soalan rakan saya itu;"Wary, dari kalangan pembangkang siapakah yang awak sokong?". Hah!

"KeAdilan ker..,PAS ker.., atau D.A.P..?".soalan beliau berderet-deret macam kepala treler mengheret muatan kontenanya.

Lagaknya bagai meneka, terkadang bagai perangkap samar juga.

Menghala nafas dan kemudiannya perlahan saya menjawab;"Saya sungguh-sungguh cintakan Islam. Tiada perjuangan yang lebih murni melainkan perjuangan atas landasan agama ini...dan PAS serius mengikuti landasan tu.."

"Saya juga sangat admire kepada tokoh-tokoh di dalam KeAdilan yang tangkas dalam berhujah dan cermat dalam memberi pandangan berupa fakta apabila berdepan khalayak."

Saya menjawab sambil memandang tepat betul-betul ke arah bola matanya. Dan kemudiannya saya menyambung semula; "Saya juga kagum dengan ketelusan dan keberanian pemimpin-pemimpin DAP dalam berjuang untuk orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.". Saya berhenti disitu.

"Nah, bukankah jawapan saya tadi bererti saya menyokong ketiga-tiga mereka yang berada di dalam kelompok pembangkang?". Soal saya semula.


Rakan saya hanya tersenyum. Moga beliau mengerti.

p/s:Gambar di atas tiada kaitan dengan tuduhan Pemuda Gerakan Kedah yang mendakwa pemuda-pemuda tersebut biadap kerana membuat demo untuk menyokong rakyat Mesir yang dizalimi oleh Presiden Hosni Mubarak pada saat Tahun Baru Cina sedang dirayakan. Kah!Kah!

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts