Instagram

Pemerintah makin terdesak!


PETALING JAYA 19 MEI: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.

Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998 tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.


Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.


"
Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.

"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.


Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran
parti itu.

Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.


Jelasnya lagi beliau tidak menyesal dipecat oleh Umno-BN kerana menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamed berikutan dakwaan liwat terhadap bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.


"Itu jelas saya masih ingat. Saya menerima surat daripada Setiausaha Agung, Sabaruddin Chik. Bukan mahu ungkit tapi mahu menyebut fakta. Saya tidak menyesal," katanya lagi.

Kadang-kadang penulis hairan benar dengan pemerintah hari ini. Dihujung sana setiap pemimpin mereka mendendang lagu mengajak anak muda menyertai mereka. Sama-sama berganding bahu menjadi penyokong UMNO/BN.Sama-sama menjadi ahli dan setia condong kepada dasar-dasar parti yang menjadi pemerintah. Tetapi, di hujung lain, mereka mencipta padang perlawanan yang tidak rata dan sangat berat sebelah. Lihat sahaja bagaimana aduan polis yang telah dibuat ke atas ADUN Kuang yang terang-jelas-nyata mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini, sekaligus melanggar seksyen 5 (1) dan (2) Akta penerbitan Mesin Cetak 1984 tanpa sebarang tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Dan setelah berhempas pulas mendakwa YB Lembah Pantai Nurul Izzah sengaja memanipulasi dakwaan mendapat sms ugutan ke atas anaknya, cubaan kedua mengheret Anwar ke penjara dengan tuduhan Firtnah-Liwat II yang mana-mana anak muda yang waras pasti tahu Saiful itu pembohong,dengan taktik menghasut rakyat membenci penganut Kristian yang rata-ratanya mereka yang berbangsa Cina yang tentunya dikaitkan dengan DAP dan terkini cubaan Pendaftar Pertubuhan mengharamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan alasan-alasan yang sangat-sangat tidak masuk akal! Itu belum pertikaian anak muda berkenaan royalti minyak di Kelantan yang dimomokkan sebagai wang ehsan dari pemerintah kepada kerajaan negeri Kelantan yang diberi melalui ketua-ketua UMNO Bahagian dan 'kerajaan Persekutuan di Kelantan' dan pelbagai kerja-kerja pemerintah yang langsung tidak selari dengan hasrat mereka menawan hati anak muda! Malah jauh tersasar!Dan setelah semua yang dilakukan pemerintah (jangan ingat anak muda bodoh serta percaya dengan alasan bodoh bahawa pemerintah tidak tahu menahu akan hal-hal seperti ini), pemerintah masih mengharapkan dengan muka seposen mereka untuk anak muda menyokong mereka???!!! Itu seperti menghina akal dan kebijaksanaan kami!

Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Pusat!

Penulis baru sahaja menerima SMS sebentar tadi. SMS tadi menyebut jangkaan parlimen Malaysia akan dibubarkan sekitar Julai ini seraya pukulan gong PRU ke-13 bakal dipalu. Apakah ianya benar? Mungkin sepekulasi ini timbul angkara perkiraan Anwar akan ke penjara sekitar bulan Julai nanti. Mungkin. Sebagai nota, kes Fitnah-Liwat II Anwar akan berlangsung bermula 6 Jun ini. Jadi, menjustifikasi PRU ke-13 sekitar Julai seperti nampak munasabah. Namun, penulis tidak bernafsu mengulas isu bilakah tarikh pilihanraya yang hanya ada di dalam kepala PM Najib sahaja. Tidak dalam kepala TPM Muhyidin. Tidak juga Zahid Hamidi. Lagi tak afdal kalau Shafie Afdal yang tahu. Malah tidak juga Rosmah, walaupun terdapat keberangkaliannya. Di beberapa negara maju yang kita berminat mencontohinya, tarikh pilihanraya umum diketahui lebih awal oleh kedua-dua pemerintah dan pembangkang. Even Thailand pun menunjukkan demokrasi yang tulen dengan kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mengetahui tarikh pilihanraya lebih awal secara bersama. Adilkan begitu? Singapura yang baharu sahaja selesai pilihanraya umumnya pun turut tidak tercicir dari sikap demokrasi yang tulen tersebut. Tarikh pilihanraya yang menjadi simpanan kejap di dalam kotak fikiran PM Najib seolah-olah sebuah pertandingan balapan berlari 100 meter di antara PM Najib dan Anwar Ibrahim, sedangkan yang memegang pistol untuk melepaskan peserta berada di tangan PM Najib!Anytime dia boleh tarik picu pistol bila dia rasa sesuai untuk menang.Sesuatu yang kelakar dan bodoh.

Bagaimanakah BN/UMNO boleh memenagi PRU ke-13 kali ini? Selain dari berjaya memanipulasi isu yang dibawa oleh Utusan Malaysia berkenaan menjadikan Kristian agama rasmi dan tuduhan bahawa DAP terlibat, memasukkan Anwar semula ke penjara adalah taktik paling ampuh. Dengan taktikal permulaan dengan mencongak-congak kemenangan hanya dengan undi Melayu dan undi palsu/hantu, BN/UMNO seperti berputusa asa dengan undi bangsa Cina. Kelebihan ini wajar menjadi penawar mujarab oleh Pakatan Rakyat. Tetapi, kita harus waspada, mereka ini masih mengaharapkan undi cina/bukan bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Biarpun kita mendakwa, Sabah dan Sarawak tidak lagi menjadi simpanan tetap BN/UMNO, penulis kira perkiraan kita mungkin sedikit tersasar dan too ambitious.

Penulis mehu mengajak anak-anak muda hari ini membuktikan yang kita punyai minda kelas pertama. Kita mesti berfikir secara kelas pertama, Bertindak dengan kelas pertama. Ianya perlu bermula dari sekarang. Anak muda harus berani bertekad untuk menyatakan dengan jelas pendirian mereka. Menyokong Pakatan Rakyat secara terang-terangan juga memperlihatkan minda kita yang kelas pertama. Mengajak dan berdakwah dengan rakan-rakan serta ahli keluarga akan kebaikan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sebut dengan hati ikhlas dan buktikan dengan fakta-fakta yang ada, bahawa dengan menyokong Pakatan Rakyat kita mampu memberi sesuatu yang lebih baik untuk rakyat terbanyak. Bantulah rakan-rakan disekeliling kita dengan menyokong Pakatan Rakyat, ekonomi kita akan bertambah baik, minyak akan diturunkan, pendidikan dari tadika hingga ke universiti serta perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan akan menjadi percuma malah laungkanlah dengan berani, dengan menyokong Pakatan Rakyat, negara kita yang kaya dengan pelbagai hasil bumi ini masih boleh diselamatkan!

Tulisan seperti yang tersiar di Anwaribrahimblog.com



Salam DSAI,

Pertama awal bicara elok saya ucapkan salam ketabahan dan kesabaran atas segala ujian dan dugaan sepanjang perjuangan yang baik-baik ini.Doa saya selalu bersama-sama tuan.

Saya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencadangkan sesuatu yang pada pandangan saya ianya sesuatu yang baik dan molek dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat sekarang ini. Dan ianya wajar dibuat dengan kadar yang segera. Saya punyai butiran yang lebih terperinci untuk cadangan ini,namun saya buat sedikit ringkasan untuk pertimbangan DSAI.

Kempen Buku Jingga – 100 hari pertama pemerintahan Pakatan Rakyat.

Buku Jingga ini adalah sebuah dokumen yang sangat bagus dan begitu penting untuk rakyat oleh PR, namun gerak-kerja promosi dan kempen yang dibuat adalah sesuatu yang mengecewakan dan menghampakan. Apa yang saya mahu cadangkan di sini adalah seperti berikut:

1. Secara asasnya, cadangan ini bermula dari tarikh tertentu i.e 1 July 2011; PR harus memulakan satu kempen perdana yang diberi nama “Kempen Buku Jingga – 100 Hari Pertama Kerajaan PR” yang secara kolektif dibuat atas muafakat PAS, DAP & PKR sehingga PM Najib mengumumkan tarikh PRU ke-13.Benar, idea ini nampak seperti sudah dan sedang dilakukan, tetapi apa yang menjadi asas utama idea ini adalah, ianya harus dibuat dalam bentuk kempen yang besar dan dibuat secara tersusun dengan bergerak ke seluruh negara oleh PR.

2. Kempen ini semestinya dibahagikan secara taktikal oleh PR dengan mempunyai mobilasi yang sama oleh setiap parti dalam PR. Misalnya sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk sebagai sebuah seketariat PR yang terdiri dari PAS,DAP&PKR yang mana mereka ini harus berkemampuan mengupas Buku Jingga ini dengan terperinci dan boleh difahami malah dihadam sempurna oleh rakyat. Ianya boleh dibuat dalam bentuk forum atau ceramah khas yang mana agen seketariat ini mempunyai ruang menerangkan Buku Jingga dalam masa yang sama rakyat yang mendengar akan memperolehi dokumen dan bahan-bahan kempen ini dengan percuma.

3. Ianya perlu dibuat seakan-akan sebuah kempen perdana pilihanraya. Sebuah jentera pilihanraya yang mengandungi pihak yang berceramah tentang Buku Jingga,pihak yang mengedar risalah, pihak yang mengedar dokumen Buku Jingga sehinggalah rakaman-rakaman sedutan ceramah yang berkaitan Buku Jingga. Dan kumpulan seketariat yang terdiri dari komponen PR – PAS,DAP&PKR – akan bergerak ke destinasi ke destinasi yang boleh dibincangkan kemudian sehinggalah parlimen dibubarkan. Ianya sebagai sebuah kumpulan yang bergerak secara sebuah pasukan yang menyerang dan menakluk daerah demi daerah negeri demi negeri. Cuma taklukan ini melalui sebuah senjata ajaib di sebut Buku Jingga.

4. Kempen ini mestilah di tangani dengan sebuah syarat di mana tidak boleh mana-mana pimpinan PR wajar menjawab atau mengenengahkan lain-lain isu yang tidak berkait-rapat langsung dengan Buku Jingga ini. Kempen ini di jalankan seolah-olah kita tidak akan menghiraukan langsung apa sahaja fitnah, tentangan media UMNO/BN, taktik kotor dan lucah serta apa sahaja tuduhan-tuduhan baru yang cuba dibuat oleh UMNO/BN. PR menerusi “Kempen Buku Jingga – 100 Hari Pertama Kerajaan PR” hanya terus-menerus mempromosi dan menjayakan kempen ini secara sistematik dan agresif sehingga ke tarikh pilihanraya.

5. Kempen ini mestilah disepadukan bersama lain-lain media baru yang melibatkan kesemua ahli-ahli parti dalam PR seprti facebook dan blog.

6. Sebuah bendera kempen, sticker kempen, banner kempen, lambang kempen, baju, topi, key chain atau apa sahaja bentuk promosi kempen mestilah dicipta dan diselaraskan agar ianya mesti menjadi satu nada dan satu suara yang sama dalam kempen ini digerakkan.

Terima Kasih.
Mohon mencadang.

Nor Miswary Ramli
Shah Alam

Harga RON 95 bakal naik lagi?

Selepas beriya-iya mahu mengumumkan sesuatu yang istimewa kepada para pendidik sempena hari guru semalam, hari ini kerajaan sekali membuat pemgumuman yang tidak kurang juga pentingnya yakni memohon rakyat bersiap siaga akan kemungkinan harga minya RON 95 mungkin menjadi tidak stabil dan hampir pasti naik lagi bulan hadapan.Ya lah minyak kita pun masih rendah berbanding Singapura - sebuah negara yang tidak ada telaga minyak pun -Biarlah. Lagipun harga minyak sedunia turun selepas terbunuhnya Osama Laden dan kembali naik selepasnya. Biarlah. Bukankah rakyat perlu didahulukan? Sebagai rakyat yang setia, kita harus patuh. Bukankah janji kerajaan BN kini telah ditunaikan - rakyat didahulukan - termasuk menerima kesan kenaikan minyak dan kesan rantaian daripada kenaikan ini. Kerajaan BN boleh jimat berbilion ringgit Malaysia akibat dari pengurangan subsidi kepada rakyat ini. Dan pastinya penjimatan ini boleh digunakan untuk kebaikan rakyat juga termasuk membina Menara Warisan RM100 juta atau membentangkan belanjawan untuk organisasi Wanita Pertama! Tiada yang lebih mendukacitakan dari rakyat selain memiliki kerajaan yang paling tidak bertimbangrasa seperti kerajaan BN hari ini!

Kempen Buku Jingga



1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts