Instagram

"No to Astro"

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.
NONEPenasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujui oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.
Sebaliknya, Astro boleh mencontohi langkah kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api demi kepentingan rakyat, kata Tunku Azwil.

Tangguhkan kenaikan 

"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.

astro satellite dish"Pulangan daripada yuran langganan saja sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

Beliau mendakwa, perbelanjaan modal yang dilaburkan oleh Astro sejak mula bersiaran telah habis dibayar malah iklan yang diterima penyiar itu juga telah bertambah. 
 
Jelasnya, perbelanjaan periklanan di Malaysia mengikut AC Nielsen pada tahun 2010 berjumlah lebih RM9 bilion dan stesen televisyen lain hanya mendapat RM2 bilion dari kadar tersebut. 

“Stesen televisyen (lain) mengambil lebih kurang 2 bilion yang terpaksa sama-sama dikongsi antara lebih kurang tujuh stesen televisyen,” tambahnya.
Katanya lagi, sebanyak 20 peratus daripada saham Astro pula terdiri daripada saham perseorangan yang juga telah cukup untuk memberi keuntungan.
NONE“Mereka mampu berbuat demikian kerana mereka banyak (saluran),” kata Tunku Azwil. 
Kadar periklanan Astro yang rendah, malah serendah kadar untuk iklan radio juga dilihat sebagai satu ancaman kepada stesen televisyen lain, katanya lagi. 

Bunuh kadar iklan televisyen 

“Kadar periklanan Astro pada hari ini telah membunuh kadar (iklan) televisyen yang juga mengharapkan pulangan semata-mata dari periklanan.

"(Astro) dengan sendirinya, dengan perlahan-lahan akan membunuh stesen yang lain,” katanya.
NONEKetika ditanya, Tunku Azwil mengakui bahawa perkhidmatan yang disediakan itu bukanlah keperluan utama bagi pengguna seperti bekalan air dan elektrik.
"(Kalau) tak ada Astro, (pengguna) tak mati pun. Bukanlah pengguna tak ada hiburan. 

"Tapi (kita bantah) kerana pengguna tak mahu dipergunakan untuk belanja berlebihan untuk dapatkan sedikit hiburan," katanya lagi.
Sehubungan itu, PPIM turut melancarkan satu kempen bagi membantah kenaikan bayaran Astro. Kempen tersebut bermula hari ini di laman web persatuan itu. 

“Kami akan ambil tindakan boikot Astro. Kami akan guna kempen 'No to Astro,” kata seorang lagi wakil PPIM, Mustafa Hamzah. 

Tambahnya, persatuan itu juga mendakwa telah menerima "ribuan" aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan Astro.

Rindu.


"Terdengar...
Titisan hujan menitis...
Pedih dikalbu ku,
Berdebar jantungku,
Diriku lemas...
Dalam tangisan...
Ku sendiri..,

Rindu...
Hati ku rindu...
Pada kegemilangan,
Cinta bawah,
Pohon cemara...,

Rindu...
Rindu menanti suria,
Ohhh.. dengarkanlah...
Lagu cinta...
Lama...

Tenggelam...
Dalam pelukan...,
Rinduu..."

Mat Sabu yang dinanti.

PAS kini bersedia tawan Putrajaya dengan manusia ini. Pelbagai tohmahan dibuat menerusi lidah rasmi UMNO-BN iaitu Utusan dan Berita Harian tanda kegelisahan mereka kepada peimimpin yang seorang ini. Mereka dengan gegak-gempitanya mendendangkan lagu seawal permulaan muktamar PAS kali ke-57 bagai mendorong perwakilan memilih calon Timbalan yang pernah dihimpit dengan kontroversi kerajaan perpaduan. Mereka mahu perwakilan sekali mengekalkan Timbalan yang pada perkiraan mereka masih punyai harapan untuk berunding seperti yang berlaku selepas PRU Mac 2008 yang lalu. Maka mereka, yakni UMNO-BN mengatur strategi dengan melakukan propaganda dan porak-peranda melalui lidah-lidah rasmi mereka ini sebagai mendorong pewakilan agar tidak memberi undi kepada manusia ini. Ternyata perwakilan PAS sangat halus dan tinggi seni politik mereka. Maka senarai barisan baru kepimpinan PAS yang dimulakan dengan manusia ini berserta tiga naib presiden yang baru dan lama serta AJK Pusat kelihatan sangat menggerunkan kerajaan pusat UMNO-BN. Bersedialah wahai pejuang Islam dan pejuang rakyat. Bersedia untuk menerima kerajaan Pusat yang baru. Dan ianya telah bermula dengan manusia ini!

Komen kepada tulisan Ridhuan Tee

Merujuk tulisan Ustaz Ridhuan Tee di dalam Sinar Harian hari ini - 6 Jun 2011- ianya begitu mengecewakan. Beliau kelihatan sangat begitu buruk sangka kepada DAP, sebuah parti politik yang sah di dalam negara kita Malaysia ini. Beliau kelihatan tegar merendah-rendahkan usaha sebuah parti dalam rakan Pakatan Rakyat yang tertubuh secara sah melalui peruntukan undang-undang pertubuhan di negara ini. Ultra-Kiasu. Itulah bandingan Ustaz Ridhuan Tee kepada DAP walaupun beliau secara berselindung menyebut nama parti itu. Mungkin takut juga rasanya. Baling batu sembunyi tangan. Tetapi dari tulisannya sesiapa sahaja boleh menganggak telahan beliau ke arah mana. Yang mengecewakan sekali dakwaan-dakwaan beliau ke atas parti yang disebut sebagai ultra-kiasu ini hanya berupa cakap-cakap politik yang tidak langsung -saya ulangi- tidak langsung disandarkan atas bukti-bukti yang jelas-nyata. Ianya hanya berupa hear-say dan tidak lebih berupa telahan beliau dari meja komputernya sahaja. Darjat dan wibawa beliau yang saya nampak selama ini berterbangan dalam angin tengahari begitu sahaja. Malu pula untuk saya memungutnya semula, itu pun entah dari celah-celah longkang mana ianya tersangkut pun penulis tidak pasti. Lihat sahaja pandangan beliau yang kelihatan sangat tidak ilmiah.


Lihat sahaja bagaimana KM Lim Guan Eng yang mempelopori usaha untuk meneladani Tokoh Islam sehebat Umar Abdul Aziz pun dianggap sebagai musang yang berbulu ayam?! Malah, Ridhuan Tee juga menyebut yang beliau ternanti-nanti dakwaan mengatakan KM Pulau Pinang itu mahu memeluk Islam. Malah, beliau kemudiannya memperlekehkan pula perkara tersebut. Ya! Beliau tidak mempunyai sangka baik kepada parti yang bernama DAP yang dilabel sebagai ultra-kiasu ini. Malah acapkali contoh dari negara jiran Singapura yang kononnya menyah-herdikkan peranan orang Melayu-Muslim atau politikus Melayu-Muslim (seperti yang dikelaskan oleh beliau) dijadikan sebagai kiblat rujukannya. Malah sesetengah peringkat, beliau mendakwa tindakan parti pemerintah Singapura yang diwajahkan bagai parti ultra-kiasu versi Malaysia - DAP- ini telah dijustifikasikan seperti Yahudi menghalau penduduk Islam di Palestin! Buruk sangka ke atas parti pemerintah Singapura ini dijadikan 'pedoman' untuk beliau berburuk sangka pula kepada DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat ini. Adalah sesuatu yang malang kenyataan ini datang dari beliau yang tidak pula berbangsa Melayu tetapi kelihatan lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. Nah!Tidakkah beliau lupa bagaimana mereka yang sebangsa dengannya yang dilabel ultra-kiasu ini sanggup pula dipenjara 18 bulan untuk mempertahankan seorang budak berbangsa Melayu dibawah umur yang mendakwa diperkosa oleh seseorang yang berpengaruh di dalam politik Melaka suatu ketika itu. Pengorbanan ini dibuat ketika kesemua politikus Melayu-Muslim yang ditemui oleh budak Melayu bawah umur itu menolak untuk memberikan bantuan, lalu ahli politik yang dilabel sebagai ultra-kiasu oleh Ustaz Ridhuan Tee ini sahajalah yang tampil memberi bantuan. Akibatnya, dia ke penjara selama 18 bulan! Janganlah mengikut telunjuk pemerintah sehinggakan ilmu yang kita pegang bukan dijadikan panduan, tetapi dipilih-pilih pula displin ilmu yang beliau miliki untuk menguatkan hujah demi untuk berburuk sangka kepada mereka yang dilabel sebagai ultra-kiasu ini. Sebagai umat Islam (penulis tak sebut Melayu-Muslim, kalau tidak, Ustaz Ridhuan Tee terkecuali), kita wajib memberi dan memperlihatkan kebaikan Islam supaya mereka yang bukan Islam tertarik dan berminat akan Islam. Mereka boleh jadi cenderung dengan Islam cukup sekadar terpesona dengan budi baik dan akhlak yang mulus yang ditonjolkan oleh umat Islam. Dan kita sebagai umat Islam (tidak tertakluk hanya untuk Melayu-Muslim sahaja) sepatutnya berbangga apabila ada di kalangan bukan Islam berminat untuk berjuang seiring dengan tuntutan agama Islam seperti memberi keadilan untuk rakyat, tidak mengambil dan menghulurkan rasuah, mengagihkan kekayaan hasil bumi negara dengan merata serta adil dan beramanah dalam menjaga hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat bawahan yang miskin dan lain-lain lagi yang sememangnya menjadi tanggungjawab umat Islam pada asalnya. Mana tahu, tindakan mereka ini boleh menjadi pendorong untuk mereka mengenali Islam dengan lebih dekat. Malangnya, Ustaz Ridhuan Tee ini bertindak sebaliknya. Asal ianya bernama UMNO yang dicadangkan menjadi sebuah pertubuhan Melayu-Muslim, tidak kisahlah kamu itu Melayu-Muslim, maka berbuatlah seburuk-buruknya,sehina-hinanya - dengan video lucah atau tuduhan liwat tidak masuk akal pun - janji yang berbuat buruk itu orangnya Melayu-Muslim!Itu okey. Itu tidak rugi hatta sedikit pun!Janji jangan DAP. Janji jangan ultra-kiasu!Itu pantang!

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts