Instagram

Nota untuk diri

Melihat perubahan politik yang berlaku disekeliling memeberi gambaran yang begitu melegakan. Tindakan-tindakan desperado oleh pemerintah memperlihatkan kegusaran mereka menghadapi desakan rakyat. Dari sudut yang lain, golongan orang muda paling jelas menonjolkan pendirian. Gelagat anak-anak muda menyebabkan PM Najib ligat mempersiapkan tambahan lain-lain pelan kecemasan sebelum mengumumkan tarikh pembubaran parlimen. Anak muda bagai tidak sabar untuk menjadi pemilih. Rasa tanggungjawab yang membuak-buak bagai tidak dapat ditapis-tapis lagi. Hampir setiap hari, setiap ketika, samada sedang beratur mengambil nasi kandar, atau ketika bersembang ketika menunggu giliran untuk membuat pengeluaran di kaunter tabung haji atau ketika sedang menunggu korum sebelum sepak mula permainan futsal. Semuanya bagai pakar penganalisa politik yang pantas membaca jatuh bangun pemerintah yang ada hari ini. Masing-masing dengan congakan yang berbeda keperluannya.

Apakah tindakan sekadar berbincang menghabiskan sebatang dua rokok atau menunggu tukang kasut memperbaiki kasut sudah cukup memberi kesedaran tulen kepada pemerintah yang boros dan sewenang-wenangnya manghabiskan dana awam wang pembayar cukai tanpa rasa berdosa? Dan mereka pula sambil bermegah bagai hero terkemuka menghulur barang seratus dua buat pelajar sekolah yang boleh jadi habis di pertengahan jalan untuk pulang ke rumah? Biarpun kesusahan yang tidak juga tertanggung oleh bahu kita sendiri, tetapi mendepani segala macam kehodohan tindakan pemerintah menyelewengkan duit rakyat tanpa rasa silu kadang-kadang menghiris hati. Apakah malapetaka ini kita boleh wariskan untuk anak cucu kita? Itu pun kalau masih punyaim sisa yang tertinggal. Ya. Kita boleh hanya menjadi pendengar yang sangat setia. Atau kita boleh menepuk bahu rakan memintanya bersabar serta menghulurkan bait-bait nasihat. Atau kita boleh sahaja bingkas bangun mempertahankan diirnya dan tegas berjuang berusaha agar kezaliman ini tidak terus tertimpa ke atas mereka yang selepasnya.

"Aku bukan tak sokong. Cukup aku mengundi besok sudahlah".

"I tak nak orang tahu stand i. Cukup if you all know where i stand. Buat ape nak kecoh-kecoh".

"Tak nak la aku. Karang orang tahu aku sokong PAS, baca harakah semua, dah diorang pandang aku semacam jer nanti"

"PAS okey. Tapi PKR bahaya. Tu main ikut Cina.DAP lagi teruk..Lagi tak boleh percaya. Aku dari kecik lagi dah sokong PAS".

Bukan nak buat cerita. Tetapi mereka yang melihat penulis sebagai orang yang mereka boleh berterus terang - nah inilah dia! Kempen kesedaran idea politik baru di kalangan anak muda kini menjadi terlalu politik. Gaya bercakap malah dari segi berpakaian pun sudah pun berpolitik. Mereka yang hanya minat mengundi sahaja akan terus kekal begitu. Atau lebih malang lagi, mereka akan mula hilang minat untuk mengundi pun. Menjadi ahli parti dan menjadi pendokong tenaga parti kelihatan lebih mustahil. Pernah juga penulis menulis menerusi blog berkenaan situasi ini. Kesemua ahli parti menjangkakan sokongan ke atas mereka kuat hanya dengan melihat sokongan daripada ahli yang hanya menjadi pengkagum pemimpin mereka sahaja. Walhal, begitu ramai yang berada di luar yang hanya memandang dari luar sahaja. Masuk pun tidak, keluar pun tidak. Ada yang di lihat begitu esklusif. Ada yang dilihat begitu terkebelakang. Malah ada yang dilihat begitu pasif dan hanya defensif sahaja. Malang buat mereka.

Cita-cita kita begitu tinggi. Mengimpikan sebuah kerajaan pusat yang sangat ideal untuk semua rakyat. Ianya bukan misi yang mustahil tetapi percayalah jalannya tidak akan pernah menjadi begitu mudah. Pemimpin harus benar-benar berkualiti. Yang tegas dalam kepimpinan dan ikhlas dalam berjuang. Jika pemimpin walaupun hanya sekelumit mempunyai rasa berjuang demi wang saku dan untuk harta anak pinak, maka tunggulah sahaja masa kejatuhannya.

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts