Instagram

Hari Lahir TG MB Kelantan Yang Ke-82 Hari Ini

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut hari lahirnya yang ke-82 hari ini. Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan). Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan.  Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.  Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat.  Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya. Beliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan.  Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya.  Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik. Selamat hari ke-82 Tuan Guru!

PM Najib cuba tepati janjinya

Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari. Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi. Dalam surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan, katanya. "Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan perhimpunan tersebut. "Kita akan menghantar jawatankuasa untuk berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka. Dalam sidang media hari ini, Mohamad berkata seramai 5,000 orang anggota unit amal akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berkenaan. Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua pula berkata, penganjur juga akan membincangkan dengan pihak stadium mengenai kapasiti hadirin bagi perhimpunan tersebut. Pakatan Rakyat Selangor pada hari Isnin lalu dilaporkan akan membawa seramai 300,000 orang terdiri daripada aktivis dan penyokong parti bagi menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 1 juta orang. Satu laporan Sin Chew Daily hari ini bagaimanapun menyatakan bahawa pengurusan stadium menetapkan bahwa jumlah peserta tidak boleh melebihi jumlah 30,000 – yang merupakan kapasiti maksimum stadium berkenaan. Laporan itu menyebut, syarat berkenaan bagi memastikan struktur stadium berkenaan, yang dikategorikan sebagai bangunan warisan, akan terpelihara. Ketika dihubungi lewat petang ini, Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu dan akan membincangkannya dengan pengurusan stadium, esok.

Isu kalimah ALLAH:Pandangan PR selari ulama tersohor

UALA LUMPUR, 8 JAN : Pendirian Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini bahawa penganut Kristian boleh menggunakan nama Allah bukan untuk meraih sokongan golongan bukan Islam, tetapi selaras dengan pandangan ulama tersohor seperti Dr Yusuf al-Qaradawi. Ulama-ulama tersohor tersebut bukan sahaja langsung tidak mempunyai kepentingan politik, malah tidak berminat untuk mengambil tahu perkembangan politik negara ini. Pendirian yang diambil mereka adalah berdasarkan rujukan yang dibuat dari Al-Quran, kata Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu. Selain itu, pendirian tersebut juga selaras dengan pendirian pemimpin utama PAS yang dianggap sebagai ulama, iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat. Bagaimanapun kata Mohamad, Umno-BN yang sebenarnya mengambil kesempatan untuk mempolitikan isu tersebut bagi meraih sokongan masyarakat Melayu Islam negara ini menjelang pilihan raya nanti. “Pendirian tersebut seperti yang telah dijelaskan oleh kedua-dua ulama kami, bahawa nama Allah itu telah disebut zaman berzaman lagi di negara Arab. “Orang Arab tidak menyebut nama lain selain nama Allah dalam percakapan mereka. “Ini yang mereka cuba mainkan sentimen orang Melayu bukan tanda mereka sayang kepada agama, tetapi cuma mainkan sentimen,” kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Beliau berkata demikian di dalam satu wawancara ekslusif bersama TV Selangor semalam. Selain itu, menurut beliau kekeliruan dalam isu ini tidak akan timbul sekirannya Umno-BN tidak mengambil kesempatan politik dalam isu ini. Pada 2010, Abdul Hadi selepas mesyuarat khas PAS mengumumkan bahawa parti itu berpendirian bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian. Selain itu PR turut mengambil keputusan sama denan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Allah dalam kitab Injil Bahasa Malaysia mereka. Isu tersebut dibangkitkan baru-baru ini oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan hari Krismas Disember lalu.

Politik: Mencabar hujah sendiri

Setiap hari Jumaat adalah hari nasi kandaq di pejabat saya. Selera bau ayam goreng dan nasi putih panas bersama sayur taugeh menyentap selera di saat keluar masjid seusai solat Jumaat (haha..). Hampir setiap minggu saya dan rakan sepejabat melakukannya tanpa gagal. Selalunya ketika menggalas tanggungjawab untuk hari nasi kandaq itu, kami selang-selikan dengan kisah-kisah pejabat, kerja seharian dan tentunya soal politik negara. Bagai disebut bijak-tak-berapa-pandai;"Dewan rakyat tidak mewakili rakyat, kedai kopi atau warung-warung tepi jalan berdebu adalah suara rakyat mewakili dewan". Isu menarik yang tertimbul sesama kami adalah jangkaan corak keputusan pilihanraya umum yang ke-13 (PRU13, harapan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dan kerunsingan melihat segelintir anak-anak muda yang masih belum memperlihatkan kecenderungan yang jelas menolak pemerintah yang sedia ada untuk digantikan dengan PR. Bagaimanapun kecenderungan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Saya jangkakan faktor-faktor yang lebih dominan adalah faktor 'keremajaan' dan pendedahan maklumat. Faktor keremajaan boleh jadi yang paling rendah peratusannya, namun apabila melihat keseluruhan jumlah yang berada di dalam kelompok ini juga kecil, maka peratusan yang kecil itu juga merungsingkan. Faktor ini terbit dari faktor anak-anak muda itu sendiri. Tumpuan mereka sebenarnya telah terpecah kepada beberapa bahagian-bahagian kecil yang lain. Maka, disebabkan kerajaan yang memerintah hari ini tahu akan faktor ajaib ini,lalu mereka hidangkan dengan pelbagai skim atau program-program yang memenuhi tuntutan ini. Program memberi rebat RM200 untuk telefon pintar pelbagai jenama misalnya adalah di antara cubaan terbaik mereka setakat ini. Sebelum itu, dengan pemberian diskaun untuk penyelesaian penuh sekaligus hutang PTPTN dan diskaun untuk pembayaran yang bersistematik yang telah dibuat setiap tahun juga diberikan. Dan jangan kita lupa bagaimana penganjuran ambang tahun baru 2013 yang baru dibuat baru-baru ini tidak terkecuali memenuhi faktor keremajaan ini. Kesemua ini juga beriringan dengan kemahuan mereka anak-anak muda ini yang merancang mendirikan rumahtangga, yang bercadang membeli kenderaan pertama atau yang masih lagi berkira-kira mahu mengubahsuai kenderaan mereka tanpa peduli duduk-letak tahap ekonomi dan sosial mereka akibat kerosakan yang di bawa oleh pemerintah sedia ada.

Hari ini, seperti yang selalu diborak-bincang oleh saya sesama rakan pejabat sambil 'pekena' nasi kandaq hari Jumaat, anak-anak muda harus menjadi celik maklumat. Mereka harus tahu membedakan posisi mereka. Fakta-fakta tentang hutang negara yang sedang memberi kesan ke atas ekonomi negara lalu memberi kesan kepada ekonomi seharian mereka misalnya, wajar untuk mereka perhalusi. Mereka harus bersedia membuat pertimbangan dan perhitungan dengan fakta-fakta yang mereka miliki.Kadang-kadang anak-anak muda seperti ini kelihatan berterbangan di udara. Sesekali dilihat mendarat dan sekejap pula diterbangkan kembali apabila angin bertiup. Fokus mereka bercampur aduk akibat kekurang maklumat intelek ini, lalu mereka kelihatan tidak bergegas untuk menyetujui atau membantah apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan posisi mereka.
Suka saya mengingatkan diri saya juga yang lain-lain. Kita sebagai anak-anak muda benar-benar beleh memainkan peranan untuk menentukan untung-rugi kedudukan ekonomi negara. Peralihan pucuk pemerintahan di peringkat persekutuan mahupun negeri adalah di tangan kita atas izin ALLAH. Sistem demokrasi yang tulen membenarkan kita menukar pemerintahan yang mana-mana tidak mencapai KPI membela rakyat terbanyak. Anak-anak muda wajib memahami kedudukan ini dengan sejelas-jelasnya. Faham ini adalah hasil dari maklumat-maklumat yang kita ada. Maka kita boleh menjadi pihak yang bebas dan merdeka fikirannya, lalu kita tidak perlu takut untuk berpihak dan mempertahankan pihak yang kita sokong itu. Itulah demokrasi yang tulen dan tanda kematangan kita dalam mencabar keabsahan sistem ini. Kita berhak mempetikaikan fakta-fakta yang ada, namun kita juga harus terbuka apabila ianya tidak memihak kepada kita lalu boleh membuka pertimbangan yang seluas-luasnya.
Nah!Sekarang, boleh kita sambung makan dan mencabar hujah kita sendiri?

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts