Instagram

Rakyat telah bangkit!

Pernahkah anda terasa seperti mahu menangis apabila mencapai sebuah kebahagiaan sejati yang diidam-idamkan? Laksana selesai menikahi puteri idaman kesayangan sepanjang malam di alam pertunangan dahulu. Pernah? Atau pernahkah anda rasa begitu tersentuh dengan melihat kedua orang tua menitis airmata merasai kebanggaan di hati melihat kejayaan anak-anak melepasi ujian besar peperiksaan? Atau pernah sampai menangiskah anda menunggu mengharapkan sesuatu yang sangat istimewa yang hilang sebentar dari pandangan mata lalu merindui akan kehadirannya semula di depan mata? Pernah? Aduhai.Terasa seperti ditahan-tahan airmata. Bagai berdebar-debar di dalam hati. Debaran yang berlagu begitu kencang lalu menjadi begitu laju membuak-buak. Ulas bibir digigit-gigit bagai menahan sendu. Kerinduan mengharapkan sesuatu yang istimewa terlalu tinggi sehingga perasaan sayu-sendu perlahan-lahan merasuki diri. Tanda itu hadir melihat Rakyat yang tanpa dibeli, tanpa duit tambang malah merisiko diri hadir bagi melunaskan rasa dendam rindu di hati. Mereka jauh berjalan, membasahi tubuh dengan keringat malah tanpa dibayar dipaksa. Ya ALLAH. Itulah hati yang disebut Rasul ALLAH. "Sesungguhnya di dalam jasad itu ada segumpal daging.Apabila ia baik,maka baiklah seluruh jasad.Tetapi apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ianya adalah hati". (Bukhari dan Muslim)
Lalu demi rindu akan pengharapan kepada sebuah pemerintahan yang adil untuk dirinya, untuk ahli keluarganya dan demi untuk saudara-saudaranya,lalu mereka berjalan menuju ke sebuah pertemuan yang digelar sebagai sebuah Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk memperlihatkan kerinduan tersebut. Rindu kepada sebuah kerajaan yang adil, rindu kepada sebuah kerajaan yang bersungguh-sungguh membela nasib rakyat juga rindu kepada pemimpin yang benar-benar mengerti denyut nadi kesusahan tiap-tiap hati Rakyat. Maka dengan rasa rindu itu, mereka berbondong-bondong datang. Apakah tidak terdetik di hati kecil kita barang sedikit, apakah tujuan mereka ini? Apa mahu mereka? Mereka dambakan harapan. Harapan menggunung sebuah pemerintah yang ikhlas menjaga kebajikan mereka dan benar-benar memahami kesulitan ekonomi seharian mereka. Lalu, sayu dan hiba menyapa diri di saat melihat mereka ini datang di Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini.Rakyat telah bangkit.

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts