Instagram

Strategi 12 mata, pelan induk PR tawan Putrajaya pada PRU-14 – Oleh Lim Kit Siang

Strategi 12 mata untuk PR sebagai pelan induk untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14. 1. Komitmen penuh dan segera oleh ketiga-tiga parti iaitu DAP, PKR dan PAS di peringkat kebangsaan, negeri, dan bahagian untuk meningkatkan sokongan orang ramai sepanjang tempoh empat tahun akan datang terhadap usaha PR membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14. Ketiga-tiga parti dalam PR iaitu DAP, PKR dan PAS di semua peringkat, pusat, negeri, bahagian dan semua sayap – pusat, pemuda, wanita perlu memberi komitmen penuh dan padu sepanjang empat tahun mendatang untuk meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap usaha PR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU-14. Perkara ini perlu menjadi agenda bersama dalam semua mesyuarat DAP, PKR dan PAS di semua peringkat dan sayap daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14 untuk meningkat dan memaksimakan keupayaan politik dan jentera pilihan raya PR ke arah menawan Putrajaya pada PRU-14, selain meningkatkan sokongan dan keyakinan orang ramai terhadap matlamat politik ini. Konvensyen DAP Negeri yang akan diadakan sepanjang tempoh enam minggu ini, bermula dengan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hujung minggu ini, adalah kesempatan terbaik untuk melaksanakan perkara pertama dalam strategi 12 mata pelan induk PR untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 nanti. 2. Memastikan persempadanan semula dilakukan seadil mungkin Persempadan semula yang bakal diadakan boleh dianggap sebagai perkembangan politik terpenting yang akan membentuk dan mempengaruhi keputusan PRU-14. Buat kali pertama dalam sejarah, persempadanan semula akan membabitkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Buat kali pertama juga dalam sejarah, Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen untuk membolehkan persempadanan semula dilakukan sekehendak hati mereka. Selain itu, PR mempunyai majoriti dua pertiga di dalam dewan undangan negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor dan lebih daripada satu pertiga kerusi DUN di Kedah, Terengganu, Perak, dan Negeri Sembilan. Bererti jumlah kerusi di peringkat Persekutuan dan di negeri berkenaan tidak boleh ditingkatkan tanpa sokongan dan persetujuan PR. PR perlu memastikan persempadanan semula dilakukan seadil yang mungkin daripada segi pengagihan kerusi antara negeri agar selari dengan prinsip “satu orang, satu undi, satu nilai” dan pada masa yang sama mengakui keadaan unik Sabah dan Sarawak. Prinsip satu orang, satu undi, satu nilai ini juga perlu dipatuhi dalam setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan DUN. Mekanisme paling berkesan untuk memastikan persempadanan semula dilakukan secara telus ialah dengan membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas untuk Persempadanan Semula. 3. Sasarkan kawasan yang gagal dipertahankan dalam PRU-13 PR berjaya menambah tujuh lagi kerusi Parlimen pada PRU 2013 berbanding PRU 2008 (89 daripada 82 kerusi), namun kita gagal mempertahankan 15 kerusi Parlimen yang kita menangi pada PRU 2008. Sekiranya kerusi berkenaan berjaya dipertahankan, PR mampu mengumpul 104 kerusi. Jumlah ini masih belum mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, tetapi ia mampu menempatkan PR dalam kedudukan lebih kukuh. Dengan itu, PR perlu menetapkan sasaran merebut semula kerusi yang gagal dipertahankan pada PRU-13 iaitu Padang Terap, Pendang, Sik, Merbok, Baling dan Kulim-Bandar Baharu di Kedah; Ketereh, Tanah Merah dan Machang di Kelantan; Balik Pulau di Pulau Pinang; Bagan Serai di Perak; Hulu Selangor dan Kuala Selangor di Selangor; dan Titiwangsa di Kuala Lumpur. Strategi yang bertumpu kepada kerusi dan negeri diperlukan untuk merebut semula semua kerusi terbabit. Sebagai contoh, pecah undi perlu dikurangkan di Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Di ketiga-tiga kawasan ini, undi untuk PR di peringkat negeri lebih daripada undi untuk BN, tetapi PR kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen. Di Kedah, barisan pembangkang yang berkesan, barisan pemimpin yang boleh diharapkan sebagai barisan bakal pentadbir kerajaan baru serta dasar negeri alternatif diperlukan untuk membolehkan PR merampas semula negeri itu. 4. Sasarkan kerusi/kawasan marginal (yang majoriti undi tipis) PR juga perlu mensasarkan kerusi/kawasan yang dimenangi BN dengan majoriti undi yang tipis pada PRU 2013. BN memenangi 24 kerusi Parlimen pada PRU 2013 dengan jumlah undi kurang daripada 55% (tidak termasuk 15 kerusi yang disebutkan di atas dan dimenangi PR pada PRU 2008). Antara kerusi yang dimaksudkan adalah Cameron Highland (majoriti undi 462), Bentong (379), Sungai Besar (399), Labis (353) dan Pasir Gudang (935), semuanya dimenangi BN dengan majoriti undi kurang daripada 1,000. 5. Pertahankan kerusi/kawasan yang baru dimenangi pada PRU 2013 PR memenangi 15 lagi kerusi Parlimen di Semenanjung pada PRU 2013. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua kerusi ini akan berjaya dipertahankan PR pada PRU-14 nanti. Penekanan perlu diberikan terhadap kerusi ini, khususnya kerusi yang dimenangi dengan majoriti undi tipis, agar kita tidak mengulangi pengalaman PRU 2013 di mana kita gagal mempertahankan sejumlah kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum sebelum itu. Antara kerusi yang memerlukan perhatian khusus adalah Kuala Nerus (majoriti 610), Sepang (1,142) dan Batu Pahat (1,524). 6. Pertahankan kerusi marginal PR Seperti BN, PR juga mempunyai kerusi marginal. PR memenangi 17 kerusi Parlimen dengan majoriti kurang daripada 55% (tidak termasuk kerusi baru yang disebutkan di atas). Semua kerusi ini perlu dipertahankan, khususnya Bachok (majoriti 201) dan Bukit Gantang (986). Jika PR mensasarkan kawasan di mana BN lemah, pasti BN juga akan melakukan perkara yang sama bagi kawasan di mana PR dianggap goyah. 7. Tonjolkan negeri PR sebagai contoh betapa PR mempunyai gaya pentadbiran yang berbeza berbanding BN Kerajaan negeri PR mengambil pendekatan dan gaya pengurusan yang jauh berbeza daripada kerajaan BN yang memerintah sebelumnya, khususnya di Pulau Pinang dan Selangor. Ini adalah aset besar PR. Bermula daripada sekarang sehingga menjelang PRU-14, PR perlu meningkatkan prestasi di negeri yang dikuasainya untuk menonjolkan lagi perbezaan antara kerajaan BN dan kerajaan PR, selain memberi bayangan kepada orang ramai mengenai bentuk kerajaan Persekutuan di bawah PR. 8. Berikan penekanan kepada kawasan luar bandar Tidak dapat disangkal bahawa PR telah mendapat undi besar di kawasan bandar pada PRU-13. Kekuatan BN/kelemahan PR di kawasan luar bandar membolehkan BN kekal berkuasa. Untuk itu, PR perlu mempunyai strategi yang mantap untuk menembusi kawasan luar bandar, khususnya kawasan/kerusi marginal BN. Kos sara hidup dijangka akan meningkat berikutan pengurangan subsidi, tarif elektrik dan harga minyak dijangka naik, pelaksanaan GST pada 2015 akan memberi kesan meluas – semua ini adalah peluang yang boleh digunakan PR untuk menjelaskan kepada pengundi luar bandar bagaimana kerajaan BN meningkatkan beban kewangan dan mengurangkan jumlah pendapatan boleh guna mereka. Pengundi luar bandar hanya akan menyokong PR dan menolak BN jika mereka merasakan kesan buruk kerajaan BN terhadap saku mereka sendiri. Ini perlu menjadi satu daripada strategi utama PR untuk menjangkau kawasan luar bandar. 9. Strategi tumpuan di Sabah dan Sarawak Kerusi yang disebutkan di atas (kerusi marginal BN dan PR) adalah kerusi di Semenanjung. PR berdepan cabaran berbeza di Sabah dan Sarawak, maka pendekatan yang berbeza perlu digunakan untuk kedua-dua negeri ini. PR tidak boleh memandang ringan sokongan terhadapnya di kawasan bandar Sabah dan Sarawak. Empat daripada sembilan kerusi yang dimenangi PR di Sabah dan Sarawak pada PRU-13 adalah kerusi marginal – Sarikei (majoriti 5,050), Sibu (2,841) dan Miri (1,992) di Sarawak dan Sandakan (1,008) di Sabah. Semua kerusi ini perlu dipertahankan secara agresif. PR juga perlu mensasarkan kerusi marginal BN. Empat kerusi Parlimen di Sarawak yang dimenangi BN dengan undi kurang daripada 55%. Satu daripadanya Baram yang dimenangi dengan majoriti 194 undi. Di Sabah, BN memenangi 10 kerusi Parlimen dengan undi kurang daripada 55%, antaranya Beaufort (majoriti 672) dan Kota Marudu (842). Bagaimanapun, tidak seperti di Semenanjung, PR di Sabah dan Sarawak perlu menangani parti tempatan. Majoriti pengundi menunjukkan bahawa mereka menganggap PR lebih boleh diharapkan sebagai alternatif bagi BN berbanding parti tempatan, namun parti ini masih boleh bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menarik sejumlah undi untuk menggagalkan usaha PR memenangi sebahagian kerusi berkenaan. PR perlu mencari jalan lebih baik untuk bekerjasama dengan sebahagian parti tempatan terbabit, sekurang-kurangnya mengelak pertembungan tiga penjuru, khususnya kerusi marginal BN. Daripada segi program luar bandar, kempen Impian Sarawak dan Impian Sabah yang baru dilancarkan akan membawa masuk beberapa projek pembangunan kecil di kawasan luar bandar. Ini boleh digunakan sebagai contoh untuk PR menyusun strategi luar bandar. Jika berjaya, projek terbabit perlu dilaksanakan di banyak kawasan yang mungkin, khususnya di kawasan/kerusi marginal BN. Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 akan datang akan menjadi medan terbaik untuk menguji keberkesanan strategi yang bertumpu kepada Sarawak. Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 membuka ruang baru untuk PR, khususnya di kawasan bandar, dan ia membolehkan PR mencapai keputusan lebih baik pada PRU 2013. Perkara yang sama boleh berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak berikutnya. Jika PR berjaya menembusi kawasan luar bandar pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, ia akan memberi tekanan kepada BN dan Taib Mahmud serta memberi kelebihan kepada PR pada PRU-14. 10. Tingkatkan kerjasama PR di semua peringkat Kerjasama PR telah berkembang sejak kerjasama antara parti pada 2008. Di peringkat kebangsaan, Majlis Presiden PR sentiasa bertemu untuk membincangkan isu penting. PR kini meluluskan tiga belanjawan alternatif dan membentangkan manifesto bersama menjelang PRU-13. PR juga bertempur bersama dalam banyak pilihan raya kecil sebelum dan selepas PRU-13. Kerjasama ini perlu ditingkatkan di semua peringkat, khususnya di negeri seperti Johor, Sabah, dan Sarawak yang tidak mempunyai sejarah kerjasama antara parti yang panjang. Kenyataan bersama boleh dikeluarkan pemimpin negeri PR menegnai isu nasional dan isu yang penting bagi sesebuah negeri. Kegiatan rentas parti perlu diadakan lebih banyak. Setiap parti boleh memanfaatkan kekuatannya untuk membuka pintu kepada pemimpin parti komponen yang lain. Pada masa yang sama, PR perlu menguruskan perselisihan dalaman antara parti komponen di peringkat kebangsaan dan negeri. Mekanisme perlu dikenal pasti di peringkat kebangsaan dan negeri untuk menangani perselisihan secara dalaman sebelum ia diperbesarkan media, khususnya saluran media yang dikawal BN. 11. Beri penekanan kepada hubungan antara dua generasi pemimpin Satu daripada kekuatan terbesar PR ialah menggabungkan pemimpin berpengalaman dan pemimpin muda di peringkat negeri dan kebangsaan. Ini berbeza dengan barisan pemimpin BN yang kebanyakannya terdiri daripada generasi lama dan lebih terbiasa dengan pendekatan politik lama. PR perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya. Pemimpin berpengalaman memelihara keseimbangan dan kesinambungan, manakala pemimpin muda membangkitkan buah fikiran, idealisme dan dinamisme generasi muda. Jika kedua-dua lapisan pemimpin ini digabungkan dengan baik, ia akan menjadi adunan yang sukar untuk dihadapi BN. 12. Patahkan pembohongan dan propaganda BN Satu daripada senjata berkesan yang digunakan BN menjelang PRU-13 ialah ‘gertakan’ yang menunjukkan bahawa Melayu di negara ini akan hilang hak di bawah kerajaan PR. Pengundi ditakut-takutkan dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Propaganda ini lebih jelas dilihat pada media arus perdana Melayu, iaitu Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3 dan RTM. PR mula berusaha membasmi semua pembohongan dan propaganda yang disebarkan BN menerusi media sosial dan online. Tetapi masih banyak yang perlu dilakukan. Lebih banyak mesej kreatif dan saluran diperlukan untuk memadamkan kebimbangan sejumlah besar Melayu dan meyakinkan mereka bahawa hak dan kehidupan mereka tidak akan merosot di bawah PR sebaliknya akan menjadi lebih baik. Rumusan Jika PR mampu menangani setiap satu cabaran yang digariskan di atas, saya yakin ia akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menawan Putrajaya pada PRU-14 dengan setiap parti menyumbangkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan daya tarikan PR secara umum.-Roketkini.com

MB Selangor perlu jawab dakwaan tidak guna dana baiki jalan raya – Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER: Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan dana untuk penyelenggaraan dan pembaikan jalan raya di negeri itu. Beliau mengulas laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen semalam, menyatakan kerajaan negeri tidak menggunakan dana kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan bagi tujuan itu. Beliau berkata, memang ada rasa tidak puas hati di kalangan penduduk berhubung keadaan jalan raya, sama ada jalan negeri dan Persekutuan, di Selangor. “Ia adalah masalah yang sering disampaikan kepada pentadbiran negeri. Jelas masalahnya bukan kerana tiada dana,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru, beliau meminta Abdul Khalid memberi penjelasan dan menyatakan masalah yang menyebabkan dana itu tidak digunakan. “Menteri Besar kena respon kriktikan Ketua Audit Negara. Beliau perlu jelaskan mengapa dana yang tersedia tidak digunakan demi kebaikan rakyat. “Beliau perlu nyatakan apa masalahnya, jika ada, dan apa rancangan untuk mengatasinya,” katanya lagi. Menurut laporan itu, Selangor membelanjakan RM640.24 juta daripada RM1.14 bilion yang diterima bagi penyelenggaraan jalan raya negeri antara 2010 hingga 2012. Ia turut menyatakan keputusan satu tinjauan membabitkan 545 penduduk di Klang, Gombak dan Shah Alam, yang menunjukkan 80 peratus daripada mereka tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya negeri itu.-Roketkini.com

UMNO and the New Malay Politics

In the next few days, there will be yet again the usual combative and noisy voices coming out from PWTC. Najib the UMNO president will initially be his usual imperial self- detached and unmoved by the vitriolic outpouring. Expect at the closing of the assembly, for Najib to come out sounding most warlike. Najib and the UMNO hoi poloi are actually like two peas in a pod- cut from the same cloth. Yes the annual UMNO General Assembly is here again. The party elections are over. All the president’s men were voted in. Mukhriz Mahathir despite getting more popular votes than Hishamudin Hussein, lost in his bid to get one of the VP posts. Hishamudin survived a strong and spirited challenge from Mukhriz because the Electoral College system which UMNO has adopted favoured the incumbents and office holders. Mahathir is angry because Najib’s men spent more money than Mukhriz to maintain their status quo. But expect the man who can walk on water to come out with guns blazing especially now that he’s out of PETRONAS. In the next few weeks many revelations will be out on PETRONAS that will shock the country. Mahathir wants to disengage because he doesn’t want to be guilty by association. Petronas is the ATM for the thieving political leadership. The non-Malays will be attacked and portrayed as the rapacious and greedy ingrates forever treacherous and conspiratorial, planning to take away the rights of the Malays. The non UMNO Malays will also be much badmouthed. In the UMNO world, the only Malay is an UMNO Malay. Malays must be protected at all costs and because of that, UMNO must unite for the sake of Malays and Islam. UMNO will reach out to PAS. Malays are imperilled, Islam is under attack, let us unite. Of course no one can stop PAS if it wants to embrace UMNO. I hope PAS does not make a fool of itself. It must not degrade and lower itself though. If UMNO courts PAS, then PAS commands a premium price. Like the Indians of old who marry, if the prospective bridegroom is a doctor, the bride pays a higher dowry to cover not only the groom but also for his extended family. PAS is now a doctor who can save a sick UMNO. So PAS must demand a higher dowry say for example insisting that Hadi becomes DPM and PAS be given the defence and Finance ministries. If PAS wants to accept the overtures of a black-widowy UMNO, it must not sell itself short. Ask UMNO for Perak and pay Kelantan all its royalty. The overriding theme is Malays must be protected against all siege. In an attempt to insulate and protect UITM from the evil clutches of the greedy non Malays especially the Chinese, there will be calls to make UITM into a Royal University. That will ensure UITM can never admit non Malay students. In doing so, the Malay right wing groups hope UITM will acquire the invincibility of Malay rulers. If UITM does get this stature, I hope its students can still walk and chew gum simultaneously. . There will be noisier demands to secure economic Bumiputeraism- which essentially boils down to justifying the concentration of wealth and income generating resources in the hands of a few selected Malays for and on behalf of the faceless Malay masses. DAP will be singled out as the Chinese political ogre- a party which is hell-bent to take away all things Malay. I hope the Malays can see through the defective reasoning of UMNO as regards DAP. UMNO doesn’t want Malays to join DAP and yet decries the fact that not many Malays get into DAP’s CEC. How oxymoronic is that argument. You want more Malays in CEC, then more Malays should join DAP. The Malays have no reason to fear DAP. Would it be reasonable to expect DAP to spearhead the interest of Malays? For the DAP to pursue wholly sectarian interests of the Chinese nowadays is already difficult and I will explain why later. UMNO speaks about Malay agenda day in and day out for 24 hours and so has no moral authority to stop others from doing so. Can the KDM people in Sabah not talk about their interests? So if Malays excuse their conduct by resorting to their special position, that cannot be an excuse to stop others from speaking of their not so special interests. We cannot stop DAP or for that matter any other Chinese political parties from speaking about their interests. Do we see any Malaysian Indians and Malays inside MCA? No, but we have not heard of UMNO politicians accusing the MCA people of being Chinese chauvinists when almost all Malays know that MCA is more insidious and sly. It’s a business outfit!. Look at what the MCA people did to PKFZ. The Malays placed a bunch of crooks there to rob the country dry. MCA has not stopped talking about Chinese interests. I would rather engage a party that sates clearly its intentions rather that walk alongside a friend that stabs you in the back. So don’t expect the ridiculous from DAP. As a party that gets its main support from the Chinese community, it would be suicidal for the DAP not to talk about mattes that affects the Chinese community. Can we stop UMNO from talking about matters that affect Malay interests? Accusing DAP of being a chauvinist party depends on who is doing the accusing. Others can accuse UMNO as being a Malay chauvinist party now. I have talked about this matter. Its impossible to disregard or abandon our ethnicity. But keeping our ethnicity and the things that affirm our ethnicity( language, customs etc.) is a different matter, being racist is another matter. We ALL are true to our heritage but racism and being a racist means that you have an irrational contempt towards another because he or she is different. Being racist also means you have malicious intent and inherent ill will towards those different from you. We must distinguish between these two. Remaining true to our heritage or being a racist. DAP knows this and it has evolved and adapt. A species that doesn’t know how to adapt, perishes. For example adapting to the external environment. The political reality is this. The majority in this country is Malay and any political party must factor in the Malay element. UMNO is stupid because it does not want to adapt. The Chinese is 24% strong and UMNO’s refusal to factor in the Chinese element is short-sighted. But let it be. MCA is a Chinese based party but its so corrupted and is so compromiseable that it allows itself to be Malaynised. It has lost the trust of the Chinese. Because DAP does not want to be known as a chauvinist party or a party for one particular race, or that it does not want to remain perpetually as an opposition party, it has evolved and adapt. And part of this adaptation and evolution sees it factoring in the Malay element inside its overall political objectives. But the factoring in of the Malay element does not take the form by which UMNO wants to dictate on others. The Malay problem is part and parcel of the larger problem facing all groups that are marginalized and tyrannized. No one believes in the UMNO solution. Even Malays don’t believe in the UMNO solution. UMNO operates a business agenda of the top 20%, by the top 20%, for the top 20%. That’s why the income gap between the top 20% Malay and the bottom 40% Malay is widening from RM5600 in 2004 to RM8600 in 2012. In 2004, the monthly income of the bottom 40% Malay was 1300 and in 2012 its RM1600. By Dato Ariff Sabri (sakmongkol.blogspot.com)

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts