Instagram

Malaysia perlukan kepada sistem pendidikan yang seragam

Mengapakah rakyat Malaysia terpaksa menghadapi perubahan dasar pendidikan nasional setiap kali kabinet dirombak? Mestikah masa depan dan harapan untuk anak-anak kami diputuskan oleh menteri-menteri pelajaran yang tidak kekal kedudukan mereka di kabinet? Kami tidak lagi percaya yang kerajaan Malaysia boleh membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat kerana kami masih sedang bergelutan dengan isu-isu sistem pendidikan dan perubahan yang tidak konsisten pada hari ini. Keputusan seperti ini perlulah berasal dari kebijaksanaan kolektif sebuah masyarakat yang bersungguh-sungguh dan berhasrat untuk masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang - ZaidUntukRakyat.com
Malaysia perlukan dasar pendidikan seragam yang yang terkandung di dalam satu sistem asas yang boleh digunapakai dan disesuaikan ke atas semua kaum dalam semua keadaan serta zaman. Ianya mestilah sebuah dasar yang boleh menjadi pemboleh-ubah yang kemas dan kekal tanpa bergantung kepada sesiapapun yang akan memimpin kementerian pelajaran. Melihat kepada permasalahan dasar atau polisi pendidikan negara yang sering berubah-ubah mengikut menteri yang bertukar-tukar akibat rombakan kabinet mahupun pertukaran kepimpinan utama, Malaysia sangat perlukan dasar pendidikan yang seragam, konsisten dan boleh berkembang. Contoh kecilnya ialah seperti dasar pendidikan diantara sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh dan sekolah persendirian diwujudkan dengan sitem yang berbeda-beda. Jelas jurang ini mengakibatkan hasil tuaian kita kelak pasti berbeda, besar dan ketara. Penulis tidak pula mahu menolak fakta yang mana menyebabkan kelas-kelas ini wujud hasil pencapaian pelajar-pelajar di peringkat persekolahan mereka, namun tidakkah kerajaan sedar khasnya kementerian pelajaran bahawa asas sistem merit yang membawa pelajar-pelajar ini dalam klasifikasi tertentu juga akan menghasilkan graduan pelajar dalam kelas-kelas tertentu juga pada masa hadapan. Penulis percaya sistem persekolahan persendirian yang banyak tertubuh di Malaysia yang juga idea rakyat tempatan telah yang banyak memberi kelebihan kepada proses kematangan pelajar dan pembelajaran pelajar wajar dipraktiskan ke sekolah-sekolah aliran biasa mahupun sekoah harian. Namun, kementerian lebih gemar mencongak-congak mahu meniru ke Singapura ataupun sistem pendidikan di Jepun sebagai tanda mahu mengambil contoh kejayaan permikiran dalam memajukan bidang pendidikan negara walhal sistem yang telah tergunapakai di sekolah-sekolah persendirian jenama tempatan telah banyak membantu para pelajar kita cemerlang malah mampu membina kematangan mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Sistem sekolah atau polisi yang dipraktiskan di sekolah tersebut wajar untuk kerajaan teladani. Kalaupun tidak mahu meniru bulat-bulat, kerajaan boleh mengubahnya mengikut kesesuaian dasar pendidikan negara, kerana segala-segalanya hanya untuk membina negara bangsa yang maju dari sedi ilmu dan sahsianya. Lainlah kalau kerajaan tidak berminat untuk mencerdikkan rakyat Malaysia, kerana mereka tahu apabila sesebuah dasar yang berjaya menghasilkan graduan pelajar yang kritis, cepat matang, kreatif, berani, dan berkembang akalnya, ini bermakna kerajaan akan mengalami kekalahan yang teruk pada pilihanraya yang seterusnya! Dasar pendidikan yang berubah-ubah ini wajar dihentikan segera. Lihat sahaja apabila timbul idea dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), tanpa perlu kajian yang mendalam dan terperinci serta tanpa perlu mendengar pendapat dari pakar-pakar dalam bidang pendidikan, PPSMI kemudiannya dilaksanakan secara tergesa-gesa. Dan apabila kementerian pendidikan ini bertukar tangan - dasar ini mahu dihentikan dan dikaji semula. Walhal menteri yang sama juga yang duduk dalam mesyuarat kabinet beberapa tahun lalu yang juga turut sama meluluskan dasar PPSMI itu sebelum ini. Apabila jurang kemampuan menguasai Sains dan Matematik malah Bahasa Inggeris semakin besar di antara para pelajar sekolah dalam bandar dan luar bandar, maka kerajaan menjadi panik. Dan apabila beberapa pihak dan NGO juga mula turut membantah, maka sikap flip-flop kerajaan timbul sekali lagi. Maka sekali lagi dasar pendidikan sekali diubah mengikut selera dan akal cetek menteri pelajaran yang baru pula. Percayalah, dasar pendidikan seperti ini boleh sekali lagi dirombak jika ada lagi menteri yang berubah kementerian. Dan tentunya guru-guru dan para pelajar akan dipaksa menurut perintah tanpa engkar.
Kerajaan PR mestilah menjadikan 3 komponen penting sebagai matlamat dalam setiap belanjawan negara. Ini disebabkan ketiga-tiga komponen utama ini yang menjadi nadi pergerakan sosio-ekonomi negara, iaitu:
1. Pengangkutan Awam
2. Kesihatan
3. Pendidikan
Melalui idea dan gagasan Perubahan yang dicita oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR), penulis berminat untuk mencadangkan beberapa potensi idea yang boleh dibincangkan sebagai elemen dasar pendidikan negara, diantaranya:
1. Menjamin dengan sebuah peruntukan undang-undang yang khusus bahawa sebuah dasar pendidikan yang asas (basic structure) dan boleh berkembang tanpa boleh dirombak walaupun kementerian peljaran bertukar tangan. Contohnya: Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pengajaran dan pembelajaran.
2. Mempunyai dasar pendidikan yang memperuntukkan perlantikan guru-guru besar dan pengetua dibuat mengikut merit yakni keupayaan mentadbir pengurusan, persekolahan, guru dan pelajar dengan suasana yang kondusif dan berkembang (non-rigid). Contohnya:Perlantikan pengetua sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah persendirian tempatan.
3. Mengekalkan standard dengan nisbah seorang guru bersamaan 20 (atau kurang) orang pelajar. Pertambahan pelajar juga harus seiring dengan pertumbuhan prasarana sekolah dan juga pembinaan sekolah-sekolah baru.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts