WIRA PERKASA MAHU GANTAI SUMBANGAN NEI CHING - Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.
Inilah dia. Dah lah bodoh tak pernah mengaku bodoh. Inilah tandanya dunia nak kiamat apabila ramai pihak yang bercakap seolah-olah memahami Islam padahal merekalah yang memdurjanakan agama yang mereka anuti sendiri. Bodoh yang pertama: Kenapa baru sekarang Perkasa ni nak bagi duit RM1,000 kepada surau terbabit setelah YB tersebut melakukannya?Kenapa tidak sebelumnya?Kenapa sumbangan Perkasa yang kononnya kuat pertahan Melayu dan Islam ini tidak membuat sumbangan tersebut sebelum YB tersebut melakukannya? Bodoh ke-2:Apakah kesalahan utama YB tersebut; memberi sumbangan RM1,000 kepada rakyat di kawasan parlimennya?;atau kesalahannya memasuki surau dengan berbaju kurung dan memberi sumbangan kewangan (yang Perkasa baru belajar nak buat) dan memberi sedikit ucapan yang mendapat keizinan pihak pengurusan surau terbabit? Ya.Sebabnya YB tersebut bukan beragama Islam dan tidak bertudung. Dan itulah sebesar-besar penghinaan YB tersebut ke atas agama Islam - agama yang dianuti oleh ahli-ahli dan pemimpin Perkasa. Ya.Kesalahan YB tersebut ialah beliau tidak bertudung. Maka beban cabaran yang dipikul oleh Perkasa ialah; mereka WAJIB menasihatkan bermula daripada isteri Perdana Menteri - Datin Seri Rosmah Mansor, isteri-isteri Menteri, isteri-isteri Timbalan Menteri, Ketua Wanita UMNO, ahli-ahli Wanita dan Puteri UMNO, isteri Khairy Jamaludin, para penggiat seni, pembaca-pembaca berita di TV, pelajar-pelajar Akademi Fantasia, penyampai-penyampai radio, para pelakon, ahli-ahli yang berhormat sehinggalah ke Dato' Siti Nurhaliza yang secara terang-terangan menghina Islam dengan mempersendakan KEWAJIBAN bertudung dengan tidak menutup aurat yakni rambut mereka yang secara jelas hukumnya dalam Al-Quran untuk mereka menutupinya. Maka jika Perkasa berdiam diri dalam soal ini, Perkasa bukan sahaja hanya mempolitikkan isu ini malah penulis percaya mereka juga bersubahat dalam melakukan penghinaan kepada hukum asas Islam ini dan RM1,000 mereka tidak ada nilai satu sen pun disisi perjuangan mempertahankan Islam seperti yang mereka teriakkan selama ini.
Rujukan:“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.”