Instagram

pizza hut sacc mall


Ini bukan kali pertama.

Ini sudah masuk kali kedua. Di tempat yang sama. Pada masa yang hampir sama. Pada kali pertama dulu, saya dan isteri berniat untuk mengajak kawan lama saya dan isterinya makan malam. Niat untuk untuk meraikan sesuatu yang saya tidak ingat apakah bendanya sekarang. Saya membawanya ke Pizza Hut di SACC Mall Shah Alam bersebelahan dengan bangunan PKNS shah alam. Ketika itu saya teringin benor nak makan satu jenis pizza baru yang baru dipromosi di pasaran. Setelah hampir setengah jam lebih order (dan air minuman pun sudah pun dihidangkan), seoarang pelayan datang menghampiri kami.

"Maaf encik, pizza yang encik order tadi sudah habis".

"Boleh encik buat pilihan order pizza yang lain?". Ehh. Macamana hampir setengah jam dia baru cakap.

"Kenapa baru cakap sekarang? Soal saya.

"Saya datang nak makan pizza yang baru ni. Kalau takde, saya tak nak". Sambung saya lagi.

"Encik boleh order yang lain lah. Sebab kalau encik nak pizza yang encik order ni tadi, kami terpaksa membuka pek yang baru lah..".Bunyi macam kekecewaan dalam suaranya.

Hah! Terpaksa! Apa cerita ni??!

"Saya nak yang baru tu. If takde. Saya tak nak." Tegas saya lagi.

Lalu, pelayan tersebut memohon sedikit masa untuk menanyakan hal tersebut dengan managernya. Dan yang paling menggemparkan, dia datang semula dan memberitahu pizza yang saya order tadi boleh disiapkan lagi 15 minit! Nah! Boleh pun rupanya!

Sifir mereka mudah, sebab kami tiba di pizza hut tu hampir pukul 9 mlm lebih. Buang setengah jam menunggu untuk order kali pertama dan tambahan lagi 15 minit untuk order kali kedua, maka restoran yang asalnya akan tutup pada tepat jam 10 malam pasti menyusahkan mereka. Bagi mereka, membuka bungkusan pizza baru pada masa restoran yang sudah hampir tutup pasti akan merugikan mereka.

Malam tadi mereka buat lagi. Ni kali keduanya. Saya datang bersama kakak ipar,suaminya dan anak kembar perempuannya. First, ketika kami memohon untuk diletakkan di meja yang agak besar dan di kawasan sebelah kiri restoran, mereka tidak benarkan. Alasannya, mereka hendak memenuhkan ruang tengah/hadapan dahulu! Dan kami diminta (baca:dipaksa) untuk duduk dimeja yang bersambung di celah-celah mereka yang sedang makan juga. Bukan isu untuk kami tidak mahu duduk di meja makan berdekatan orang lain. Isunya, kami adalah pelanggan yang mahu datang makan dan mempunyai hak untuk merasai keselesaan di dalamnya sambil menikmati hidangan. Apatah lagi kami juga perlu (baca:terpaksa) membayar 10% service charge yang macam tuttt!!

Second thing, ketika kami duduk dimeja yang dicadangkan pelayan, ada la segenggam tisu kotor sisa mereka yang makan sebelumnya di meja itu tadi. Yang bangsatnya,ketika saya memanggil pelayan perempuan yang bercermin mata untuk mengambil order, saya ada memberitahu akan segumpal tisu kotor yang menjelekkan mata kami sejak duduk tadi.

Tahu apa dia buat? Dia hanya mahu terus mengambil order tanpa mahu menyentuh sisa segumpal tisu kotor itu dahulu. Bayangkan, betapa bodohnya cara pelayan tersebut melayan kami. Dan hanya setelah selesai mengambil order kami, baru lah dia menggunakan tisu pelapik sudu garfu saya untuk membuang sampah itu tadi. Saya ulang yea: dia menggunakan tisu yang melapik sudu dan garfu saya untuk membuang sisa tisu kotor itu tadi! Maka, sudah tentu sudu dan garfu saya terbiar dia atas meja kami yang sudah pasti kotor kesan mereka yang baru makan sebelum kami!

Zalim kan pelayan tu? Macamni ker cara layanan mereka yang mendakwa mepunyai reputasi terbaik dalam menyediakan rangkaian pizza terbaik dalam negara?Poorrrahhh!

Sejak pengalaman pertama saya ke Pizza Hut ni dulu, saya simpulkan bahawa mereka yakni pelayan-pelayan restoran jenis ini hanya akan melihat luaran atau personaliti pelanggan-pelanggan mereka yang datang.So pathetic!

Cadangan saya:Pizza Hut SACC Mall Shah Alam is highly NOT recommended!

Nor Miswary b. Ramli

One response to “pizza hut sacc mall

  1. Anonymous

    tak taulah nak kata.jgn tgu smpi saya yg buat report.kenapa nak biadap sgt eh?kita hormat org@dia yg bekrja.tp haknya disni kita pelanggan.bila dilayan acuh tak acuh kerana kita tak pki beg LV,make-up bobby brown or MAC,minyak wangi mahal2,kita dilayan mcm tu?dasar GOBLOK! kalau dah tak mau kerja di situ.BLah! cr kerja lain yg tak perlu jmpe org@pelanggan! aku mmg tak puas hati bab2 mcm ni.agaknya hidup pun tak best.kerja pulak kat situ.tmpat lain tak mau ko.sbb apa? attitude burok! itupun dah berapa kali tukar kerja.so jgn smpi ko tu si gemuk yg lg tak elok perangai kena buang kerja dr situ.jgn dikejut ular yg sedang tidor!kesian sgt!hidup pun tak best.agaknya kwn tak ada,apatah lagi pak wE!tak ada sapa yg mau kat ko!!!!manager! tgu aku mai hah!

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts