Instagram

ISU SBPA:Apa kata penjawat awam?




Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (Cuepacs) menggesa kira-kira 1.4 juta penjawat awam supaya tidak gopoh menandatangani persetujuan untuk bertukar kepada Skim Sara­an Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang berkuat kuasa 1 Januari depan. Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menasihatkan penjawat awam supaya hanya membuat keputusan selepas kesatuan itu mengadakan Kongres Khas di Kuala Perlis bagi membincangkan perkara itu, 14 Disember ini.

“Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh buat keputusan kerana mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.

“Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden Cuepacs, di sini semalam.

Katanya, adalah penting bagi penjawat awam memahami dengan jelas skim tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi mengelakkan sebarang masalah selepas ini.

Berhubung tempoh untuk menandatangani opsyen berkenaan iaitu 15 hingga 31 Disember, Omar berkata ada penjawat awam menyatakan tempoh itu tidak mencukupi.

“Ini kerana ramai penjawat awam sedang bercuti dan disebabkan itu kita bimbang ramai tidak faham mengenai SBPA nanti,” katanya.

Ditanya sama ada penjawat awam akan berdepan masalah jika tidak menanda­tanganinya, Omar berkata, perkara itu tidak timbul kerana ia berdasarkan kepada persetujuan individu.
Pada keseluruhannya Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi citarasa semua warga penjawat awam seramai 1.4 juta.

Sudah tentu mereka ini akan menerimanya dengan ikhlas hati tetapi yang menjadi pertikaian dan rasa tidak puas hati diantara kalangan penjawat awam ialah kaeadah cara permarkahan yang dikenakan bagi setiap kakitangan yang sudah tentu dinilaikan olih Ketua Jabatan masing-masing.

Markah penilaian yang dimaksudkan adalah saperti berikut: Mungkin ianya kurang tepat sebelum keluarnya pekeliling dan surat tawaran itu.

a) 95% keatas mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 15% daripada gaji pokok

b) 85% hingga 95% mendapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 8%

c) 75% tiada kenaikan gaji

d) Dan dibawah daripada 70% disyorkan berhenti

Adalah sesuatu yang janggal apabila tidak bernasib baik jika sekiranya mendapat ketua Jabatan atau Ketua Unit yang cengeh (bengkeng) dan yang tidak ada timbang rasa kerana ianya selalu berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah penjawat awam bawahan.

Mana tidaknya ada diantara bos yang 'kedekut' untuk memberikan markah dan tidak kurang juga yang mempunyai sikap pilih kasih serta yang paling kakitangan awam risau sekali ialah adanya diskriminasi terhadap kakitangannya sendiri.

Diharap pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaji semula kaedah kenaikan gaji tahunan ini agar ianya lebih berlaku adil kepada semua penjawat awam.

Dicadangkan supaya jika sekiranya hendak dilaksanakan juga sistem kenaikan gaji mengikut SBPA ini pertama sekali hendaklah pastikan ketua Jabatan yang 'menahan' kenaikan gaji atau memberikan arahan memberhentikan kerja kakitangan bawahannya itu memberikan tunjuk sebab dan dibawa ke Jemaah Penilaian yang terdiri daripada pegawai-Pegawai JPA untuk dipertimbangkan seadil-adilnya dan bukan dari kalangan Penilai daripada Jabatan itu sendiri supaya lebih telus dan adil.

Sebagai contoh di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonominya tersendiri di mana mudah bagi pengurusan menaikkan gaji dengan prestasi yang cemerlang di kalangan mereka sesama sendiri dimana difahamkan selalunya mempunyai kakitangan yang ada hubungkaitnya dengan talian persaudaraan masing-masing terutama sekali bila adanya saudara mara bos bekerja disitu.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts