Instagram


Ceburi Perniagaan Francais Kopiesatu31 MAC 2009 - HARIAN METROOleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mempelawa individu Bumiputera yang mempunyai impian memulakan perniagaan kopi, menyertai program francais kopi jenama Kopiesatu yang kini dikendalikan usahawan bimbingan agensi itu.Pengurus Pusat Hub Operasi Kopiesatu, Shikh Maidin Abdul Kadir, berkata Fama sedia memberi khidmat bimbingan dan latihan kepada mereka yang berminat dalam perniagaan berkenaan.Menurutnya, Fama mempunyai pusat latihannya di Puchong Selangor untuk melatih individu yang berminat mendapatkan kemahiran dan menjalankan perniagaan produk minuman itu yang kini mendapat sambutan memberangsangkan.“Konsep kios bergerak Kopiesatu mula beroperasi pada 2003. Ia cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kini jenama itu menawarkan 20 jenis minuman berasaskan kopi, dalam bentuk minuman panas dan sejuk.
“Setakat ini kita sudah mempunyai lima kios bergerak dan sebuah kios statik iaitu di jejantas Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di Ayer Keroh, Melaka.
Menurutnya, pihaknya melalui kerjasama Fama mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 20 usahawan francais Kopiesatu menjelang akhir tahun ini dan yakin mampu dicapai berikutan potensi minuman itu yang mempunyai daya saing untuk berkembang maju.“Kita berharap orang ramai terutama usahawan muda dan siswazah menganggur merebut peluang mencuba perniagaan ini kerana ia mampu menjanjikan pulangan memuaskan, malah kos untuk memulakannya tidak begitu besar,” katanya. Mereka yang ingin menyertai program francais Kopiesatu boleh menghubungi Shikh Maidin di talian 012-2883757 atau 03-58824172.

KopieSatu Semakin Menyerlah Di Dunia Kopi Istimewa
16 NOVEMBER 2010 - BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kopi merupakan minuman paling dinikmati di seluruh dunia. Kenikmatan minuman ini dikongsi bersama oleh semua orang daripada pelbagai negara dan budaya.Menurut edisi 2010 Laporan Statistik Kopi, minuman ini berada di belakang petroleum sebagai komoditi paling banyak di urusniaga di dunia, iaitu lebih kurang 400 bilion cawan diminum setiap tahun.Minat terhadap kopi di Malaysia dapat dilihat daripada kopitiam yang kita sudah biasa dengan, bau harum biji kopi yang baru digiling selepas direndang dengan dicampur gula, marjerin dan tepung, dan selepas itu dibru menjadi kopi yang pekat dan dihidangkan dengan cawan-cawan tembikar.Sementara warga desa dan peminat kopi veteran berpuashati dengan keenakan kopi tanpa mengendahkan jenama, dan kurang memberi perhatian kepada persekitaran mereka; penduduk bandar-bandar - khasnya golongan muda yang suka bergaya - beratur panjang di francais-francais kopi seperti San Francisco, Gloria Jeans, Starbucks, dan Coffee Bean, yang menawarkan pelbagai jenis kopi berjenama bersama pelbagai perisa eksotik.Pelanggan mewah ini kini mempunyai satu pilihan jenama tempatan iaitu KopieSatu, satu adunan kopi premium istimewa yang cipta oleh FAMA, yang semakin boleh dilihat di bistro dan kafe popular di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.BAGAIMANA IA BERMULAPada 1974, semasa industri kopi menghadapi kesukaran, FAMA membuka sebuah kilang kopi di Banting, Selangor, yang membawa harapan bagi penanam kopi di Kedah, Selangor dan Johor.Kilang ini membeli kesemua biji kopi liberica yang dikeluarkan oleh warga tempatan, bersama biji kopi robusta yang dimport dari Indonesia dan memprosesnya menjadi serbuk kopi yang diedarkan ke kedai-kedai kopi di seluruh Semenanjung.Operasinya kemudian diperluaskan untuk turut mengeluarkan uncang kopi 'Anggerik 3-in-1' menggunakan biji kopi robusta yang ditanam di Sabah dan Sarawak. KopieSatu adalah hasil ilham mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu melihat satu jenama tempatan bersaing dengan tawaran kopi istimewa yang didominasi oleh francais asing di sini.Kopi istimewa ini pula boleh dikatakan tidak dibru menggunakan mana-mana satu jenis biji kopi. Amalan lazim ialah untuk mengadun biji kopi berlainan yang berlawanan rasa untuk mendapatkan rasa yang lebih lembut.Proses adunan, yang kini telah menjadi satu seni, mewujudkan rasa yang lebih hebat daripada setiap satu jenis kopi yang diadun itu."Walaupun biji Arabica adalah yang terbaik dan menawarkan rasa yang kaya dan berperisa tinggi, rahsia dalam menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri bergantung kepada proses adunan dan teknik rendang", kata Pengerusi Hab Operasi KopieSatu, Shikh Maidin Abdul Kadir kepada Bernama."Mencari satu lagi kopi istimewa yang mempunyai perisa serta kualiti tersendiri merupakan tugas yang sukar. Ia mengambil masa hampir tiga tahun untuk mendapatkan formula bagi adunan yang tepat serta teknik merendang untuk menghasilkan KopieSatu", tambah Shikh Maidin.Akhirnya, KopieSatu, yang diadun daripada campuran tiga jenis biji kopi Arabica yang diimport dari Indonesia, pertama kali muncul pada 2003 bersama enam menu kopi.PERKENAL RASA KEPADA ORANG RAMAIKopieSatu diperkenalkan kepada umum di konvensyen-konvensyen kebangsaan dan peringkat negeri serta pameran seperti Hari Petani, Penternak dan Nelayan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian.Lima karavan muncul bersilih ganti untuk mempromosi KopieSatu di Semua House di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur; kampus UIAM di Gombak; kampus UPM di Serdang; serta Pasar Tani di Shah Alam, Kelana Jaya dan Putrajaya.Untuk mengukur penerimaan antarabangsa, minuman ini juga dihidangkan pada acara sukan bermotor antarabangsa dan acara-acara sukan, termasuk pameran antarabangsa seperti acara dwi-tahunan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).Di ibu pejabatnya, FAMA menjalankan sesi ujian rasa bersama pakar-pakar peras kopi dan para diplomat untuk mendapatkan pendapat mereka berhubung perisa, warna dan aroma pelbagai kopi istimewa. Minuman ini menerima sambutan baik daripada mereka.Hasil daripada penyelidikan insentif dan pembangunan produk, KopieSatu kini dihidangkan dalam 23 menu dengan slogan "Keenakan Rasa Untuk Anda"GALAK PENYERTAAN BUMIPUTERA"Sebagai satu inisiatif untuk membangunkan sebuah pasaran bagi kopi Malaysia dan menggalakkan industri pertanian tempatan, KopieSatu merupakan platform paling baik untuk menceburi industri kopi bagi usahawan Bumiputera yang terbabit dalam industri kecil dan sederhana", kata Pengerusi FAMA Datuk Paduka Haji Badruddin Amiruldin di pelancaran pengedaran KopieSatu di Restoran Seri Bidara di Bandar Sunway, baru-baru ini.Restoran Seri Bidara merupakan kedai makan pertama untuk menawarkan keseluruhan 23 galeri menu KopieSatu. Pemiliknya berusia 23-tahun Ahmad Shafeez Ibrahim, yang berkelulusan diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Seni Masakan, merancang untuk membuka lima lagi kedai kopi yang sama dalam tempoh tiga tahun akan datang.Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam perniagaan KopieSatu, FAMA telah menyediakan tiga mod penyertaan yang disediakan khusus untuk memenuhi keperluan berbeza bagi mereka yang berminat dalam perniagaan minuman kopi.Mereka yang baru mahu bermula mempunyai pilihan sama ada untuk melabur dalam satu warung tetap yang memerlukan pelaburan sebanyak RM35,000, atau pelaburan RM150,000 bagi karavan bergerak.Selain daripada kiosk atau kenderaan bermotor dan pengubahsuaian bagi karavan; kos itu turut mengambil kira pakaian seragam, mesin untuk bru kopi, peralatan lain, dan latihan intensif seminggu bagi dua orang, yang dijalankan di Pusat Hab Operasi KopieSatu FAMA di Puchong.Mereka yang sudahpun mempunyai kedai hanya perlu melabur RM30,000 bagi peralatan, pakaian seragam serta latihan sebelum mereka boleh menghidangkan KopieSatu di permis perniagaan mereka.Bukan seperti jenama kopi gourmet yang lain, usahawan KopieSatu tidak dikenakan bayaran deposit francais yang tinggi.Untuk memastikan setiap bru itu unggul dan kepuasan pada setiap cawan, kesemua kedai KopieSatu dilengkapi secara profesional Mesin Espresso Mairali yang dikilangkan di Singapura di bawah lesen Quality Espresso di Sepanyol. Bersama pakej pelaburan yang menarik ini, FAMA telah menetapkan sasarannya untuk mewujudkan 50 orang usahawan KopieSatu menjelang hujung tahun ini.KopieSatu JELAS MENYERLAHDalam gaya hidup pesat hari ini, menikmati segelas kopi panas yang menyegarkan sambil membaca buku, mendengar muzik yang diminati atau berbual bersama rakan-rakan karib; mungkin sesuatu yang begitu hebat rasanya. Dengan lebih ramai pengguna menemui tahap kualiti dan perisa pada KopieSatu, banyak pertanyaan diterima daripada pelabur dan usahawan yang berminat.Selain daripada itu operasi peruncitan sedia ada merentasi kawasan-kawasan perumahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; termasuk agro-bazaar di kawasan R&R di sepanjang lebuh raya PLUS, FAMA telah menerima permintaan daripada Terengganu, Kelantan, Johor dan Sabah.Terdapat rancangan untuk memperkenalkan KopieSatu di luar negara. Menurut Shikh Maidin, rundingan untuk memulakan sebuah kedai Kopiesatu di Perth, Australia sedang dijalankan."FAMA akan mencari jalan bersama Perbadanan Pembangunan Pelancongan (TDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk menggunakan kelebihan daripada Kempen Global Dapur Malaysia dan memperkenalkan KopieSatu di arena antarabangsa", kata Badruddin.Sementara itu, mereka yang beraspirasi untuk menjadi usahawan KopieSatu boleh sama ada menghubungi terus ibu pejabat FAMA di 03-61262020 atau Pusat Operasi Hab FAMA di Puchong Jaya di 03-58824172.
http://kopiesatu.com
Syarat- syarat yang dikenakan kepada pemegang lesen perniagaan KopieSatu
1. Menggunakan logo KopieSatu
2. Kiosk statik mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan KopieSatu.
3. Mesin dan peralatan dibeli daripada pihak Pengurusan KopieSatu.
4. Bahan mentah dan bahan pembungkusan dibeli daripada pihak Pengurusan KopieSatu.
5. Latihan minuman diberi oleh pihak Pengurusan KopieSatu.
6. Memakai uniform KopieSatu yang telah ditetapkan.
7. Lesen KopieSatu diberikan untuk satu tempat/premis sahaja.
8. Jika lebih dari satu tempat/premis perlu mendapat kebenaran daripada pihak Pengurusan KopieSatu.
9. Pemantauan dari Unit Kawalan Mutu KopieSatu akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti minuman mengikut standard yang ditetapkan.
10. Syarat-syarat di atas merupakan syarat-syarat sementara untuk permulaan perniagaan KopieSatu untuk pengusaha-pengusaha yang berminat.
11. Selepas Pengurusan KopieSatu memantau perkembangan perniagaan bagi satu tempoh (1 Tahun), Perjanjian Lanjutan akan dibuat untuk memperkemaskan lagi syarat-syarat yang sedia ada.
12. Pihak Pengurusan KopieSatu akan menarik balik lesen pernigaan yang telah diberikan dengan serta merta sekiranya syarat-syarat di atas tidak dipatuhi.

Kos Peniagaan Kopie Satu
1. Anggaran kos kepada pemegang lesen pernigaan KopieSatu:
1.Mesin dan Peralatan - RM 28,400
2.Stok Pembungkusan - RM 1,400
3.Bahan Mentah - RM 2,000
4.Bunting (4 Unit) - RM 850
5.Bunting Standee (4 Unit) - RM 600
6.Uniform (9 pasang) - RM 1,400
7.Apron (9 helai) - RM 200
8.Cap - RM 170
Jumlah (A) = RM 35,020


Kos Operasi & Kos Keseluruhan
a.Latihan (maksimum 3 orang)
b.Penggunaan jenama dan sistem operasi
c.Sokongan berterusan semasa tempoh perlesenan (promosi)
d.Penilaian lokasi
e.Khidmat nasihat perniagaan
* Jumlah kos operasi (B) = RM 5,000
* Jumlah kos keseluruhan (A+B) = RM 40,020
* Kos-kos tambahan jika perlu akan ditambah dari semasa ke semasa oleh pemilik lesen KopieSatu (FAMA) seperti modal perniagaan, pembaikan semula papan tanda dan hiasan dalaman yang sudah pudar dan lain-lain jika difikirkan perlu.
o Harga di atas tertakluk pada harga pasaran.
o Harga untuk Kaunter Café Bar dan Renovation akan ditentukan oleh kontraktor yang dilantik oleh KopieSatu.
o Jumlah anggaran di atas tidak termasuk wang pusingan RM 50,000

2. Anggaran kos kepada peniaga kafe (nama sendiri)

1.Mesin dan peralatan - RM 22,000
2.Bahan Mentah -RM 5,000
3.Kos Operasi -RM 5,000
Jumlah =RM 32,100

Kos Operasi
Kos operasi termasuk:
* Latihan (maksimum 3 orang)
* Penilaian lokasi
* Khidmat nasihat pernigaan
* Harga di atas adalah tertakluk kepada harga pasaran
* harga di atas tidak termasuk:
* Kaunter bar - bergantung kepada kontraktor KopieSatu atau kontraktor sendiri.
* Cup 12 oz dan 8 oz.

Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati dan dihantar kepada:
Pengurus KopieSatu
Pusat Operasi KopieSatu
No. 18, Jalan Serindit 2,
Kawasan Perindustrian Puchong Jaya,
47471000 Puchong, Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5882 4172
No Faks 03-5882 4173

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts