9 Mei 2014, aku ke Bali, sebuah pulau daripada keseluruhan lebih 17,000 pulau-pulau di Indosnesia bagi aku peluang untuk tengok sendiri apa yang dimaksudkan masyarakat dunia sebagai "Island of Gods". Hari tu pulak Air Asia yang baru sahaja mula beroperasi di klia2. Expectation untuk flight delay tak gagal. Walaupun tunggu lama, excitement masih segar. Penerbangangan ambik masa lebih kurang 2 jam 45 minit (lebih kurang kot). Aku pegi ni pun dengan member-member ofis, jadi delay or tunggu lama mana pun tak rasa sangat. I guess.
Aku tak berniat la nk citer satu-satu semua aktiviti yang aku buat. Cukup sekadar mengulas beberapa perkara dan pemandangan di tempat orang yang aku nampak. Macam pertunjukan Barong yang lebih kurang macam sebuah pementasan tarian klasik/tradisi yang punyai sejarahnya tersendiri. Pementas nya akan memakai topeng dan sejenis kostum bagai seekor binatang. Mungkin Barong yang aku tengok tu Barong Ket-barong singa yang disebut sebagai Barong paling umum dan ianya melambangkan sebagai roh kebaikan.
Antara azam besar aku ke Bali adalah nak minum kopi Luwak seperti yang disebut oleh kebanyakan orang antara kopi yang termahal di dunia. Rasanya? Biasa saja. Serius! Buat penggemar kopi, kritikan ini mungkin tak adil atas pelbagai sebab. Antaranya, tempat yang kami pegi cari kopi Luwak tu maybe tak berapa best.
Kalau nak tanya apa yang paling aku suka sepanjang kat sana adalah time aku pegi nak ikan lumba-lumba. Ye. Seawal dua pagi kami bertolak berlumba-lumba nak tengok dolfin ni. Yang mengharukan sekawan dolfin ni boleh datang dekat ke bot kecik yang aku dengan member-member naik. Terharu.
Tulis panjang-panjang bukan tujuan aku kat sini. Yang boleh aku kongsi secara ringkas pengalaman ke Bali ini boleh di repeat lagi sekali. Bukan culture Hindu di Bali yang menghalang kita melihat tanah tempat orang lain berpijak. Bukan juga makanan mereka yang takkan pernah serasi dengan lidah kampung kita ini. Dan juga bukan keindahan-keindahan tempat mereka yang mahu dibandingkan dengan tanah air kita sendiri. Bukan. Bukan itu tujuan menggembara melihat negara orang lain. Yang wajar kita kenang dengan gambar-gambar ini adalah betapa pengalaman melihat kehidupan, budaya, cara hidup, makanan, pembangunan baik dari segi fizikal dan jiwa malah sampai kepada anutan kepercayaan orang lain yang boleh membentuk keterbukaan diri kita untuk menerima perbedaan masyarakat atau seseorang individu yang berlainan dari kita; dan itulah yang seharusnya di bawa pulang ke tanah air sendiri.
Salam saudara Wary, saya juga pengemar kopi dan saya juga merasa pengalaman minum kopi luwak mungkin tempat yang saya kunjungi menyediakan kopi luwak yang lebih sedap. Next time kalau ke Bali lg cuba try ke "Bali Pulina" sambil minum sambil menikmati pemandangan yang cantik dengan background "Tegalalang" rice terrace :)