Instagram

Surat Terbuka Untuk Zaid Ibrahim

Saya bermula bermain bolasepak sejak sekolah rendah lagi. Sejak dari itu saya bercita-cita tinggi untuk menjadi mahir dalam bidang ini. Malah cita-citanya saya itu dimulakan dengan berjinak-jinak bermain dengan pasukan kampung di dalam liga kampung saya. Saya mula bermain bolasepak ini sebagai seorang pemain sayap kanan. Sejak mencuba-cuba pergi ke pemilihan pemain untuk mewakili sekolah semasa sekolah rendah, saya suka bermain di posisi sayap kanan ini. Bukan apa, saya percaya untuk menjadi pemain yang terlibat dalam setiap kemenangan, saya perlu berada di posisi yang tepat - dan sayap kanan adalah posisi yang saya fikir sangat tepat untuk melakukannya. Saya kemudiannya berubah pasukan. Dari bermain untuk pasukan kampung saya sendiri, saya kemudiannya beralih ke pasukan yang lebih kuat iaitu ke kampung yang juga hampir kedudukannya dengan kampung saya tersebut. Di sana, saya di pilih sebagai ketua pasukan. (Huh?!)Sebagai ketua pasukan overview saya untuk pasukan saya tiba-tiba berubah. Saya tidak lagi mengejar posisi penting yang nampak lebih utama dan popular untuk menjamin kemenangan pasukan saya. Saya tidak lagi melihat peranan sebagai pemain sayap kanan yang semata-mata boleh membantu mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan kami. Saya memilih untuk bermain di posisi terakhir di barisan pertahanan. Ia dipanggil stopper. Saya mencongak-congak dan meletakkan pemain yang sepatutnya berada di posisi sayap kanan dan lain-lain posisi di tempat yang sepatutnya. Saya tidak lagi melihat peranan sebagai penyerang atau pemain sayap kanan sebagai satu-satunya peranan utama yang menjamin kemenangan. Sebenarnya, jaminan kemenangan terletak di atas bahu semua pemain di semua posisi, termasuk coach mahupun pemain simpanan yang akan bersedia pada bila-bila masa untuk menggantikan pemain utama yang cedera. Jadi untuk apa kita percaya hanya dengan meletakkan kita ke posisi tertentu barulah kita boleh bermain dengan jayanya menjamin kemenangan. Kita boleh berada di mana-mana posisi even sebagai pemain simpanan pun, asalkan kita masih di dalam pasukan yang kita ingini. Malah meletakkan kita ke posisi simpanan juga boleh menjadi penyebab kepada kemenangan pasukan. Bagaimana? Dengan membenarkan pemain yang lebih tepat ke posisi yang kita mahukan itu untuk memainkan peranannya dulu! Senario ini tidaklah pula menghalang Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Azmin Ali - seseorang yang dianggap sebagai orang kanan Anwar Ibrahim. Tanpa mahu berselindung, saya sebenarnya mengkagumi kedua-dua tokoh hebat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini. Baik Zaid mahupun Azmin, saya percaya sikap dan pandagan politik mereka bersesuaian dengan PKR dan kematangan berpolitik orang-orang muda yang mahukan pemimpin yang bercakap atas hujah benar semata-mata - bukan perut dan poket. Malah, cara mereka dilihat berbakat menguruskan organisasi besar seperti PKR ini. Namun, saya tidak pula setuju hasrat Zaid Ibrahim yang menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan no-2 tersebut. Bukan beliau tidak layak. Beliau sememangnya layak malah seseorang seperti beliau sangat diperlukan oleh PKR, tetapi buat permulaan selepas 12 bulan menganggotai PKR dan diberi mandat besar untuk mengetuai PKR Wilayah Persekutuan, beliau mungkin boleh mempertimbangkan jawatan lain contohnya sebagai Naib Presiden. Beliau seharusnya memberi 'peluang' untuk ahli-ahli PKR menilai upaya dan kesungguhan beliau berjuang dalam PKR. Bukan bererti mencabar kesetiaan beliau, cuma sekadar berbudi bahasa dengan tidak bertanding mencabar sesorang yang sangat dihormati oleh kawan dan lawan seperti saudara Azmin Ali. Kalau pun Azmin Ali difikirkan tidak layak ke jawatan tersebut, seseorang yang dilihat lebih menonjol, lebih berpengalaman dengan PKR dan lebih senior. Sebagai contoh, ketika Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali berusaha mempertahankan jawatannya, cabang-cabang parti telah bersedia untuk mengangkat Azmin Ali ke posisi tersebut. Biarpun ada percubaan yang kuat untuk mencabar kedudukan tokoh hebat seperti Dr Syed Husin Ali dan meletakkan Azmin Ali ke jawatan tersebut, akhirnya Azmin mengambil tindakan berhikmah dengan berkeras menolak sebarang pencalonan untuk membawa beliau ke jawatan no-2 tersebut. Malah, beliau turut bertegas memberi komitmen menyokong kedudukan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR sehinggalah sekarang. Apakah ketika itu Azmin Ali tidak layak atau Dr Syed Husin mahu dilihat sebagai seseorang yang tidak layak menjadi orang no-2 parti terbesar pembangkang dalam parlimen negara ini sehingga peringkat akar umbi secara terang-terangan mahu mencalonkan Azmin Ali menggantikan beliau? Tetapi, itulah kecantikan politik baru yang PKR canang-canangkan. Dan Zaid seharusnya boleh juga bertindak sedemikian rupa. Zaid boleh memilih untuk menjadi pemain utama ataupun di benteng pertahanan terakhir yang mungkin tidak berpeluang untuk menjaringkan gol dan seterusnya menjadi popular dengan memberi kemenangan kepada pasukan. Saudara Zaid boleh juga memilih untuk menjadi pemain simpanan, asalkan saudara berada di dalam pasukan yang tepat dan benar serta yang boleh mencapai hajat kemenangan iaitu membebaskan rakyat Malaysia dari cengkaman Barisan Nasional. Namun, jika hasrat saudara Zaid Ibrahim itu diteruskan juga, saya doakan kejayaannya, kesabarannya yang berpanjangan dalam perjuangan ini dan kesetiaanya yang akan kekal segar. Berjuang itu boleh di mana-mana, dengan apa cara dan dengan sabar.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts