1. Terlalu banyak spekulasi tentang untung nasib Anwar Ibrahim juga Hassan Ali.
2. Cabaran dan debaran menunggu keputusan bukan terbeban ke atas Anwar Ibrahim, tetapi ke atas PM Najib dan UM-NO juga.
3. Melepaskan dan membebaskan Anwar Ibrahim atau membuat keputusan menghantarnya ke penjara - kedua-duanya tidak mendatangkan sedikit pun kelebihan buat PM Najib, UM-NO dan BN.
4.Hassan Ali melampau dalam perkataannya, bebal dalam memahami jalur politik di Malaysia, lemah dalam pertimbangan strategi politiknya serta gagal memahami faktor kemenangannya.
5.Hassan Ali perlu diberi peringatan yang keras oleh PAS.
6. Fitnah II bukan faktor peribadi, ianya faktor penentu jatuh-bangun demokrasi dalam negara.
7. Anwar Ibrahim tidak membuang masa dengan hal remeh-temeh dari hal Fitnah II ini, UM-NO dan BN lah yang melakukannya dengan mengheret Anwar dalam perkara yang tidak langung berkait dengan hal-hal pembangunan negara seperti yang dituntut Hassan Ali.
8.Hassan Ali mendakwa selama lebih 3 tahun Anwar Ibrahim sudah sepatutnya membela diri di mahkamah dan Anwar telah tidak melakukannya. Anwar sudah diberi peluang kata Hassan Ali. Untuk Hassan Ali, Anwar tidak lari ke luar negara, beliau tidak pernah gagal hadir ke mahkamah untuk membela dirinya, maruahnya dan maruah keluarganya. Itu membela la namanya. Bodoh!
9.Anwar mungkin dibebaskan dengan sejumlah denda bersama dakwaan perlakuan liwat yang didakwa telah berlaku, dan dipercayai suka-sama-suka, maka kedua-dua Anwar dan Saiful akan hanya didenda dan kes akan ditutup. Dan akhbar-akhbar pro-pemerintah akan berpesta dan meraikan berita ini sebagai berita utama di dada akhbar keesokkan harinya. Anwar Ibrahim akan dimalukan ke seluruh negara berminggu-minggu semahu-mahunya.
10.Hassan Ali perlu faham ini betul-betul. Anwar Ibrahim sudah mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri dan keluarga dari fitnah-fitnah ini dari dulu lagi. Sejak tahun 1998 lagi Anwar Ibrahim punyai peluang tersebut. Semenjak beliau berkonfrontasi dengan Dr Mahathir pada tengahari 2 September 1998 lagi, Anwar Ibrahim boleh melarikan diri ke lain-lain negara dan persetankan negara ini yang seolah-olah hanya Hassan Ali seorang sahaja yang pertahankan.
11.Anwar Ibrahim memilih untuk berdepan dengan pemerintah yang korup, yang zalim ke atas dirinya, maruah dirinya dan keluarganya serta yang tidak bertanggungjawab ke atas amanah yang diberikan oleh rakyat lalu mengakibatkan beliau diperlakukan seperti yang Hassan Ali dakwa sebagai masalah peribadi Anwar sahaja. Anwar tidak lari.
12.Anwar mungkin terpenjara, dan Hassan Ali mungkin kekal berkuasa. Saya lebih suka Anwar bebas merdeka dan Hassan Ali bersara saja.
13.Bagi Hassan Ali, menyertai Perhimpunan 901 adalah sia-sia padahal memperakui dan menyokong Hassan Ali sekarang juga telah menjadi suatu sangat sia-sia.
Nor Miswary Bin Ramli
Shah Alam
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago