Instagram

IMAM DIPECAT SELEPAS SERU KERAJAAN BBERLAKU ADIL, TELUS -malaysiakini

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu diberikan pampasan dua bulan gaji. Bersama surat memaklumkan pemecatannya bertarikh 30 April, Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, diberikan cek berjumlah RM3,255.50. Surat itu yang bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyebut tindakannya dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).Dalam surat yang sama, pemecatan itu dibuat berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa." "Mengikut peruntukan Seksyen 12(2) dan Seksyen 1391) akta yang sama, tuan (Syamsul) layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis," surat itu dipetik.Wan Mansor enggan mengulas tindakan itu – demikian menurut seorang kakitangan masjid sewaktu dihubungi tadi. Imam lulusan syariah dari sebuah universiti di Jordan itu memberitahu Malaysiakini hari ini, beliau sedang merancang untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana di sebuah universiti tempatan.Imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei selepas digantung dua bulan antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman.Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari. Shamsul semalam menjelaskan, beliau "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib.Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah. Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu. Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini. Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.
Dah makin payah dah sekarang ni kerja apa pun. Time-time sekarang ni bertambah banyak orang yang kena VSS, OT tak boleh buat, bonus takde, claim kena kurangkan, kilang kena kecikkan operasi kilang dan etc.ect. Tup-tup Imam pun boleh kena buang! Ni ka negara Islam 1Malaysia tu? Ni mesti kes diorang termakan cili jamuan imam ni masa pi solat jumaat itu hari.Kah!Kah! Tu lah..aku dah cakap kalau dah mula buat salah, sampai bila-bila diorang ni dah tak pandai dah nak buat benda betul. Aku bukan cakap sesapa yang dok berpakat-pakat tu yea..aku cakap kat sesapa yang selalu dok dalam satu barisan tu. Tak pernah keluar dan tak pernah terfikir nak keluar. Makin bersalah tapi tak pulak pernah rasa bersalah! Yang peliknya..ada lagi yang dok sokong tu..aduhh..Betulll...ada lagi yang dok sokong...

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts