Siswa ingin jumpa PM isu mansuh ISA
Sebuah gabungan pertubuhan mahasiswa berharap dapat bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi menyampaikan tuntutan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berusaha menghubungi Pejabat Perdana Menteri minggu depan bagi mengatur pertemuan tersebut, kata pengerusinya Shazni Munir Mohd Ithnin.Beliau, juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, serta wakil beberapa organisasi pelajar juga menuntut tahanan-tahanan bawah akta kontroversi itu dibebaskan atau dibicarakan jika wujud pertuduhan terhadap mereka. Shazni Munir, yang ditahan polis bulan lepas bagi siasatan contengan "bini puaka", berkata satu pertemuan dengan perdana menteri lalu Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah dirancang tahun lalu melalui Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis). Namun pertemuan tersebut gagal diadakan kerana ia turut melibatkan SMM yang disifatkan kerajaan sebagai pertubuhan tidak berdaftar, tambahnya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur tengah hari ini.Najib, sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya sejurus selepas menerima pelantikan sebagai perdana menteri keenam awal April lalu, berjanji untuk "menyemak semula" akta tersebut yang sering dikecam oleh aktivis NGO dan parti pembangkang. Tidak sabar dengan janji itu, gabungan NGO hak asasi manusia dan Pakatan Rakyat awal bulan ini menganjurkan demonstrasi besar melibatkan 20,000 penyokong mendesak ia dimansuhkan.
Ni antara bebudak cerdik pandai. Sekurang-kurangnya dengar dulu apa mereka nak cakap. Dulu dalam tahun 70-an dulu ada jugak pemimpin-pemimpin persatuan universiti buat perangai macamni. Sampai sekarang ni, kita berpeluang tengok hasilnya. Mereka masih lagi menjadi pemimpin, malah lebih berani dan berprinsip!