Instagram

PKR mula menambahkan masalah.

Mula-mula ADUN di Perak kemudian di ADUN di Kedah, ni dah sampai Pulau Pinang. Kesemuanya datang dari Parti Keadilan Rakyat - parti yang sama-sama dibentuk oleh Mat Ezam. Adakah Datuk Seri Anwar tidak sempat menyedari kepincangan ini?
Ramai yang kecewa dengan senario ini sebelum berlakunya perletakan jawatan dari ADUN Kedah itu hari. Tetiba ada pulak lagi kat Pulau Pinang pulak dah. Teringat kata-kata kawan aku yang juga seorang peguam ni Kulim, Kedah. Katanya:
"PKR ni, orangnya tarbiyahnya kurang. Semuanya baka UMNO. Lebih baik aku join DAP dari PKR ni".
Aku sokong kenyataannya tu. Mula-mula yang Perak tu aku dah meluat, then timbul pulak kes ADUN Kedah. Semalam, YB Eli terima tawaran untuk kekal sebagai ADUN dan Exco Negeri Selangor. Ni hah, YB Fairus letak jawatan pulak.
Dari dulu masa mula-mula mamat ni nak letak jawatan aku dah agak something wrong. Ye lah..kalau nak sambung mengaji pun (sambung belajar cakap Kedah) kenapa hang pi bertanding kat Penanti tu. Sebab idea sambung mengaji ni mesti dah lama dalam kepala otak kita kalau kita ada plan macamtu. Takkan masa sibuk-sibuk buat kerja sebagai Tim. Ketua Menteri 1 boleh terfikir nak sambung study. Tak best kerja ker? Dah tu dia kan dilantik pulak jadi Tim. Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang. Waktu tu aku dah terfikir dah, letak jawatan TKM 1 kalau nak sambung belajar dan bakal sibuk kenapa pulak masih boleh kekal sebagai ADUN. Tu mesti idea Anwar Ibrahim yang suruh jawab tu. Pendapat aku, idea tu memang betul-betul paling mengarut keluar dari mulut Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Ni hah..sekarang dah letak jawatan sebagai ADUN Penanti. Sebabnya nak tumpu pada nak sambung study dan nak tumpu pada keluarga yang banyak berkorban semasa kesibukannya??! Apa ni bro?! Korang ni memain lah! Ni dah kira khianat rakyat ni! Kalau dah tahu kena banyak berkorban dan mengorbankan keluarga dalam perjuangan ni, lebih baik jangan berkorban dari dulu lagi. Jangan bertanding dalam election. Refuse lah the offer! Pelik aku! Teringat aku alasan Mat Ezam masa mula-mula dia nak keluar dari PKR dulu. Betul-betul sama dengan alasan mamat Fairus ni.Nak sambung belajar! Terpesona aku..Kah! kah! kah!
Mungkin betul kot seperti yang pernah aku dengar di Kedah. MB Kedah pernah merungut yang ahli PKR ni banyak juga 'problemnya'. Tarbiyah mereka kurang. Aku setuju sangat!

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts