Tengahari tadi dalam rancangan 'All Angle' terbitan Radio Bernama 24 ada membincangkan tentang bantahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diwakili oleh Tok Ki - personaliti PPIM yang tak pernah dedah nama sebenar dan tunjuk muka - kepada Gerakan mansuhkan ISA (GMI) yang dianjurkan oleh beberapa NGO dan Pakatan Rakyat. Hujahnya terlalu dangkal. Naif dan sangat menyedihkan. Hujah beliau berkait dengan betapa terancamnya ekonomi pada ketika demonstrasi itu dibuat, betapa ramai orang akan susah melakukan aktiviti riadah (bershopping), atau akan menyusahkan oarang ramai yang nak pergi kerja. Malah, Tok Ki ini juga menyebut betapa beliau yang pernah tersekat di dalam kesesakan jalanraya disebabkan oleh demonstrasi seperti ini. Dengan mengakui yang beliau marah dengan tindakan GMI ini, beliau hanya menyebut betapa ketika beliau tersekat di dalam kereta ketika itu dengan minyak kereta yang habis kering, air-cond terpaksa di matikan, keadaan suhu enjin yang semakin panas malah Tok Ki turut mengemukan hujha yang seseorang mungkin boleh mati di rumah disebabkan ambulan yang tak sempat sampai untuk membawanya ke hospital! Pakai siren lah! Yang bertambah pelik, Tok Ki ni pulak tak pulak sibuk dan menyibukkan diri dan hentam puak-puak yang Pro-ISA yang nak ikut join buat demo sebab nak lawan GMI. Kata Tok Ki, pihak PPIM akan berbincang dan akan meyakinkan puak Pro-ISA ni tak turun join demo. Tok Ki sepatutnya pi mengamuk dekat puak Pro-ISA ni and tanya diaorang apa sebab nak turun demo? Nak pertahan hujah yang ISA tu wajib dikekalkan atau sesaja nak kacau daun nak tunjuk hero depan GMI? Tok Ki tahu tak yang ada isteri terpaksa belajar bekerja dan menyara anak-anak kecil yang ramai secara tiba-tiba sebab suami dia kena tahan ISA tu, apasal PPIM and Tok Ki tak kecoh-kecoh! ISA tu tahanan tanpa bicara! Kalau kena batang hidung sendiri mahu nak turun bantah kot! Aku bukan sokong sesapa yang buat salah dan merosakkan ketenteraman awam . Bagi aku sesapa salah pun kita kena tangkap and bicara dia and buktikan dia salah dan heret dia masuk penjara. Macam tu yang Islam ajar kat aku. Tak tahu lah Tok Ki and PPIM ni belajar Islam macamana. Kita bantah ISA ni and mintak ISA ni dihapuskan sebab akta ni zalim. Tahannnn..jer orang tu..bicaranya tidak..dia macam kita lawan lari kat olimpik tapi takde garisan penghujungnya..main lari jer...sampai mana?! Macamtu lah jugak kes orang yang buat salah. ALLAH pun ada mahkamahnya besok kalau kita buat dosa. Padahal ALLAH boleh jer nak humban kita masuk neraka tanpa bicara pun sebab ALLAH Maha Mengetahui. Kita tak boleh selindung apa-apa pun dari ALLAH. Tu pun ALLAH buat juga mahkamah. Nak bagi saksi-saksi yang berupa kaki tangan dan semua anggota badan kita membuktikan yang kita betul-betul ada buat dosa then baru ALLAH humban kita ke neraka..Ni ISA ni ikut Tuhan pun tidak, mana boleh kita kata akta ni bagus sampai Singapore and Amerika nak tiru pun Tok Ki nak bangga. Kadang-kadang mengutuk Amerika and Singapore tu macam depa tu teruk sangat. Alih-alih bila depa nak tiru akta ISA kita ni, kita bangga pulak. Baik join Sister in Islam je lah Tok Ki.. Kesianlah pada keluarga tahanan, isteri dan anak-anak mereka yang mana ayahnya dipenjara tanpa hujung pangkal. Nak kata salah tak jatuh hukum,tak pernah bicara, nak kata betul kenapa masuk penjara..Pening warden penjara..Tok Ki and PPIM better you all cek. Betul ker apa yang korang pertahankan dalam perjuangan korang ni?
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago