Hari Jumaat lepas aku pi demo kat depan plaza masalam. Alaa..tempat Teoh Beng Hock, setiausaha politik exco kerajaan negeri Selangor dijumpai mati tu. Mulanya ramai yang ingat dia bunuh diri. Kononnya tekanan akibat tugasnya yang terpaksa berdepan dengan SPRM, Polis dan parti lawan. Ada pulak yang ingat orang dari partinya sendiri - DAP - yang nak beliau mati. Dan tuduhan yang paling menghairahkan adalah keterlibatan SPRM yang mengakibatkan kematian pemuda bertubuh kecil tetapi bejiwa besar ini. Beliau baru berumur 30 tahun. Dan yang paling tragik tu, beliau sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya di bangunan yang sama tempat beliau ditemui mati! Kita tak boleh menuduh sesiapa yang menyebabkan kematiannya. Malah tindakan menuduh SPRM tak terlibat pun tak boleh juga. Itu pun satu tuduhan jugak. Dari keluar rumah yang sepatutnya dekat jer dengan rumah aku, aku terpaksa berpusing sana-sini nak masuk area situ. Maklumlah ada polis dan FRU buat kerja overtime! Kepada yang jiwa mereka besar. Bertenang yea. Kita biar pihak yang ada kuasa menggunakan kuasa mereka untuk menyiasat. Lepas tu kita komen. Apa yang penting petang Ahad ni jam 4.30ptg kita ramai-ramai turun Stadium Kelana Jaya!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago