Instagram

PAS pula menerima mesej dari peti undi

'Kekalahan' PAS di Manek Urai seharusnya direnungi oleh setiap seorang yang dahagakan perubahan dan kematangan dalam berpolitik terutama dalam bentuk bekerjasama sesama pakatan pembangkang atau menerusi Pakatan Rakyat (PR). Kemenangan demi kemenangan PR melalui PAS dan KeAdilan sebelum ini telah membenihkan sedikit 'over confident' di kalangan penyokong dan pendokong PR secara amnya dan PAS secara khususnya. Mereka, yakni PAS telah dengan mudah memperlekehkan jentera UMNO/BN yang bergerak dengan kempen-kempen rasuah mereka padahal kecenderungan pengundi untuk mengundi siapakah pilihan tidak benar-benar diberi perhatian. Saya jelak sebenarnya dengan dakwaan PAS dan PR yang terlalu mudah meletakkan beban kemenangan tipis PAS ini semata-mata ke bahu UMNO/BN semata-mata. Segala istilah bagi menggambarkan keburukan pendekatan UMNO/BN dalam aktiviti kempen-kempen mereka. Sedangkan kencenderungan ini berpunca daripada sikap pemimpin-pemimpin PAS sendiri. Benar mereka itu ada rasuahnya. Tetapi apakah PAS tidak berbuat kesilapan dalam menangani partinya.
Orang tua jelas, orang muda tidak jelas
Kenyataan yang dibuat oleh Mohd Zaki Ibrahim - Setiausaha PAS Kelantan - beliau dipetik sebagai berkata; pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS. Kenyataan-kenyataan yang serupa inilah yang bakal menyumbang kekalahan lebih teruk PAS pada masa-masa akan datang. Ini adalah kerana kenyataan ini seperti memperlekehkan pilihan pengundi muda yang merasakan mereka juga berhak untuk menghantar apa-apa mesej melalui kotak undi dan PAS juga tidak terkecuali dalam soal ini. Padahal pengundi muda yang sama juga yang memenangkan calon PAS pada Mac 2008 yang lalu. Kenyataan seperti ini seolah-olah pengundi muda ini terlalu naif dan setia menyokong apa sahaja tindakan PAS walaupun ada kepincangan. PAS mulai terlalu yakin dan angkuh. Saya akui sogokan yang dibuat UMNO/BN melalui Timbalan Perdana Menteri ada sedikit kocakan untuk mengalih pandangan pengundi, namun kalau diteliti betul-betul undi yang diterima PAS telah berkurangan dengan 9 pusat pengundian dan PAS hanya memenangi di 4 pusat pengundian berbanding tahun lalu PAS memenangi kesemua pusat pengundian kecuali di Manjor. Malah yang lebih memeranjatkan PAS telah kalah di Lahor - kawasan yang tidak mempunyai masalah kepada PAS.
Kerajaan Perpaduan dan isu-isu dalam Pakatan Rakyat
Saya sangat yakin saya mewakili golongan muda. Mereka memberi mesej kepada kepimpinan PAS yang baru dipilih selepasa Muktamar di Shah Alam baru-baru ini. Kecenderungan PAS untuk 'memberi muka' kepada UMNO melalui apa sahaja bentuk kerjasama atas nama apa sekalipun telah di beri peringatan oleh pengundi muda di Manek Urai. Walaupun idea Kerajaan Perpaduan oleh Tg Presiden PAS telah pun ditamatkan, tetapi terpancul idea tersebut dari mulut beliau tanpa memikirkan kesannya telah menampakkan kesan buruknya. Saya kira pendekatan PAS hari ini telah tidak dipersetujui oleh penyokong dan ahli mereka di peringkat akar umbi. Masakan tidak, pengundi yang lebih tua boleh kekal untuk mempertahankan PAS sedangkan pengundi muda boleh beralih arah disebabkan mereka lebih banyak terdedah dengan maklumat terkini seperti internet yang mudah 'menyampaikan' kegopohan' pemimpin-pemimpin PAS dalam mendepani cabaran menghadapi UMNO/BN dan kebijaksanaan meletakkan diri dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Mereka diajar untuk menggunakan peti undi untuk menghantar mesej kepada pemimpin dan PAS harus menerima dengan hati yang terbuka. Menyalahkan SPR dan menghumban segala yang buruk-buruk kepada UMNO/BN apabila berlaku situasi seperti ini adalah kelaziman yang dibuat PAS selama ini. Taktik ini mula dihidu pengundi muda. Mereka bosan.
Pakatan Rakyat perlu diperkasa
Apapun saya tetap mahu menyucapkan tahniah kepada PAS secara amnya dan pada Abe Uji khususnya kerana dapat mempertahankan kerusi DUN Manek Urai ini. Seharusnya kemenangan yang mencemaskan ini wajar dijadikan peringatan awal kepada tanda beberapa jenis penyakit dunia yang mulai menghinggapi pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Biarpun pengundi muda sangat terdedah dengan segala maklumat dengan cepat dan pantas, namun mereka tidaklah juga seorang naif dan tidak mampu menilai siapa yang benar siapa yang salah. Percayalah, dengan maklumat yang terkini melalui ruangan-ruangan seperti blog-blog di internet sekarang ini, mereka begitu mudah untuk menilai kelayakan dan kriteria pemimpin-pemimpin yang mereka mahukan. Yang jelas mereka mahukan PAS berpegang kepada tali Pkatan Rakyat dabn bergerak seiringan memperkasakannya dan bukannya menyinggah di tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan untuk halwa telinga dan kekenyangan perut sendiri. Bukan apa, pengundi muda ini tidak melihat PAS dari sudut PAS sahaja malah mereka melihat PAS dengan wajah-wajah harapan dalam komponen Pakatan Rakyat sama. Jangan sia-siakan harapan ini.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts