Melalui Radio Bernama semalam, berita dipetik Tan Sri Muhyiddin sebagai berkata pembinaan jambatan untuk penduduk Manek Urai akan di buat jika sekiranya rakyat mengundi UMNO/BN. Tambahnya lagi jambatan yang dianggarkan berharga RM7 juta itu akan diteruskan andai UMNO/BN memenangi PRK di Dun Manek Urai. Sebaliknya, tegas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran itu, pembinaan jambatan tersebut tidak akan di lakukan jika PAS yang memenangi pilihanraya kecil tersebut. Bagi beliau, jika penduduk Manek Urai tidak mengundi UMNO/BN, itu bermakna penduduk Manek Urai tidak menerima tawaran UMNO/BN (atau tawaran kerajaan UMNO/BN?) itu. Apabila ditanya pemberita, tidakkah pembinaan jambatan itu merupakan tanggungjawab kerajaan Pusat untuk membinanya selari dengan konsep 1Malaysia:Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan - Tan Sri Muhyiddin menjawab "Ada yang kerajaan negeri kena buat, ada yang kerajaan Pusat kena buat. Bagi kita ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri". Jadi yang aku persoalkan adalah: kalau dah jambatan ni tanggungjawab kerajaan negeri (PAS Kelantan), kenapa kerajaan Pusat (UMNO/BN ada kerajaan ker?) sibuk-sibuk buat tawaran nak bina jambatan yang berharga RM7 juta tu malah dah bising-bising tak akan teruskan projek membina jambatan tu kalau rakyat tak undi UMNO/BN! Kan itu kerja kerajaan negeri. Biarlah kerajaan negeri yang usahakan bairpun bergolok bergadai sekalipun. Okey. kita faham, Tan Sri Muhyiddin prihatin kepada masalah penduduk di Manek Urai dengan akibat tidak ada jambatan tersebut. Okey. Bagus. Jadi kerajaan Pusat boleh tolong bina jambatan tersebut seperti yang dijanjikan tidak kira samada mereka kalah sekalipun. Itu bukti prihatin. Otherwise, jangan janji. Idea atau janji tu tidak adil untuk penduduk Manek Urai. Tawaran itu seperti ugutan. Dan ianya datang dari Timbalan Perdana Menteri. Kan tak berapa masuk akal tu? Ni rasuah style baru ni. Tawaran @ rasuah politik! Janganlah anggap penduduk Manek Urai tu bodoh sangat nak mengetahui antara tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Kalau UMNO/BN jujur untuk mendahulukan rakyat, pembinaan jambatan itu wajar diteruskan tidak kira UMNO/BN kalah atau menang. Itu baru gentlemen. Kalau kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat, dah berduyun report polis akan dibuat oleh Pemuda UMNO dan berguni-guni lagi report ke SPRM. Tapi sebab kenyataan berunsur sogokan rasuah ini dilakukan oleh pemimpin mereka sendiri, maka ianya tiba-tiba menjadi fatwa rujukan alam. Rujukan tanpa nas dan dalil. Tanpa boleh disentuh. Tanpa boleh dipertikai atau di kritik. Ianya tiba-tiba menjadi tawaran hebat!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago