Salam YB Zul.
Setelah dgn emosi dan dgn terburu 'berhujah' dgn YB Khalid lagak persis seorang 'pejuang' Islam tulen dan setelah dgn 'berjaya'nya mencetuskan huru-huru hara dengan membangkitkan api kemarahan umat Islam dgn fakta2, nas2, dalil2, data-data, bukti-bukti..etc2 yg diyakini YB Zul sbgi hujjah yg membantu umat Islam memamahi isu kalimah ALLAH ini dan setelah 'berjaya' menyemarakan api kebencian segelintir umat Islam maka 3 gereja dirosakkan dan dibakar.
Maka dgn berbangganya YB Zul dtg pula ke gereja yg dirosakkan dgn memberi kata-kata semangat dan peransang sbgi membuktikan betapa YB Zul adalah ahli parlimen yg toleran. Dan dgn kemudiannya membuktikan pula melalui blog ini dgn beberapa kes umat Islam yg teraniaya dan dizalimi dan dibunuh oleh mereka yg bukan beragama Islam.
Dgn berkata: "Kita bukan umat yang dididik menjadi begitu, walaupun mereka memperlakukan kita begitu rupa!!"..maka YB sekali lagi cuba mencetuskan api permusuhan dan bukan mencari titik pertemuan menyelesaikan isu ini. Dan sekali lagi, YB Zul kembali sebagai hero yg beremosi, tidak matang, terburu2 dan tidak berhikmah dalam tindakan.
Ya, kita dan saya perlukan pejuang Islam yang kuat mempertahankan Islam kerana benar. Kuat perjuangannya atas nama Islam bukan parti mahupun mana2 individu. Tetapi menurut Nabi seseorang yang kuat itu bukan dgn mengalahkan orang lain dgn perang atau tangan tetapi dengan MENAHAN KESABARAN DAN BERTINDAK ATAS KEBIJAKSANAAN.
Maaf YB Zul, tindakan saudara adalah sesuatu yg mengecewakan bagi seorang YB yg dianggap terpelajar.
Nor Miswary Ramli