Instagram

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kritik BN/UMNO?

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kenal Islam melalui UMNO. Macam Tun Dr Mahathir yang kenal Islam melalui Al-Quran berbahasa Inggerisnya. Sebab itulah Chua Soi Lek boleh anggap negara-negara Islam telah mencipta 'korup, terkebelakang,dan anti-progresif dalam pertumbuhan ekonomi dan sosial'. Mari kita lihat pandangan Chua ini dari prespektif yang berbeda. Kita lihat dari sudut dalam kasutnya. Sebagai seorang Presiden MCA baru yang pernah terlampau, mendapatkan sokongan kaum Cina semula adalah diantara usaha perdana beliau. Saya mempercayai sikap Chua ini adalah dari hati nuraninya. Percayalah, beliau adalah pemimpin yang berani. Lebih berani dari mana-mana pemimpin UMNO. Masakan beliau boleh mengakui rakaman video terlampau yang pernah menggemparkan politk MCA suatu ketika dulu adalah rakaman dirinya bersama seorang wanita. Itu berani namanya. Jadi untuk menempelak negara-negara Islam sebagai anti-progresif, korup dan terkebelakang, beliau sebenarnya sedang menempelak PM Najib dan UMNO sebahagiannya. Masakan beliau menempelak Pakatan Rakyat yang tidak memerintah negara Islam Malaysia ini. Beliau sedang mengkritik kerajaan Islam Barisan Nasional dan UMNO sebenarnya. Malah beliau juga turut mempersenda isteri PM Najib juga! Masakan Islam Barisan Nasional/UMNO itu progresif jika hanya menentang pembangkang (PR) dengan memukul dengan belantan, mengISAkan mereka, menyalurkan wang royalti a.ka. wang ehsan melalui ketua-ketua UMNO Kelantan, memenjarakan pesaing dengan tuduhan liwat dan membunuh seseorang dengan misteri bersama bahan letupan terlarang milik tentera, menyebabkan FDI negara tiba-tiba merudum dan menghilangkan enjin jet pejuang tentera dan menjumpainya semula. Tindakan Chua Soi Lek sebenarnya sedang berhikmah dalam mengkritik kerajaan Islam BN/UMNO. Tindakan ini juga dilihat selari dengan tindakan beliau menolak perlawaan PM Najib untuk menganggotai kabinet selepas memenangi jawatan Presiden MCA baru-baru ini. Beliau memang berhajat untuk perancangan yang serupa ini, dan beliau telah memulakannya di Kedah - tempat PAS dan Pakatan Rakyat memerintah dengan jayanya. Janganlah melihat kritikan ini sebagai pandangan sisi dari kita - Pakatan Rakyat - sahaja. Beliau tidak menyenangi akan PM Najib dan begitu jugalah sebaliknya. Dari dalam hati tersemat bahawa kaum Cina Malaysia akan kembali kepada MCA dan tidak kepada BN/UMNO. Dan tentunya keuntungan ini akan dapat jua dikutip bersama-sama oleh BN/UMNO. Rakyat mungkin menolak PM Najib BN/UMNO, dan menerima MCA tetapi rakyat tidak akan boleh menerima UMNO sampai bila-bila. Jadi untuk apa dia mengkritik Islam Malaysia melalui PAS, UMNO dan kerjasama DAP-PAS dibawah Pakatan Rakyat ini sedangkan kita ini dibawah pemerintahan BN/UMNO? Don't you see, beliau mengkritik negara Islam BN/UMNO!

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts