Instagram

Zaid Ibrahim - A Trojan Horse

"Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun."


"Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam."


"Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini."


Zaid Ibrahim dari blognya http://www.zaiduntukrakyat.com/


Ulasan saya:


1. Hatta sepatah pun melalui kenyataan media beliau tersebut, Zaid tidak langsung meminta maaf atas apa-apa salah dan silapnya (jika ada) kepada mana-mana pimpinan yang pernah bersama-sama dengannya. Pada perkiraannya - beliau telah tidak ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan yang dilakukan beliau sepanjang beliau 'berjuang dengan ikhlas' di dalam parti.


2.Bagi Zaid, beliau tidak ada niat untuk menghancurkan parti termasuk melakukannya dari dalam seperti apa yang beliau lakukan sekarang, beliau ikhlas dan orang lain tidak. Beliau tiada niat. Beliau hanya lakukan sahaja.


3.Benar, politik kotor dan penipuan wajar kita tentang walau dari mana ianya datang - walaupun dari Zaid.


4. Zaid seorang yang sangat lemah dalam melakukan gerak politik. Seni politiknya sangat naif. Jika niatnya untuk terus kekal dalam pentas perdana politik Malaysia biarpun bukan di dalam PKR atau mana-mana parti yang mahu disertainya ataupun menerusi parti barunya, Zaid seharusnya lebih banyak belajar dan bersabar. Lihat sahaja contoh pada lain-lain pimpinan dari PAS, PKR mahupun DAP, adakah setiap pemimpin mahupun ahli parti tersebut setuju dengan keputusan, tindakan dan tingkah para pemimpin mereka? Adakah mereka mengambil tindakan yang serupa seperti apa Zaid lakukan hari ini? Lihat sahaja teguran keras Tg Nik Aziz Nik Mat - Menteri Besar Kelantan-, YB Khalid Samad dan YB Husam Musa ke atas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Tidak pula beliau membuat sidang media mengkritik tindakan mereka yang menghentamnya malah tidak pula beliau mengugut untuk keluar parti seperti yang dilakukan Zaid sekarang ini. Kerana wujudnya pemimpin-pemimpin seperti inilah yang menguatkan harapan rakyat, yang menyebabkan perjuangan politik kepartian ini kekal dengan semagat berjemaah dan semakin matang dalam bertindak. Sayang sekali, Zaid tidak berminat untuk termasuk di dalam senarai tokoh-tokoh besar ini.


5.Bagi penulis yang pernah menulis artikel tentang pencalonan beliau untuk jawatan no.2 parti suatu ketika dulu, ternyata nasihat dan pandangan penulis mula menampakkan kebenarannya.


Nor Miswary bin Ramli
Shah Alam

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts