Saya pernah bertemu dengan Pak Samad beberapa kali. Acapkali terserempak di mana-mana dan di sesetengahnya pula pernah dipertemukan dalam majlis bersifat ilmu kesusasteraan. Pernah juga saya menghadiri majlis kritikan media novel 'Imam' karya tersohor SN Abdullah Hussein. Beliau juga yakni Pak Samad turut menyertainya. Sedari itu saya mengkagumi beliau. Beliau yang senantiasa senang dengan beg sandang (jahitan sendiri agaknya) dan dengan gaya jambang juga misai menampakkan kehalusan seninya. Yang jelas beliau sangat tenang, rendah diri dan sentiasa berhati-hati bertutur.
Bukan. Hari ini bukan berkenaan BERSIH yang disertai Pak Samad yang mahu saya ceritakan. Itu begitu banyak sekali telah diperkatakan dan diulas-cerita. Yang menolak saya menulis hari ini adalah berkenaan sikap Pak Samad ini yang tidak miliki mereka yang berada di sekelling kita. Ya. Sekeliling saya. Ada yang dengan tiba-tiba boleh menjadi angkuh dan sombong. Tidak mungkin kerana harta malah ilmu mereka yang tidak seberapa itu, malah sangat sedikit akhlak mereka dalam kehidupan sehari-hari. Saya pernah beberapa bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang. Ya.Benar. Peluang bertemu dengan pemimpin No.2 negara ini tidak pernah saya persiakan dengan menyoal hal-hal yang berkaitan dengan kepimpinan dan politik semasa negara. Namun yang jelas,beliau tidak pula menyombong seperti rakan-rakan disekitar saya. Ya. Mereka menyombong bagai kuasa di bawah dagu mereka. Seolah-olah kepandaiannya dan pengalaman mereka merentasi panjangnya Sungai Nil.
Sombong itu sifatnya milik syaitan yang di laknat ALLAH. Syaitan sombong akibat mempercayai diri mereka adalah sebaik-baik ciptaan berbanding Nabi Adam. Natijah kesombongannya, maka syaitan di hina dan dijanjikan neraka selamanya. Apakah ada di antara manusia mehu memiliki sifat fitrah syaitan ini? Untuk apa kesombongan itu dipakaikan sebagai baju dan perhiasan? Apakah ia menjadikan mereka lebih ke cantik dan boleh diperagakan sebagai bahan kecantikan yang mutlak sehingga ada di antara rakan-rakan anda yang melihat ianya tidak lain hanya sekadar suautu kebodohan semata-mata?
Mengapa mereka boleh menjadi begitu sombong? Adakah kerna mereka ini mempunyai rangkaian rakan-rakan sendiri yang maha hebat sehinggakan rakan-rakan yang lain boleh diperdagangkan nilai persahabatan itu dengan sekupang-dua? Seperti yang saya nukilkan di atas. Pertemuan dengan Pak Menteri dan tokoh-tokoh agama dalam negara mengajari saya akan arti menghormati rakan-rakan. Malah, mereka yang bergelar agamawan yang pernah saya temui sifatnya sangat rendah diri dan tidak pula menyombong seperti rakan-rakan saya itu!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago