Instagram

Tanda PRU-13 makin dekat






KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan Penduduk Tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukan kesilapan teknikal, tetapi satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata demikian mengulas isu seorang penduduk tetap bernama Mismah yang didaftar sebagai pengundi dalam laman web SPR.

Status Mismah dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara sebagai penduduk tetap bagaimanapun bertukar pada sebelah petang sebagai seorang warganegara, selepas isu itu didedahkan oleh media internet, semalam.

“Jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan melibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

“Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan,” kata Suhaizan seperti dilapor Harakahdaily.com

Sementara itu, beliau menempelak penafian yang dibuat pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang mendakwa isu itu berpunca akibat kecuaian teknikal JPN.

Aziz juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Mengulas lanjut, Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi “tukang jawab” bagi pihak JPN.

“SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga…

“Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini,” ujarnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap pada sebelah pagi, berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts