Instagram

Politik orang dayus!


Baru-baru ni saya ada berjumpa dengan sahabat-sahabat lama yang bekerja di majlis bandaraya petaling jaya. Borak-borak di kantin depa sambil pekena teh limau panas. Kawan-kawan yang dua-dua orang ni dah lama bersama sejak itm lagi (kini UiTM). Segala isu timbul. Dari isu anak-anak ke isu kerja. Dari isu kerja beralih ke isu anak-anak dan keluarga. Berpusing dan berpusat pada tempat yang sama. Akhirnya datang salah seorang senior diorang yang nak join sekali berborak. Mula-mula okey. Alih-alih dia buka isu politik. Saya hanya tekun mendengar pandangannya. Kawan-kawan saya turut sama menekuni. Dari isu perjuangan PAS, sikap DAP yang dakwanya anti Melayu sehinggalah PKR yang turut diheret sebagai parti yang kuat bergaduh. Saya pada mulanya berniat untuk mendengar sahaja tanpa sebarang reaksi. Diam bukanlah setuju. Tapi hajat untuk bertemu kawan-kawan lama dan biarlah hasrat murni itu kekal sampai di situ juga. Tetapi apabila abang senior itu mula membantah usaha-usaha pemimpin politik yang dakwanya hanya 'bermain wayang' dalam maksud perjuangan untuk rakyat, saya mula rasa gelisah.

"Politik tak kotor..pemimpin yang kat dalam tu yang kotor"

"Lagipun orang politik ni cakap nye lain. Depan kita dia cakap A, belakang kita diaorang cakap B.Kita kat bawah ni teruk-teruk bergaduh sokong diaorang, tapi diaorang sesama diorang baik punya berpeluk-peluk!". Sungguh-sunguh dia menerangkan.

"Apa-apa hal pun, Melayu kita kena bersatu...".Perlahan dia menambah.

Pedih ulu hati bila main-main isu Melayu ni. Idea politik perkauman ini sudah haprak. Betul. Anak muda tidak ghairah lagi dengan isu Melayu untuk menang tangga politik. Anak muda sudah terlalu ke depan. Chapter seperti ini sudah lama di baca dan dikhatam. Ianya bukan lagi rujukan politik anak muda hari ini. Kita kejarkan politik idea. Politik berhujah atas idea-idea. Bukan bertumbuk dan ajak bertembung.

Dan inilah ciri-ciri benih yang berkehendakkan Melayu untuk bersatu. Bersatu untuk merompak harta rakyat, bersatu untuk rasuah, bersatu untuk menginjak-injak nilai-nilai Islam dan yang terbaru ini mereka cuba membentuk permikiran anak muda supaya bersatu untuk memporakperandakan ketenangan di antara kaum!Apa nih?!

Maka dengan tidak semena-mena salah seorang kawan saya turut sama menyampuk.

"Kita tak payah politik-politik ni. Kita kerja, berkeluarga dan bina kerjaya untuk masa depan sudah." Kawan saya berhujah.

"Lagipun buat apa nak kecoh-kecoh. Kita sekarang semua ada. Dapat belajar kat U, sambung belajar,cari ilmu banyak, dapatkan kerja yang bagus, anak-anak okey..sudah lah..Tak payah sibuk-sibuk hal orang lain".Dia galak menambah.

Saya mula rasa bingung dengan mereka ini. Lalu perlahan saya mengulas;

"Memang kita kat sini serba cukup serba-serbi.Serba mencukupi, tapi korang pernah tanya orang-orang kampung di hulu Baling, Kedah yang ada diantara diaorang sampai ke hari ini tak pernah jumpa LRT dan KLCC walaupun sekali. Pernah tak korang jumpa keluarga yang ada anak 6 yang setiap hari mereka berlauk kan pucuk di belakang rumah yang direbus. Kuah rebusan jadi kuah dan pucuk rebusan jadi lauk.Pernah?Maksudnya kerajaan hari ini mengurus ekonomi dengan tidak seimbang. Kek yang sama di bahagi dengan tidak sama rata.Pembahagian kekayaan ekonomi tidak melata dengan adil di kalangan rakyat.Kan?". Saya menyoal dengan rasa bergetar. Bukan marah. Cuma membuka hujah.

"Kerajaan yang mendapat amanah dari rakyat perlu hati-hati menjaga hak rakyat ini. Kerajaan ini bukan milik UNNO-BN. Ia milik rakyat. Rakyat yang memberi peluang UMNO-BN menjadi kerajaan dan ianya boleh ditukar-ganti mengikut selera rakyat. Dah tentu selera rakyat bergantung kepada apa yang pemimpin buat!"

"Jadi, apa salahnya rakyat sekarang tak suka UMNO-BN dan mahu menukarkannya kepada Pakatan Rakyat?".Soal saya mentah.

Saya kembali diam. Memberi peluang mereka menilai pegangan politik saya. Salah seorang kawan saya mulai tidak senang dan meminta izin untuk segera berlalu. Inilah gambaran politik idea. Politik berhujah. Bukan provokasi sembrono tanpa berfikir.

"Carilah ilmu dan biarlah ilmu itu bawa kita ke arah mana. Itu kaedah yang betul". Saya bagai membuat kesimpulan.

Lihat sahaja semalam apabila beberapa laporan pois dibuat oleh beberapa pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pakatan Rakyat yang lain apabila mereka mendakwa mendapat SMS berupa ugutan bunuh dari mereka yang pengecut, bodoh dan sangat tidak bertamadun.

Mengajak mereka ini duduk berdialog atau berbincang bagai mengajak Pak Osman orang kampung saya yang berumur hampir 75 tahun naik ke bulan. Mereka agak dungu dalam seni politik ini. Yang mereka tahu hanya bertumbuk dan memaki-hamun. Mereka dungu dengan apa yang anak muda sebut sebagai politik idea. Mereka jahil akan bab itu. Jenuh otak diorang ni memikirkan apakah dia politik idea itu. Mereka boleh keliru antara politik idea dengan buah sukun pun!haha.

Jadi, setelah laopran polis selesai, kita teruskan kerja kita. Sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, kita memang dipertanggungjwabkan untuk menumbangkan kerajaan UMNO-BN. Itu bukan kerja gila. Itu kerja orang yang mngikut undang-undang dan faham benar dengan undang-undang. Jadi, kalau PM Najib fikir dia telah berjaya menghimpunkan belia di Putrajaya tempohari dengan niat mengajak anak muda mempertahankan Putrajaya dari 'dirampas' oleh pembangkang, itu tandanya PM Najib mengajak anak muda menentang undang-undang!

Pengakuan Tn Guru Nik Aziz tentang Presiden PAS


"Para hadirin semuo, dio suruh buang Islam ni kerananyo negara berkebajikan. Dio kata PAS sekarang takdop doh Islam; kebajikan. Mu orang UMNO, aku orang PAS aku reti masalah PAS lebih daripada UMNO, lebih dari mu. Tu jawab pertama. Nok main kasar. Mu orang UMNO, mu reti gapo..aku orang PAS, aku reti la mende ni!

Hok buat ucapan di Kuala Lumpur nu bukan sebarang orang. Orang yang berkelulusan. Nok royat ari ni satu benda; Ustaz Hj Hadi ni dio royat ke ambo dia jupe ngan Nabi, tiga kali. Mimpi jupo Nabi tigo kali doh. Orang lain duk jupo syaitan dalam tidur. tindih di hantu.. Dio jupo ngan Nabi tiga kali, dan di akhir sekali –hok dio mimpi akhir sekali- dia sebut, Nabi sebut ke dio ‘siiru ‘ala barakatillah’. Nabi mitok Ustaz Hadi bergerak atas berkat Allah Taala. Ambo mimpi sekali je jupo dengan Rasulullah, dio tiga kali. Jangan main-main. Dio orang mengaji di Madinah, pah buat di Kaherah. Orang ni buatnya ilmu…..”

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts