Instagram

Kenapa saya menyertai DAP


Tunas dunia politik
Sejak mengenali apa itu perihal politik, saya tidak pernah terlintas untuk bertembung dengan dunia ini. Walaupun ayah saya pernah menyiapkan sepasang kemeja putih yang ditempah khas ketika Pemuda UMNO dipimpin saudara Anwar Ibrahim. Ketika itu, Anwar Ibrahim menyediakan barisan saf kepemudaannya ala-ala gaya mereka yang bekerja di kilang.Aktif dan agresif. Ketika itu saya hanya memakai sahaja tanpa memahami mengapa dan ke mana arah tujuannya. Lalu, saya juga melepasi jalur poltik di saat saudara Mohamad Sabu yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu (sekarang ini Timbalan Presiden PAS)difitnah dengan tuduhan khalwat dengan salah seorang jemaah muslimahnya. Mahkamah kemudiannya membebaskan beliau. Namun, pandangan politik saya ketika itu masih juga samar-samar. Malah, momokan cerita seperti cerita yang berlaku ke atas Mat Sabu itu tadi telah melukiskan sedikit demi sedikit garisan yang mencalarkan wajah PAS dan dunia politik di Malaysia dari kacamata saya ketika itu. Sehinggakan PAS dilihat sebagai parti wadah Islam yang hodoh oleh saya ketika kes itu berjaya dimainkan oleh UMNO melalui media-media perantaraannya. Tetapi,yang peliknya, ayah saya yang sudah tentunya adalah ahli UMNO agak keras menafikan tuduhan liar ke atas saudara Mat Sabu itu. Dia mempertahankan lawannya.Saya mendapatkan sedikit pencerahan dari peristiwa itu dan peristiwa pengharaman Al-Arqam juga.

Anwar sebagai 'booster'
Peluang untuk memahami selok-belok politik kepartian ketika itu hanya datang melalui ayah saya semata-mata. Dia bagaikan teropong halus yang senantiasa ada di hujung telinga saya. Perbincangan, pendebatan dan bual-bicara yang berkaitan politik bersama pimpinan politik UMNO terutamanya langsung saya hadami melalui kacamatanya sahaja. Biarpun begitu, beliau tidak pula meyakinkan saya untuk menyokong atau membantah mana-mana parti yang ada. Baginya, biar maklumat itu saya perolehi sendiri. Sehinggalah saya di universiti. Dan di saat saya berkesempatan berjumpa dengan Dato Seri Anwar lebih kurang dalam pukul 10 - 11 pagi di rumahnya dan di mana beliau diberkas ala-gestapo pada sebelah malamnya telah mengubah segala-galanya. Beliau yang ketika itu sedang bersiap-siaga untuk berdemo di dataran merdeka memohon untuk berjumpa rakan-rakan terdekat termasuk ayah saya dan kawan-kawannya. Pintu dunia politik Malaysia mula terkuak sedikit demi sedikit.

Kenapa DAP
Kewujudan pelbagai pertubuhan dan NGO yang mesra pemerintah mula memberi rasa ketidak keselesaan kepada saya. Malah beberapa tindakan berupa ancaman dan ugutan keras bersifat perkauman oleh mereka ini tanpa sebarang tindakan oleh parti yang memerintah menyebabkan saya tertanya-tanya. Adakah terdapat undang-undang yang berbeza untuk rakyat Malaysia?Satu untuk pemerintah dan pihak yang menyokong mereka serta satu lagi untuk rakyat biasa yang menentang mereka. Malah, pertubuhan-pertubuhan yang bersifat perkauman ini begitu lantang (baca:bodoh) ini memperlekehkan usaha-usaha DAP yang telah jelas terang lagi bersuluh yang tidak pernah membawa sebarang isu perkauman sebagai dasar perjuangan malah telah pula menyenaraikan bukti-bukti betapa DAP terutamanya di Pulau Pinang telah membela rakyat bawahan yang kebanyakannya adalah orang Melayu dan beragama Islam. Laporan Audit Negara yang lambat dibentangkan di Parlimen juga mengesahkan berita hebat ini.Malah DAP yang disebut sebagai anti-Melayu dan anti-Islam oleh mereka telah berjaya memeperlihatkan kesungguhan mereka membela kesemua rakyat tanpa mengambil kira warna kulit, pegangan agama mahupun idelogi politik. Pertubuhan-pertubuhan ini tanpa rasa malu dengan kedangkalan dan fitrah bebal dari diri-sendiri terus-menerus menyebarkan fitnah ke atas DAP dengan dakwaan bersifat perkauman dan percik api agama. Malah berita (baca:fitnah) mereka ini pula disebar luas dan diprogramkan sebagai propaganda jahat ke serata pelusuk negara melalui lidah tidak rasmi mereka Utusan Malaysia, Berita Hairan, RTM dan TV3. Aktiviti-aktiviti mereka ini telah menyedarkan saya betapa mereka telah pun dan sedang merendahkan kemampuan intelektual saya dan rakan-rakan yang berada disekeliling saya. They were insulting my intellectual. Mereka seolah-oleh telah mencuri kasut saya di siang hari di tangga masjid di depan mata saya dan kemudian menuduh orang lain pula yang mencurinya.Lalu mereka mengajak pula saya menjadi pembela ke atas mereka yang telah kehilangan kasut.Padahal merekalah yang merompaknya! Tidakkah ianya sesuatu yang sangat melucukan?Mereka telah menulis melalui lidah-lidah tidak rasmi mereka mengajak anak-anak muda menyertai mereka padahal di waktu yang lain mereka mereka menyebarkan peluru kacang bertaburan dengan fitnah-fitnah yang tidak pernah masuk dek akal! Malah fitnah yang direkacipta itu cuba dipaksa masuk melalui slogan-slogan Melayu dan Islam yang mana mereka sendiri pun telah 'menjualnya' sedikit demi sedikit. Tidakkah saya akan kelihatan begitu naif sekali jika masih mempercayai mereka ini? Lalu, tindakan menyertai DAP sebagai wadah gerakan berpolitik merupakan tindakan politik yang paling menggembirakan saya setakat ini. Penyertaan saya dan rakan-rakan saya boleh la di lihat sebagai perkembangan yang sihat dalam negara demokrasi kita ini. Malah untuk DAP khususnya. Lalu dengan harapan menggunung untuk memberi kemaslahatan yang paling besar kepada DAP dan tentunya kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya telah melahirkan idea hebat ini - menyertai DAP.


Nor Miswary b. Ramli
Shah Alam

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts