Instagram

Politik


"Boleh tidak kalau kita berhenti cerita tentang politik?".Dia menyapa.

Sudah tentu boleh.

Kadang-kadang penat juga. Pernah juga masa sibuk-sibuk Anwar Ibrahim sesudah dikeluarkan dari istana hinggapnya di Sungai Buloh, ramai juga yang kalut. Ada yang memuji-muji Pak Lah - Perdana Menteri - ketika itu. Aku mula bercadang untuk tarik diri dari kalut-malut tu.

Aku berhenti berblog sekejap. Macam segala yang menjadi teras untuk memaki pemerintah tetiba terapung ke udara. Sunyi dari berbunyi angin politik macam duduk dalam bilik gelap kedap bunyi di tengah malam. Memang sepi.

Tapi politik ini seperti fesyen juga. Ianya tidak boleh berhenti. Ianya berevolusi. Menjadi nadi kepada perubahan dan kemajuan insan. Ianya bukan suatu yang buruk. Lalu aku tentunya turut terikut untuk berjamaah bersama.

Nah!Aku masih bercerita tentang politik kan?

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts