Instagram

Urus-Simpan Pendapatan Kita



Tiada yang menarik untuk di ulas. Isu menghapuskan dan mengekalkan PTPTN oleh pemerintah dan pembangkang mendominasi berita. Biarpun polemik ini mencetuskan tingkah-idea, namun rakyat khasnya mahasiswa dan bakal mahasiswa bakal memperolehi keuntungannya juga. Bukankah rakyat sedang didahulukan? Tetapi isu ini masih boleh ditunggu.

Apa yang menarik yang mahu diulas adalah berkenaan pengurusan kewangan. Ada juga yang bertanya mengapa tidak blog ini dijadikan ruangan untuk mencambah idea dan minat pembaca akan kepentingan pengurusan kewangan yang bijak. Mungkin tujuan asal blog ini diwujudkan adalah secara khusus terarah untuk subjek tertentu sahaja, maka kecenderungan itu menjadi malap dan gelap. Siapa yang tidak bernafsu akan subjek kewangan atau mana-mana subjek yang melibatkan kewangan dan tabungan masa depan? Sesiapa sahaja yang punyai tanggungan, pekerjaan dan kehidupan (terutama di kota-kota besar) pasti hampir setiap masa memikirkan soal ini. Malah, ada yang kadang-kadang suka mendapatkan kemahiran pengurusan kewangan melalui sumber-sumber seperti seminar-seminar kewangan dan program-program latihan semata-mata untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang disebut sebagai “Power of Knowledge“ ini. Mengakui di sini, saya juga adalah salah seorang dari mereka yang ramai itu. Lalu, ada juga saranan dari rakan-rakan menggesa saya kerap menulis artikel berkongsi pengalaman-pengalaman itu instead of menghasut rakyat membenci pemerintah. Hahaha!

Sebenarnya, kalau di lihat di sekitar Lembah Klang ini, begitu banyak peluang-peluang untuk mempelajari kaedah-kaedah, strategi-strategi dan pelbagai lagi formula-formula yang boleh membantu kita untuk menguruskan sumber kewangan kita dengan betul. Kita hanya perlu sanggup, cuba berkelapangan dan bayar kos seminar yang mahal, itu sahaja. Tiada sesiapa pun yang mahu menghalang anda, biarpun bos anda. Ada ka? Maka, peluang yang kita ambil itu akan sedikit sebanyak memberikan kita pengetahuan untuk mengungguli kemahiran menguruskan pendapatan kita dengan bijak. Majikan kita tahu rahsia ini, cuma dia mendiamkan dirinya sahaja. Let me drive this luxury car, is not suit for you, it is not suit for your paycheque. Is it true?

Namun, saya lebih terarah untuk berkongsi bagaimana kita boleh sebenarnya, menguruskan simpanan kita dengan pintar dari pendapatan kita sendiri. Benar, kita bukan sahaja perlu bijak menguruskan kewangan, tetapi yang lebih penting lagi adalah bagaimana kita harus lebih pintar meguruskan simpanan dari pendapatan kita. Ada mereka yang bergaji besar, tapi besar juga juga lah keraknya. Malah ada yang sampai terlalu keras, sehingga sangat susah untuk ditanggalkan. Anda faham maksud saya, bukan? Biar pendapatan bulanan kita sedikit, tetapi disebabkan kemahiran menabung kita bagus, kita akan dapat menyimpan dengan lebih baik lagi. Bukankah itu yang lebih penting? Banjir besar dan ombak Tsunami yang tinggi datang tidak bertanya; “Are you ready?”. Tidak, ia hanya bertanya; “Are you prepared?” . Begitu jugalah rencam hidup kita sehari-hari. Ramai yang belajar dan menyebut akan kebijaksanaan pengurusan kewangan serta mengaplikasinya. Lalu, apa kata saya mahu menarik perhatian pembaca dengan menyentuh isu bagaiamana kita boleh menguruskan simpanan pendapatan kita dengan begitu pintar sekali.

Ini adalah di antaranya.Saya pernah memberitahu tetapi bukan disini, bagaimana kita boleh membuat tabungan note RM5 setiap hari jika kita terlalu sukar untuk mebuat tabungan RM150 setiap bulan. Ya. Kita boleh bermula dengan membuat tabungan note RM5 yang berwarna hijau itu, setiap hari. Kenapa perlu bermula dengan note RM5 yang berwarna hijau tu? Kenapa tidak RM10 saja? Tak mengapala. Mana-mana satu pun pun boleh. Cuma, note RM5 hijau lebih redup, lebih menawan. Saya hanya mencadangkan untuk jumlah yang lebih kecil dan lebih mempengaruhi. Kalau ada kemampuan yang merah (RM10), teruskan. Okey, berbalik kepada note RM5 setiap hari. Yup! Setiap hari. Dan jika kita berkemampuan untuk menyimpan note RM5 untuk beberapa keping e.g. RM5x4 keping= RM20, itu juga bagus. You have to start to be great, you don’t have to be great to start. Start dulu, kalau boleh. JIka saya menyimpan note RM5 setiap hari selama 30 hari, bermakna sebulan saya telah membuat tabungan tanpa gagal sebanyak RM150 sebulan, dan jika ianya berterusan selama satu tahun (12 bulan), maka saya telah punya tabungan kecil berjumlah RM1,800 setahun. “Tak banyak pun kan?”. Hahaha. It is better then nothing. Percaya atau tidak, simpanan anda tersebut sudah mencukupi untuk membayar insuran dan road tax kereta kita untuk tempoh setahun! Bayangkan jika anda menyimpan note RM5 x 4 setiap hari!Hebat bukan? Try it today!

Kemahiran seperti ini, kelihatan begitu naïf sekali. Tidakkah ada sesiapa di dalam Lembah Klang ini yang tidak boleh menyimpan secara terus RM150 (tanpa RM5 sehari x 30 hari) setiap bulan? Haha. Ini lah best part nya untuk kemahiran menyimpan seperti ini. Jika kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya RM150 atau lebih setiap bulan tanpa gagal selama ini, saya yakin masalah menguruskan simpanan ini tidak lagi timbul. Namun, kajian telah membuktikan untuk mendisplinkan diri menyimpan sekurang-kurangnya RM150 sebulan, telah menjadi cabaran paling besar buat kita. Dengan dugaan jualan murah Sogo, kenaikan harga petrol dan barang keperluan harian, hutang PTPTN, mana nak bayar ASTRO lagi (nak tengok bola dan Raja Lawak haha), kueh sepotong yang manis dan membawa penyakit pun sudah naik hampir sekali ganda harganya dan lain-lain, lalu cabaran menyimpan sekurang-kurangnya RM150 telah menjadi cabaran paling besar kepada kita setiap bulan. Maka, formula yang saya belajar ini boleh membantu mengurangkan beban-beban ini. Ia mungkin tidak berjaya seratus-peratus, tapi kaedah ini mampu mengoptimumkan percentage nya.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts