Instagram

Politik: Mencabar hujah sendiri

Setiap hari Jumaat adalah hari nasi kandaq di pejabat saya. Selera bau ayam goreng dan nasi putih panas bersama sayur taugeh menyentap selera di saat keluar masjid seusai solat Jumaat (haha..). Hampir setiap minggu saya dan rakan sepejabat melakukannya tanpa gagal. Selalunya ketika menggalas tanggungjawab untuk hari nasi kandaq itu, kami selang-selikan dengan kisah-kisah pejabat, kerja seharian dan tentunya soal politik negara. Bagai disebut bijak-tak-berapa-pandai;"Dewan rakyat tidak mewakili rakyat, kedai kopi atau warung-warung tepi jalan berdebu adalah suara rakyat mewakili dewan". Isu menarik yang tertimbul sesama kami adalah jangkaan corak keputusan pilihanraya umum yang ke-13 (PRU13, harapan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dan kerunsingan melihat segelintir anak-anak muda yang masih belum memperlihatkan kecenderungan yang jelas menolak pemerintah yang sedia ada untuk digantikan dengan PR. Bagaimanapun kecenderungan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Saya jangkakan faktor-faktor yang lebih dominan adalah faktor 'keremajaan' dan pendedahan maklumat. Faktor keremajaan boleh jadi yang paling rendah peratusannya, namun apabila melihat keseluruhan jumlah yang berada di dalam kelompok ini juga kecil, maka peratusan yang kecil itu juga merungsingkan. Faktor ini terbit dari faktor anak-anak muda itu sendiri. Tumpuan mereka sebenarnya telah terpecah kepada beberapa bahagian-bahagian kecil yang lain. Maka, disebabkan kerajaan yang memerintah hari ini tahu akan faktor ajaib ini,lalu mereka hidangkan dengan pelbagai skim atau program-program yang memenuhi tuntutan ini. Program memberi rebat RM200 untuk telefon pintar pelbagai jenama misalnya adalah di antara cubaan terbaik mereka setakat ini. Sebelum itu, dengan pemberian diskaun untuk penyelesaian penuh sekaligus hutang PTPTN dan diskaun untuk pembayaran yang bersistematik yang telah dibuat setiap tahun juga diberikan. Dan jangan kita lupa bagaimana penganjuran ambang tahun baru 2013 yang baru dibuat baru-baru ini tidak terkecuali memenuhi faktor keremajaan ini. Kesemua ini juga beriringan dengan kemahuan mereka anak-anak muda ini yang merancang mendirikan rumahtangga, yang bercadang membeli kenderaan pertama atau yang masih lagi berkira-kira mahu mengubahsuai kenderaan mereka tanpa peduli duduk-letak tahap ekonomi dan sosial mereka akibat kerosakan yang di bawa oleh pemerintah sedia ada.

Hari ini, seperti yang selalu diborak-bincang oleh saya sesama rakan pejabat sambil 'pekena' nasi kandaq hari Jumaat, anak-anak muda harus menjadi celik maklumat. Mereka harus tahu membedakan posisi mereka. Fakta-fakta tentang hutang negara yang sedang memberi kesan ke atas ekonomi negara lalu memberi kesan kepada ekonomi seharian mereka misalnya, wajar untuk mereka perhalusi. Mereka harus bersedia membuat pertimbangan dan perhitungan dengan fakta-fakta yang mereka miliki.Kadang-kadang anak-anak muda seperti ini kelihatan berterbangan di udara. Sesekali dilihat mendarat dan sekejap pula diterbangkan kembali apabila angin bertiup. Fokus mereka bercampur aduk akibat kekurang maklumat intelek ini, lalu mereka kelihatan tidak bergegas untuk menyetujui atau membantah apa-apa maklumat yang boleh menjejaskan posisi mereka.
Suka saya mengingatkan diri saya juga yang lain-lain. Kita sebagai anak-anak muda benar-benar beleh memainkan peranan untuk menentukan untung-rugi kedudukan ekonomi negara. Peralihan pucuk pemerintahan di peringkat persekutuan mahupun negeri adalah di tangan kita atas izin ALLAH. Sistem demokrasi yang tulen membenarkan kita menukar pemerintahan yang mana-mana tidak mencapai KPI membela rakyat terbanyak. Anak-anak muda wajib memahami kedudukan ini dengan sejelas-jelasnya. Faham ini adalah hasil dari maklumat-maklumat yang kita ada. Maka kita boleh menjadi pihak yang bebas dan merdeka fikirannya, lalu kita tidak perlu takut untuk berpihak dan mempertahankan pihak yang kita sokong itu. Itulah demokrasi yang tulen dan tanda kematangan kita dalam mencabar keabsahan sistem ini. Kita berhak mempetikaikan fakta-fakta yang ada, namun kita juga harus terbuka apabila ianya tidak memihak kepada kita lalu boleh membuka pertimbangan yang seluas-luasnya.
Nah!Sekarang, boleh kita sambung makan dan mencabar hujah kita sendiri?

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts