Instagram

MB Selangor perlu jawab dakwaan tidak guna dana baiki jalan raya – Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 3 DISEMBER: Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan mengapa kerajaan negeri tidak menggunakan dana untuk penyelenggaraan dan pembaikan jalan raya di negeri itu. Beliau mengulas laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen semalam, menyatakan kerajaan negeri tidak menggunakan dana kerajaan Persekutuan yang diperuntukkan bagi tujuan itu. Beliau berkata, memang ada rasa tidak puas hati di kalangan penduduk berhubung keadaan jalan raya, sama ada jalan negeri dan Persekutuan, di Selangor. “Ia adalah masalah yang sering disampaikan kepada pentadbiran negeri. Jelas masalahnya bukan kerana tiada dana,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru, beliau meminta Abdul Khalid memberi penjelasan dan menyatakan masalah yang menyebabkan dana itu tidak digunakan. “Menteri Besar kena respon kriktikan Ketua Audit Negara. Beliau perlu jelaskan mengapa dana yang tersedia tidak digunakan demi kebaikan rakyat. “Beliau perlu nyatakan apa masalahnya, jika ada, dan apa rancangan untuk mengatasinya,” katanya lagi. Menurut laporan itu, Selangor membelanjakan RM640.24 juta daripada RM1.14 bilion yang diterima bagi penyelenggaraan jalan raya negeri antara 2010 hingga 2012. Ia turut menyatakan keputusan satu tinjauan membabitkan 545 penduduk di Klang, Gombak dan Shah Alam, yang menunjukkan 80 peratus daripada mereka tidak berpuas hati dengan keadaan jalan raya negeri itu.-Roketkini.com

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts