Archive for 3/3/13 - 3/10/13
Liwat II konspirasi untuk jatuhkan Anwar – Bapa Saiful Bukhari
KUALA LUMPUR 8 MAC: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Azlan“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri. “Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini. Turut menemani beliau, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Azlan berkata, kenyataan-kenyataan media sebelum ini melibatkan beliau dan anaknya dirancang dan disediakan oleh dua individu. “Semua kenyataan akhbar anak saya dan saya sendiri dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus dan Khairul Annas Jusoh,” katanya. Konspirasi untuk penjarakan Anwar Menurut Azlan, kes tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua. “Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat mereka. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali. “Saya tak mahu bersekongkol. Empat tahun saya ikuti perbicaraan bersama peguam. Sebagai bapa, saya rasa ada benda yang tidak kena. Ada dalang dalam kes ini,” kata Azlan. Beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini. “Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan. Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada Anwar dan keluarga yang menderita akibat fitnah ini. “Walaupun pada ketika perbicaraan berjalan, saya dilihat bersama anak saya. Ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anak yang tidak beribu,” katanya. “Setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada dalam perbicaraan mahupun dikirim orang ramai, saya dapati kebenaran terserlah,” kata Azlan. Sementara itu, Johari berkata, beliau dihubungi Azlan kurang sebulan lalu. “Pada mula saya fikir ada kes terbaru. Tapi selepas Encik Azlan hubungi maklumkan mahu buat pendedahan, kita kena bantu. “Sidang media ini pun dibuat secara tertutup kerana kita bimbang keselamatan Encik Azlan,” kata Johari. Tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar bebas dari tuduhan Fitnah II yang mengaitkan beliau dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
Pautan Bermanafaat
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...6 months ago
-
KOMPLOT AHLI POLITIK JAHAT KORUP BERSAMA TAIKUN KAPITALIS TAMAK RAKUS HINA INSTITUSI RAJA MELAYU WAJIB DIHENTIKAN - Nota Update 5.57 petang 6 Mac 2024 : Kenyataan media dibacakan jam 11 pagi di Bukit Aman. Saya menjawab semua soalan dan Pihak USJT berpuas hati dan berse...5 weeks ago
-
Selamat Tahun Baru 2019 - Selamat Tahun Baru 2019 saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Sempena Tahun Baru di bawah Malaysia Baru, ayuh kita tanamkan Azam Baru dalam diri agar ...5 years ago
-
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...4 years ago
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com3 years ago
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...5 years ago
-
Mentafsir pilihan raya kecil KKB - *ULASAN * ESOK hari penamaan calon Pirake N: 06 Kuala Kubu Baru (KKB), Selangor. Hari mengundi 11 Mei depan. Pilihan raya kecil ini merupakan pilihan raya ...1 day ago
-
-
Sokongan Melayu Kepada UMNO Jatuh Kepada 26.7% Sahaja Di Ambang PRU15, Terburuk Dalam Sejarah - Berikut adalah tahap sokongan pengundi sehari sebelum pengundian PRU15 berdasarkan kaji selidik terkini melalui kaedah panggilan telefon interactive voice ...1 year ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …1 year ago
-
Affidavit vs counter affidavit.The truth is butchered - 1. Reading between the lines, T. Zafrul seems to suggest that Zahid lied about the existence of an addendum that allowed Najib to serve the remainder of hi...1 week ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS1 year ago
Who am I?
- Nor Miswary b. Ramli
- "Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
Disclaimer
About
Popular Posts
-
Mengapakah rakyat Malaysia terpaksa menghadapi perubahan dasar pendidikan nasional setiap kali kabinet dirombak? Mestikah masa depan dan har...
-
Tengahari tadi dalam rancangan 'All Angle' terbitan Radio Bernama 24 ada membincangkan tentang bantahan Persatuan Pengguna Islam Mal...
-
Beberapa cadangan untuk kerajaan Pakatan Rakyet Negeri Selangor untuk memberi kelebihan kepada rakyat Selangor untuk memiliki rumah pertama ...
-
Ni masa pegi car-boot-sale kat stadium shah alam ari tu. Mula-mula memunggah kain -kain bundle ni, lepas tu jumpa yang berkenan dan berkenaa...
-
Beras dua, air tiga. Basuh dua kali. Sengaja diulang-ulang di dalam hati. Murni membawa periuk elektrik itu dari sinki dan menghidupkan api ...
-
9 Mei 2014, aku ke Bali, sebuah pulau daripada keseluruhan lebih 17,000 pulau-pulau di Indosnesia bagi aku peluang untuk tengok sendiri...
-
http://kertaskerjaku.webs.com/ http://www.heypy.com Ceburi Perniagaan Francais Kopiesatu31 MAC 2009 - HARIAN METROOleh Mohd Amin Jalil am@...
-
Apa yang menyebabkan begitu ramai rakan-rakan kita dalam kalangan anak-anak muda tidak menaruh minat kepada parti orang Melayu - UMNO - ini....
-
"Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-be...
-
Ini bukan kali pertama. Ini sudah masuk kali kedua. Di tempat yang sama. Pada masa yang hampir sama. Pada kali pertama dulu, saya dan isteri...