Instagram

Zamil tuntut hutang dari Arumugam

Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.Zamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon.Katanya, beliau memberi wang tersebut kepada Arumugam sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum lalu.
"Jika Arumugam gagal membayar balik wang tersebut, saya akan membuat laporan polis terhadap bekas ADUN PKR Bukit Selambau itu.
"Saya menuntut hutang tersebut kepadanya semalam semasa bertemu di pejabat PKR bahagian Merbok. "Arumugam kata, tolong beri dia masa.
"Arumugam kata dia letih dan dia tak akan pergi ke mana-mana.Dia tahu jumlahnya, tidak perlu saya beritahu. Beliau tahu itu wang saya," kata Zamil kepada Malaysiakini.
Zamil berkata, wang tersebut digunakan oleh Arumugam untuk membayar deposit untuk bertanding DUN Bukit Selambau.Selepas menang pilihanraya umum itu, Arumugam PKR dan kemudiannya dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Selambau dengan alasan keselamatannya terancam.Sementara itu, Arumugam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau akan menjelaskan wang tersebut sedikit masa lagi.
"Saya bukan tidak mahu bayar tetapi beri sedikit masa, biar saya selesaikan kerja saya dulu.Jangan gertak saya, cakaplah elok-elok dan secara profesional kerana kita kawan-kawan.Saya tahu siapa yang beri wang dan saya sendiri sudah hubungi orang itu pagi tadi," katanya.
Arumugam bagaimanapun tidak mahu menyatakan sama ada orang yang dimaksudkannya itu adalah Zamil.
Ni la jadiknya bila ramai sangat nak jadi orang politik tapi hanya tau berpolitik saja. Politik dah jadik bahan lawak budak-budak. Benda-benda macamani pun boleh keluar media. Ni dah kira gila publisiti dah kot. Dah habis isu-isu rakyat yang lebih penting sangat dah ka tu dari dok tuntut hutang dalam media? Kalau sepuluh orang dalam PKR ni macamni, alamat bungkus je lah..baik join UMNO jer lahh..Kesian tengok politik budak-budak ni...

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts