Instagram

Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang:Satu analisa

Siapa yang lebih risau apabila Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN menentang Pakatan Rakyat/PAS di DUN Bagan Pinang tempoh hari: PAS, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Besar Negeri Sembilan itu sendiri? Bagi yang mengenali politik jenis BN/UMNO ini, telah jelas Pengerusi BN Dato Najib mempercepatkan rentaknya mempersiapkan dirinya sebagai PM yang akan kekal untuk beberapa tahun akan datang. Lihat saja jika Isa Samad yang secara terang-terang pernah digantung parti selama 3 tahun akibat rasuah dan kini boleh pula dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang yang mengikut atas kertasnya sudah jelas telah menjadi milik BN/UMNO. Pendapat peribadi penulis, Isa Samad mampu untuk mempertahankan DUN N.31 ini daripada dirampas oleh PR melalui PAS. Yang menjadi persoalannya; adakah kemenangan Isa Samad akan dipersia-siakan. Malah insiden di mana Tim. Perdana Menteri yang secara jelas menyebut untuk tidak memberi ruang kepada mana ahli-ahli UMNO yang telah terpalit dengan imej rasuah untuk menjadi calon pilihanraya. Alih-alih beliau sendiri yang mengumumkan Tan Sri Isa sebagai calon. Adakah tidak ada campurtangan Dato' Najib dalam soal pemilihan tersebut? Dan jika Dato' Najib turut mencampuri dan merestui calon yang tidak dipersetujui oleh Timbalannya, adakah itu tidak membawa maksud yang Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak disenangi Dato' Najib? Dan jika itu niatnya, maka Dato' Najib telah berjaya memperlihatkannya kepada Timbalannya malah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang pun! Isa Samad akan di lantik semula ke tempat asalnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada BN. Itu pendapat peribadi penulis. Dan akan bertambahlah seorang lagi ahli UMNO yang akan mengenang jasa PM nya sendiri selamanya. Dan selepas Dato' Dr Zambry Menteri Besar Kepala Perak diberi kegembiraan sebagai MB kerajaan haram Perak, kini seorang lagi bakal di beri kegembiraan yang sama. InshaALLAH sebagai galang gantinya, mereka ini lah yang akan mempertahankan Dato' Najib kelak daripada serangan Pakatan Rakyat, daripada Anwar, daripada Lim Guang Eng, daripada Tg Nik Aziz dan serangan daripada Timbalannya sendiri.Tengok sajalah!

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts