Instagram

Dr Asri ditangkap atau mereka terperangkap?

Apa cerita disebalik penangkapan Dr Asri bekas mufti Perlis baru-baru? Ramai yang terkejut malah mebuat pelbagai spekulasi murahan yang menterjemahkan maksud masing-masing. Tunding-menunding menjadi pilihan diantara kerajaan negeri Selangor, JAIS dan kerajan persekutuan yang diketuai Oleh PM Najib Abd Razak.
Dr Asri semasa menjawat sebagai Mufti Perlis tidak pernah lari dari terjahan keras oleh para pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR). Biarpun pendapatnya kerap juga disanggah, namun sebagai seorang yang mempunyai kelayakan ilmu agama dan ketokohan dalam pendiriannya maka beliau masih tetap dihormati. Sehinggalah saat beliau ditangkap malam lepas, ceramah beliau dihadiri oleh kedua-dua pimpinan parti dari Pakatan Rakyat iaitu dari PAS dan PKR.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Bagaimanakah arahan penangkapan ke atas Dr Asri dilakukan oleh JAIS di bawah seliaan kerajaan Selangor padahal menurut MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, kerajaan Selangor tidak pernah merestui sebarang tindakan yang serupa itu. Malah semenjak kejadiaan pemecatan Mufti Selangor Almarhum Dato' Ishak Baharom oleh kerajaan Selangor BN dahulu, kerajaan PR adalah diantara yang menyerang tindakan tersebut dan mempertahankan institusi mufri tersebut. Mana mungkin tiba-tiba Dr Asri bekas Mufri Perlis ini tiba-tiba ditangkap dibawah kerajaan Selangor yang baru ini. Ianya sesuatu yang pelik lagi memelikkan! Malah tindakan menahan beliau dengan alasan memberi ceramah tanpa tauliah adalah satu alasan yang sangat dangkal, bodoh dan menghina kelayakan Dr Asri sebagai seorang bekas mufti yang kerjanya memberi fatwa untuk kemashalatan umat Islam. Jenis tauliah apa lagi yang beliau perlukan?
Pendapat saya, ini tidak lari dari permainan mereka yang melihat cara untuk menjatuhkan kerajaan Selangor dan Exco Agamanya Dato' Dr Hassan Ali. Bagaimana? JAIS adalah sebuah jabatan yang terletak dibawah kerajaan Selangor dan secara khususnya terletak dibawah seliaan Dato' Dr Hassan Ali. Namun, JAIS, melalui pentadbiran kerajaan negeri yang baru telah diberi mandat sepenuhnya untuk menjalankan peranannya secara bebas oleh kerajaan negeri. Atas inisiatif Dato' Dr Hassan Ali, maka JAIS bertanggungjawab sepenuhnya keatas apa-apa perkara yang tertakluk di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam di negeri Selangor. Maka, disitulah Dato' Dr Hassan Ali terperangkap. Niatnya murni. Niat mereka tidak. Lihat apa yang berlaku pada surau di seksyen 8 Shah Alam gara-gara pihak yang sama bersekongkol untuk menjahanamkan umat Islam agar matlamat mereka tercapai. Setelah kejayaan merampas Perak dari PR dan kini Selangor benar-benar menjadi buruan mereka. Apakah tidak ada sesuatu yang signifikan apabila ADUN Perlabuhan Klang Badrul Hsiham tiba-tiba mengisytihar diri sebagai ADUN Bebas serta keluar dari PKR dan kini tiba-tiba PM Najib dan pelbagai pihak termasuk pimpinan BN dan UMNO tiba-tiba mengambil berat akan keadaan Dr Asri dan menunjukkan simpati kepada beliau secara besar-besaran di media cetak dan media elektronik? Adakah dengan tiba-tiba tanpa dipaksa PM Najib begitu ringan mulutnya menafikan penangkapan Dr Asri ini tidak ada kaitan dengan kerajaan Persekutuan? Tak sungguh tak melata..tak sungguh orang tak kata... Buat apa nak nafi kalau orang tak sibuk? Buat apa nak nafi kalau tak buat...? Penulis yakin dan percaya, 'tangan ghaib' yang dimaksud oleh Dr Asri adalah mereka yang pertama dan beriya-iya mempertahankan beliau apabila beliau ditangkap. Dr Asri bukan seorang ulamak bodoh. Beliau bijaksana. Beliau melihat dari kacamata hati. Beliau tahu siapa sebenarnya yang menangkapnya. Beliau juga tahu niat mereka. Beliau juga tahu mengatur langkah seterusnya. Mereka yang menahannya percaya kejayaan merampas Perak akan berulang padahal tindakan murahan ini petanda kita bakal merayakan kejayaan pertama ke Putrajaya! Lihat sahaja nanti!

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts