Instagram

DUN Pakatan Rakyat bubar?

Saya sangat bersetuju dengan saranan YB Husam Musa exco kerajaan PAS Kelantan agar keempat-empat DUN di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menentukan tarikh yang lebih awal untuk mengadakan pilihanraya negeri. Tarikh yang lebih awal ini akan menghapuskan sistem tidak demokratik yang hanya memberikan kuasa sepenuhnya kepada Perdana Menteri dan pihak pemerintah untuk menentukan tarikh piliharaya umum. DUN Pakatan Rakyat boleh dengan sendirinya mengumumkan secara terbuka dan jelas akan tarikh pilihanraya dan pengumuman tersebut bukan sahaja dilihat lebih telus dan lebih demokratik untuk memberikan kelebihan kepada kedua-dua peserta pilihanraya-pembangkang dan pemerintah-untuk membuat persediaan. Berbanding sekarang ini, kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya mutlak di tangan Perdana Menteri. Dengan cara UMNO/BN yang tidak pernah demokratik ini, maka pilihanraya akan sentiasa menjadi bahan 'serang hendap' UMNO/BN kepada pembangkang. Tarikh yang akan ditetapkan lebih awal oleh DUN Pakatan Rakyat akan memberikan dua implikasi. Yang pertama kerajaan UMNO/BN berkemungkinan akan berunding dengan DUN Pakatan Rakyat untuk mendapat tarikh yang sama dan selaras dengan tarikh yang telah lebih awal diumumkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Atau kemungkinan yang kedua, UMNO/BN akan terus kekal dengan tarikh misterinya dan terus berdegil memilih tarikhnya sendiri untuk membubarkan parlimen. Walhasilnya, pembubaran parlimen tidak akan berlaku seiring dengan DUN negeri-negeri dibawah penguasaan Pakatan Rakyat. Maka dengan itu, PM Najib bakal mempunyai dua pilihan sahaja. Menentukan tarikh pilihanraya dengan kuasa tangan ajaibnya seperti Maradona atau berkongsi impian dengan membubarkan parlimen seiring dengan tarikh yang telah diumumkan oleh DUN Pakatan Rakyat. Yang pasti, menentukan tarikh pilihanraya umum tidak akan menjadi hak mutlak PM Najib lagi. Menarik kan?

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts