Instagram

Wartawan Malaysia lebih gilakan publisiti

Tengok TV3 jam 8 mlm tadi. Pemberita TV3 sedang membuat lintas langsung untuk menyambut sukarelawan ke Gaza dan 2 wartawan mereka yang turut sama ke sana dengan menggunakan kapal Rachael Corrie yang hanya diiringi oleh kapal-kapal dan helikopter komando Israel.Bukan niat nak memperlekeh perjuangan sukarelawan yang seramai 4 orang PGPO dan 2 orang wartawan tv3 yang mahu dihantar pulang setelah mendapat tentangan dan ancaman tentera Israel, semasa mereka di atas kapal tersebut, cuma sambutan yang berlebih-lebihan oleh media terutama tv3 seolah-olah perjuangan sukarelawan tersebut sangat tinggi nilainya berbanding keadaan di Palestin yang seperti semakin tidak nampak penyelesaiannya. Malah segala bantuan di atas kapal Rachel Corrie itu tidak juga sampai ke tebing Gaza untuk rakyat Palestin. TV3 seolah-olah tidak mahu kalah dengan wartawan Astro-Awani yang terlibat dengan rampasan dan serangan yang lebih teruk sedikit di atas kapal Mavi Marmara tempoh hari. Malah serangan di atas kapal tersebut menjadi titik mula kecaman Malaysia dan antarabangsa kepada kerajaan haram Israel. Namun, aksi pemberita tv3 itu malam tadi kelihatan sangat berlebihan dan menganggap wartawan dan jurugambar mereka seolah-olah wira-wira besar untuk rakyat Palestin sedangkan ancaman oleh komando Israel tidak pun berlaku seperti yang terjadi ke atas kapal Mavi Marmara sebelum ini. Tetapi sambutan yang di buat seolah-olah 'wira-wira' mereka ini seperti baru selesai bertempur kombat dan membunuh para komando Israel! Dan hari ini bantuan atas nama kemanusiaan untuk rakyat Palestin pun tidak sampai ke tebing Gaza! Saya menghormati dan mengangumi para sukarelawan, wartawan dan jurugambar tv3 yang berani dan bertanggungjawab untuk membawa misi tersebut sampai ke rakyat Palestin, cuma yang saya tidak bersetuju adalah sikap rakyat Malaysia yang hanya mahu hanyut dalam gimik popular atas nama "pejuangan untuk rakyat Palestin", padahal yang lebih memerlukan segala macam 'publisiti' adalah wira-wira sebenar iaitu rakyat Palestin itu sendiri.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts