Instagram

Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS kepada siapa?

1. PAS cenderung memperlihatkan keMelayuannya melalui Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung pada hari semalam - Sabtu 19 Feb 2011 di Auditorium MBSA Shah Alam.

2. Telah lahir 12 resolusi dengan Jaminan PAS terhadap orang Melayu-Islam yang telah dan bakal menjadi pengundi PAS dan Pakatan Rakyat secara amnya.

3. Penulis tertanya-tanya untuk apa konyensyen seperti ini dibuat sedangkan sejak dari awal PAS berkeras menyebut yakni perjuangan yang bersifat kebangsaan adalah sesuatu yang wajib dielakkan.

4. PAS pasti sedang mengukur semula sokongan umat Melayu kepada mereka - ternyata ukuran yang telah dibuat seperti tidak menyebelahi mereka. PAS mulai panik.

5. Melalui konvensyen ini jelas membuktikan PAS termakan hasutan UMNO yang membuat provokasi berkesan bahawa; PAS telah meminggirkan Melayu dalam agendanya merebut Putrajaya.

6. PAS bukan sahaja gagal meyakinkan rakyat (umat Melayu) yang mereka sedang dan kekal memperjuangan cita-cita ideal Islamis mereka dalam kalangan orang Melayu, malah mereka juga gagal untuk meyakinkan diri mereka sendiri yang cita-cita Islamis itu begitu ideal untuk umat Melayu-Islam di Malaysia.

7. Melalui konvensyen ini juga PAS gagal meyakinkan diri sendiri bahawa kerjasama mereka dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat boleh memelihara dan memulihara umat Melayu di Malaysia. Ini sangat bahaya.

8. Kalau penulis berpihak kepada UMNO-BN, ternyata konvensyen ini perluru terbaik untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat bahawa PAS masih gagal memahamkan sintemen umat Melayu Malaysia bahawa PAS boleh menggantikan UMNO.


Nor Miswary Ramli
Shah Alam

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts