Instagram

Video Lucah Fitnah III - Ancaman untuk Anwar dan PR

Setelah gagal dengan Fitnah I dan sedang gagal dengan Fitnah II , pihak yang menentang Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim kini semakin tegar mengatur serangan. Hari ini timbul dakwaan oleh seseorang yang bergelar Datuk T membuat pendedahan kononnya berlaku hubungan seks di antara seorang lelaki yang digambarkan sebagai Anwar bersama seorang wanita berbangsa cina di sebuah SPA. Anwar berkeras menafikannya. Persoalannya;

1.Mengapakah pendedahan itu dibuat di Carcosa Seri Negara, iaitu sebuah rumah milik kerajaan?

2.Mengapakah dibuat ugutan kepada apa yang didakwa sebagai kelakuan seks oleh Anwar dengan meminta beliau dan isterinya berundur dari politik tanahair?

3.Jika benar dakwaannya itu,mengapa Datuk T tidak tampil dengan bukti tanpa perlu membuat ugutan-ugutan bersifat terdesak itu?

4. Mengapa tidak dibuat laporan polis? Sedangkan yang mendapat laopran tersebut adalah pihak media, bukannya pihak berkuasa. Tidakkan tujuannya sangat ketara untuk memfitnah tokoh pembangkang tersebut?

5. Kenapa pendedahan ini dibuat ketika DUN Sarawak akan dibubarkan?

Percayalah.Anak muda tidak sebodoh yang mereka sangkakan. Malah tidak juga sebodoh mereka.

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts