Instagram

Tulisan untuk Kickdefella

Okey.Semua sudah tengok dan sepatutnya bersedia menjadi saksi di hadapan ALLAH nanti. Sudah pelbagai pendapat yang tercabut dari akal kalian yang berbesar hati memberi komen. Kini tiba giliran saya pula. Okey. Ada yang setuju itu Anwar dan ada yang tak setuju. Kita kembali pula kepada persoalan mereka yang membawa pertuduhan. Adakah kalian berminat kepada mereka ini juga? Berkenaan Tan Sri Rahim terutamanya. Ada dakwaan yang melibatkan beliau dalam kes rogol budak di bawah umur dan beberapa pertuduhan rasuah. Mungkin kes rogol dan rasuah tersebut tidak melibatkan rakaman video, tetapa adakah kalian berminat berbahas mengenainya? Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman – Mat Zain bin Ibrahim [SAC II G/5776(Retired)], yang secara terang-terang membuat dakwaan (atas keterlibatan beliau secara langsung) yang membuktikan (dakwaannya) Tan Sri Rahim Thamby Chik atas jenayah rasuah dan kes rogol. Apakah layak beliau ini menjadi pihak yang mendakwa sebenarnya? Begitupun, masih okey.Kiranya beliau (Tan Sri Rahim) mahu tunjukkan kebenaran dan kebejatan manusia bernama Anwar. Okey. Kita lihat pula ke babak video.

1.Adakah sesuatu yang tidak melanggar undang-undang apabila kalian membeli, menyimpan, menonton (apatah lagi beramai-ramai) dan membuat tayangan perdana filem lucah serta kemudian mencabar watak di dalam video tersebut meletak jawatan? Tiada peruntukan undang-undang dalam hal-hal porno ni? Ada sebenarnya. Kalian boleh google sendiri.


2.Apakah pertuduhan itu rasmi? Dan kalau rasmi (melalui mahkamah dan polis), adakah telah dibuktikan watak di dalam video itu sama dengan yang mereka maksudkan iaitu Anwar? Siapa pendakwa dan hakim di sini? Saya keliru.


3.Apakah mungkin Anwar yang sedang bertubi-tubi diserang atas tuduhan liwat di mahkamah tiba-tiba mencari pelacur untuk memuaskan ‘tension’ di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur? Di dalam video ramai yang mengecam itu Anwar, tetapi di hotel, di lobby, di dalam lift, sepanjang perjalanan ke hotel dan ke dalam bilik Anwar tidak pula di cam oleh sesiapa? Bukankah ianya sesuatu yang aneh? Adakah Anwar berseorangan yakni berjalan dari rumahnya/pejabatnya ke hotel dan melanggan pelacur? Dan sekarang Eskay mengalih pula kepada aktiviti tersebut di Thailand akibat tulisan di dalam video tersebut tidak dipadam. Tidakkah ianya sesuatu yang ganjil?


4.Yang paling mengelirukan, bagaimanakah begitu sekali ‘cerdiknya’ Anwar membuat hubungan seks yang secara terang dan jelas nyata perbuatannya itu bakal dirakam dan ‘pementasan’ tersebut telah melibatkan seorang lelaki yang lain? Begitu bodoh sangat kah Anwar ini? Adakah Anwar sebodoh itu kah??


5.Dan, kepada saudara pemilik blog yang menemuramah Dato Eskay yang mana telah mengemukakan 5 soalan untuk Anwar jawab, saya berhasrat untuk memberi pendapat. Saya rakyat Malaysia yang beragama Islam, melihat telatah itu sesuatu yang sangat mengelirukan, aneh dan tidak wajar. Begini, rakan satu pejabat saya secara tiba-tiba membawa kesemua rakan-rakan pejabat saya ke bilik mesyuarat kami tanpa kehadiran saya. Tujuannya adalah untuk menayangkan video hubungan seks saya dengan seorang pelacur dan seorang lelaki yang didakwa diliwat oleh saya dalam satu video yang sama. Saya ketika itu sedang bercuti di kampung sebab isteri saya baru saja bersalin. Anak perempuan. Okey, maka rakan pejabat saya yang dahulunya rakan baik saya telah menayang video tersebut di depan kesemua rakan-rakan pejabat saya yang lain termasuklah Bos besar dan Bos kecil saya. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya watak di dalam video tersebut adalah saya. Ada yang menyebut tarikh dan masa yang tercatat di dalam video adalah sama di dalam update Facebook dan Twitter saya tempohari. Mungkin lewat atau cepat beberapa minit. Tetapi sama. Bagi rakan-rakan pejabat saya, mana mungkin sambil meliwat dan melakukan hubungan seks, saya sempat update Facebook dan Twitter saya walaupun melalui blackberry saya. Okey. Ia nya masih lagi tidak mustahil. Mungkin boleh, kata sebahagian yang lain. Akhirnya, saya dapat tahu tentang tayangan tersebut. Saya berkeras menafikan termasuk isteri saya yang menjadi alibi membuktikan saya di rumah menjaganya yang baru bersalin dan sedang update perkembangan itu di facebook dan twitter ketika dakwaan di dalam video itu. Saya menafikan dan membuat laporan ke pejabat buruh. Tapi ada yang tidak juga percaya. Mereka mempercayai penuduh. Okey. Klimaksnya begini: Rakan pejabat saya yang dahulu kawan baik saya mempertahankan watak dalam video itu adalah saya. Dan bagi membuktikan tuduhannya, dia memaksa saya menajawab 5 soalan utama nya? Lima soalan utamanya sahaja. . . ?? Nah! Bukankah ianya sesuatu yang mengelirukan? Adakah dengan menjawab soalan-soalan itu adakah boleh menjustifikasikan yang sebenarnya saya, watak di dalam video tersebut? Adakah dengan menjawab soalan-soalan tersebut boleh memberi hujah yang saya melakukan apa yang di dalam video tersebut? Seolah-olah, kalau jawapan Anwar itu memuaskan hati Eskay, maka adakah video itu sudah tidak bererti lagi? Adakah Eskay boleh menarik balik video tersebut dan tuduhan tersebut dan Anwar dan Azizah tidak perlu meletak jawatan sekiranya jawapan Anwar tepat dan segala-galanya boleh dilupakan begitu sahaja? Seperti dalam kes saya dengan rakan-rakan pejabat saya tadi; Saya yang dituduh, saya pula yang perlu membuktikan penafian tuduhan itu. Dah awak yang tuduh, buktikan tuduhan awak itu. Bukan kerja saya. Kalian bagaimana?


Kesimpulan


Mencari kebenaran adalah seperti mengumpul hadis untuk meletakkan kedudukannya. Siapa perawinya, apakah latarbelakang perawi dan ahli keluarga dan orang yang di sekelilingnya, bila dan apakah peristiwa yang menyebabkan turunnya hadis tersebut. Cari kebenaran melalui ilmu yang boleh dihujah dan dibahaskan, dan biarlah ilmu kebenaran itu mendorong kita kepada jawapan. Dan bukanlah dengan kaedah mencari (membuat kesimpulan) jawapan dahulu lalu mencari ilmu (hujah dan fakta) menyokong kesimpulan/jawapan yang dibuat. Itu terbalik kuang!


Nor Miswary Ramli

Shah Alam

Leave a Reply

Pautan Bermanafaat

Who am I?

My Photo
Nor Miswary b. Ramli
"Rakyat ini perlu dibela.Kita perlu hak-hak kita kekal segar dipelihara; oleh pemimpin yang benar, yang jujur dan yang taat kepada nilai-nilai Islam. Kita perlukan pendidikan dan bukannya hukuman sebagai asas perkembangan".
View my complete profile

Disclaimer

Semua artikel yang tersiar dalam blog ini merupakan idea dan aliran pemikiran penulis secara peribadi dan mungkin tidak sealiran dengan pertubuhan atau organisasi yang penulis anggotai. Ia boleh berkaitan dengan apa sahaja yang boleh memberi manafaat kepada pemilik blog atau mereka yang menurutinya. Komen, teguran dan kritikan yang membina dari pengunjung adalah dialu-alukan.
.
.
.
.

About

Powered by Blogger.

Popular Posts