PETALING JAYA 19 MEI: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.
Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998 tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.
Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.
"Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.
"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.
Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu.
Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.
Jelasnya lagi beliau tidak menyesal dipecat oleh Umno-BN kerana menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang difitnah oleh kerajaan pimpinan Tun Mahathir Mohamed berikutan dakwaan liwat terhadap bekas pemandunya Azizan Abu Bakar.
"Itu jelas saya masih ingat. Saya menerima surat daripada Setiausaha Agung, Sabaruddin Chik. Bukan mahu ungkit tapi mahu menyebut fakta. Saya tidak menyesal," katanya lagi.
Kadang-kadang penulis hairan benar dengan pemerintah hari ini. Dihujung sana setiap pemimpin mereka mendendang lagu mengajak anak muda menyertai mereka. Sama-sama berganding bahu menjadi penyokong UMNO/BN.Sama-sama menjadi ahli dan setia condong kepada dasar-dasar parti yang menjadi pemerintah. Tetapi, di hujung lain, mereka mencipta padang perlawanan yang tidak rata dan sangat berat sebelah. Lihat sahaja bagaimana aduan polis yang telah dibuat ke atas ADUN Kuang yang terang-jelas-nyata mengaku secara terbuka memiliki dan mengedar akhbar haram, Selangor Terkini, sekaligus melanggar seksyen 5 (1) dan (2) Akta penerbitan Mesin Cetak 1984 tanpa sebarang tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Dan setelah berhempas pulas mendakwa YB Lembah Pantai Nurul Izzah sengaja memanipulasi dakwaan mendapat sms ugutan ke atas anaknya, cubaan kedua mengheret Anwar ke penjara dengan tuduhan Firtnah-Liwat II yang mana-mana anak muda yang waras pasti tahu Saiful itu pembohong,dengan taktik menghasut rakyat membenci penganut Kristian yang rata-ratanya mereka yang berbangsa Cina yang tentunya dikaitkan dengan DAP dan terkini cubaan Pendaftar Pertubuhan mengharamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan alasan-alasan yang sangat-sangat tidak masuk akal! Itu belum pertikaian anak muda berkenaan royalti minyak di Kelantan yang dimomokkan sebagai wang ehsan dari pemerintah kepada kerajaan negeri Kelantan yang diberi melalui ketua-ketua UMNO Bahagian dan 'kerajaan Persekutuan di Kelantan' dan pelbagai kerja-kerja pemerintah yang langsung tidak selari dengan hasrat mereka menawan hati anak muda! Malah jauh tersasar!Dan setelah semua yang dilakukan pemerintah (jangan ingat anak muda bodoh serta percaya dengan alasan bodoh bahawa pemerintah tidak tahu menahu akan hal-hal seperti ini), pemerintah masih mengharapkan dengan muka seposen mereka untuk anak muda menyokong mereka???!!! Itu seperti menghina akal dan kebijaksanaan kami!