Merujuk tulisan Ustaz Ridhuan Tee di dalam Sinar Harian hari ini - 6 Jun 2011- ianya begitu mengecewakan. Beliau kelihatan sangat begitu buruk sangka kepada DAP, sebuah parti politik yang sah di dalam negara kita Malaysia ini. Beliau kelihatan tegar merendah-rendahkan usaha sebuah parti dalam rakan Pakatan Rakyat yang tertubuh secara sah melalui peruntukan undang-undang pertubuhan di negara ini. Ultra-Kiasu. Itulah bandingan Ustaz Ridhuan Tee kepada DAP walaupun beliau secara berselindung menyebut nama parti itu. Mungkin takut juga rasanya. Baling batu sembunyi tangan. Tetapi dari tulisannya sesiapa sahaja boleh menganggak telahan beliau ke arah mana. Yang mengecewakan sekali dakwaan-dakwaan beliau ke atas parti yang disebut sebagai ultra-kiasu ini hanya berupa cakap-cakap politik yang tidak langsung -saya ulangi- tidak langsung disandarkan atas bukti-bukti yang jelas-nyata. Ianya hanya berupa hear-say dan tidak lebih berupa telahan beliau dari meja komputernya sahaja. Darjat dan wibawa beliau yang saya nampak selama ini berterbangan dalam angin tengahari begitu sahaja. Malu pula untuk saya memungutnya semula, itu pun entah dari celah-celah longkang mana ianya tersangkut pun penulis tidak pasti. Lihat sahaja pandangan beliau yang kelihatan sangat tidak ilmiah.
Lihat sahaja bagaimana KM Lim Guan Eng yang mempelopori usaha untuk meneladani Tokoh Islam sehebat Umar Abdul Aziz pun dianggap sebagai musang yang berbulu ayam?! Malah, Ridhuan Tee juga menyebut yang beliau ternanti-nanti dakwaan mengatakan KM Pulau Pinang itu mahu memeluk Islam. Malah, beliau kemudiannya memperlekehkan pula perkara tersebut. Ya! Beliau tidak mempunyai sangka baik kepada parti yang bernama DAP yang dilabel sebagai ultra-kiasu ini. Malah acapkali contoh dari negara jiran Singapura yang kononnya menyah-herdikkan peranan orang Melayu-Muslim atau politikus Melayu-Muslim (seperti yang dikelaskan oleh beliau) dijadikan sebagai kiblat rujukannya. Malah sesetengah peringkat, beliau mendakwa tindakan parti pemerintah Singapura yang diwajahkan bagai parti ultra-kiasu versi Malaysia - DAP- ini telah dijustifikasikan seperti Yahudi menghalau penduduk Islam di Palestin! Buruk sangka ke atas parti pemerintah Singapura ini dijadikan 'pedoman' untuk beliau berburuk sangka pula kepada DAP, rakan dalam Pakatan Rakyat ini. Adalah sesuatu yang malang kenyataan ini datang dari beliau yang tidak pula berbangsa Melayu tetapi kelihatan lebih Melayu dari orang Melayu sendiri. Nah!Tidakkah beliau lupa bagaimana mereka yang sebangsa dengannya yang dilabel ultra-kiasu ini sanggup pula dipenjara 18 bulan untuk mempertahankan seorang budak berbangsa Melayu dibawah umur yang mendakwa diperkosa oleh seseorang yang berpengaruh di dalam politik Melaka suatu ketika itu. Pengorbanan ini dibuat ketika kesemua politikus Melayu-Muslim yang ditemui oleh budak Melayu bawah umur itu menolak untuk memberikan bantuan, lalu ahli politik yang dilabel sebagai ultra-kiasu oleh Ustaz Ridhuan Tee ini sahajalah yang tampil memberi bantuan. Akibatnya, dia ke penjara selama 18 bulan! Janganlah mengikut telunjuk pemerintah sehinggakan ilmu yang kita pegang bukan dijadikan panduan, tetapi dipilih-pilih pula displin ilmu yang beliau miliki untuk menguatkan hujah demi untuk berburuk sangka kepada mereka yang dilabel sebagai ultra-kiasu ini. Sebagai umat Islam (penulis tak sebut Melayu-Muslim, kalau tidak, Ustaz Ridhuan Tee terkecuali), kita wajib memberi dan memperlihatkan kebaikan Islam supaya mereka yang bukan Islam tertarik dan berminat akan Islam. Mereka boleh jadi cenderung dengan Islam cukup sekadar terpesona dengan budi baik dan akhlak yang mulus yang ditonjolkan oleh umat Islam. Dan kita sebagai umat Islam (tidak tertakluk hanya untuk Melayu-Muslim sahaja) sepatutnya berbangga apabila ada di kalangan bukan Islam berminat untuk berjuang seiring dengan tuntutan agama Islam seperti memberi keadilan untuk rakyat, tidak mengambil dan menghulurkan rasuah, mengagihkan kekayaan hasil bumi negara dengan merata serta adil dan beramanah dalam menjaga hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat bawahan yang miskin dan lain-lain lagi yang sememangnya menjadi tanggungjawab umat Islam pada asalnya. Mana tahu, tindakan mereka ini boleh menjadi pendorong untuk mereka mengenali Islam dengan lebih dekat. Malangnya, Ustaz Ridhuan Tee ini bertindak sebaliknya. Asal ianya bernama UMNO yang dicadangkan menjadi sebuah pertubuhan Melayu-Muslim, tidak kisahlah kamu itu Melayu-Muslim, maka berbuatlah seburuk-buruknya,sehina-hinanya - dengan video lucah atau tuduhan liwat tidak masuk akal pun - janji yang berbuat buruk itu orangnya Melayu-Muslim!Itu okey. Itu tidak rugi hatta sedikit pun!Janji jangan DAP. Janji jangan ultra-kiasu!Itu pantang!