Sudah berkahwin?Syukur pada ALLAH – Tuan punya dunia – kerana sesungguhnya kalian telah hampir menyempurnakan sebahagian dari Islam. Tinggal separuh sahaja lagi bagi sambutan kebahagian tulen di Syurga milik ALLAH kelak. InshaALLAH. Tuntut perkahwinan itu sesuatu yang sunnah yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad saw malah inilah sebahagian daripada banyak tuntutan sunnah nya yang terasa begitu nikmat sekali.
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.
(Ar-Rum 21).
Lalu, diterbitkan kaedah-kaedah dalam mencapai hasrat membina perkahwinan yang kukuh berserta mengekalkan kesegarannya.
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
Namun pun begitu, perkahwinan yang terbina dari asas kasih dan sayang karunia ALLAH ini kadang-kadang dipersia malah menjadi sisa hampas akibat debu panas dunia dan hambatan waktu yang juga dari dunia. Sedangkan Islam melalui Nabi Muhamad saw sangat jelas memberi kerahmatan untuk mereka yang meleraikan ikatan nafsu syahwat terbitan syaitan dengan pernikahan. Cuma, yang menjadi kehairanan apabila sebuah perkahwinan yang dibina atas tujuan memurnikan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu kian menjadi pudar perlahan-lahan menuruti waktu. Boleh sesebuah perkahwinan itu dikekalkan kesegarannya? Bagi penulis, ianya sudah tentu boleh. Seperti yang pernah terkandung di dalam hasil kajian oleh Dr Fadhilah Kamsah telah membuktikan pasangan India di Malaysia merupakan pasangan yang berada di kedudukan teratas dalam kemesraan hubungan suami-isteri berbanding golongan berbangsa Cina dan diikuti golongan berbangsa Melayu yang terletak di tangga ke-3. Bagaimana pula kita?
Ke manakah perasaan kasih dan cinta yang tulus kepada isteri tiba-tiba menjadi layu di makan waktu? Ada yang menyebut faktor usia, ada yang menyokong faktor anak-anak dan tidak kurang juga yang menyebut pasangan mereka sendiri sebagai punca kepada perubahan ini.
Ramai yang telah menyaksikan perubahan yang ketara selepas perkahwinan. Dan sesentengah perubahan yang berlaku dari suami adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan. Suami dilihat begitu menarik apabila di letakkan di kalangan masyarakat namun menjadi seseorang yang berbeda apabila di ruamh bersama isterinya. Di dalam masyarakat, suami bagai dewa penyembuh duka rakan-rakan sepejabat dan menjadi teman utama meriuhkan suasana majlis tetapi berubah kepada sikap bengis, garang dan anti-sosial apabila bersama isterinya di rumah. Malah sehinggakan ada yang sanggup memukul isteri dan memaki-hamun sehinanya kepada isteri yang mereka sendiri mahu kahwini!
Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
Penulis mahu mengajak pembaca bersangka baik dengan pasangan dan kembali melihat kelemahan diri. Jika pembaca adalah wanita, maka beruntunglah kalian. Tulisan ini bagai tertuju untuk pasangan anda yakni sang suami. Apabila kita mencadangkan untuk mengikat sesorang anak gadis sebagai isteri, maka kita harus meyakini sepenuhnya, bahawa wanita itu satu-satunya yang paling baik untuk kita. Meyakini kenyataan itu bukanlah semudah mengucapkan dengan kata-kata yang manis dan diulang-ulang bagai mantra di depan isteri. Ianya wajar terbit dari hati yang benar-benar ikhlas seraya melalui tindakan yang jitu serta berterusan. Bagaimana sibuk kita bekerja mencari rezeki, begitu jualah mereka di tempat-tempat mereka bekerja walaupun tempat mereka bekerja itu di rumah sebagai suri. Kita sebagai suami haruslah meneladani Nabi Muhamad sebagaimana baginda melayari bahtera rumahtangga baginda bersama Saidatina Aishah.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
Oleh itu, adalah sesuatu yang amat malang apabila hari ini kita mendapati ramai suami yang begitu mudah mengubah citarasanya dengan sekelip mata sejurus selepas sebuah ikatan perkahwinan yang dibina itu menginjak waktu. Isterinya itu, itulah jua sejak kita kahwini mereka. Penulis di samping menulis, suka juga menasihati diri sendiri supaya senantiasa mengingati saat-saat manis dalam bercinta ketika bersama isteri. Bairpun punyai kekekurangan, yakin dan percayalah yang kita sebagai suami juga punyai kelemahan kita sendiri. Mereka ini yakni isteri kita sebenarnya yang sedang menampung kelemahan kita itu serta begitu jualah sebaliknya. Jadi,suami mestilah percaya yang isteri kita adalah yang paling tepat dan paling cocok untuk mendampingi kita. Telah lupakah para suami bagaimana kita dengan bersusah payah dan berhempas pulas memenangi hati isteri kita itu? Sedaya-upaya cuba mengambil hati kedua orang tua dan ahli keluarga wanita yang kita cintai itu untuk dijadikan isteri, alih-alih mereka juga yang diabaikan seusai perkahwinan telah menginjak waktu. Serinya tiba-tiba hilang. Sentuhan isteri tidak lagi menjadi satu sparkling yang menggetarkan seluruh tubuh badan sehingga mendatangkan debaran yang tidak terkawal. Ianya tiba-tiba berubah daripada sentuhan yang sama menjadi sebuah sentuhan yang merimaskan malah menjadi membebankan.
Dari Jabir r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya orang perempuan itu datang dalam bentuk syaitan (merayu) dan pergi (membelakang) dalam bentuk syaitan (merayu). Sebab itu apabila seseorang melihat perempuan, hendaklah dia pulang kepada isterinya, kerana dengan itu terhalang nafsunya (kepada perempuan yang dilihatnya).” Hadith sahih riwayat Muslim.
Maka, peringatan ini wajar kita sebagai suami merenungi dan menginsafi diri. Isteri adalah pendamping kita yang paling setia. Merekalah tempat kita menghamparkan segala harapan yang mungkin tidak didengari oleh orang lain. Mereka boleh menjadi pendorong kita yang luar biasa untuk kita mencapai sesuatu yang luar biasa. Benar, mereka juga racun mereka juga suria. Namun racun yang berbisa juga boleh menjadi sebuah penawar yang hebat juga. Pandanglah mereka dengan rasa kasih sayang dan ihsan. Cintailah mereka dengan perasaan yang berbunga-bunga setiap masa. Kenangkan segala apa pernah mereka korbankan kepada kita. Mereka tidak pernah menuntut pengorbanan itu berbayar, kadang-kadang sentuhan yang ikhlas dan mesra sudah memadai. Untuk apa mereka dimarahi dan ditengking bagai hamba, sedangkan merekalah itulah yang kita sendiri pilih untuk dijadikan suri. Bagaimana kita sebagai suami tidak boleh menjadi teman karib dan kekasih hati kepada isteri kita selepas ikatan perkahwinan terbina. Walhal, kekasih hati itu jugalah yang dipimpin dan dimesrai sebelumnya. Penulis sering tertanya, untuk apakah suami itu kekal sebagai suami sedangkan dia dengan sesuka hati merngherdik dan memarahi isterinya atas alasan amarahnya? Penulis kadang-kadang terguris hati menyaksikan sendiri bagaimana seorang isteri boleh berasa ketakutan dengan wajah serba panik dan gundah untuk menyambut kepulangan suami? Kadang-kadang hati menjadi remuk redam melihat bagaimana seorang suami boleh memaki-hamun isteri dengan kata-kata penuh hina dan kemudian boleh kembali semula kepada isteri bagi mendapatkan kepuasan nafsunya pula! Segarkanlah hubungan suami-isteri anda dengan mengubah keseluruhan sikap anda menghadapi keluarga. Dapatkan bahan-bahan bacaan yang boleh refresh hubungan suami-isteri. Kalaupun peranan isteri agak pasif, suami wajar memainkan peranan dengan mencipta sparkling-sparkling yang boleh memberi kesegaran dalam hubungan suami-isteri. Senarai panjangkan kehebatan-kehebatan isteri dan segala macam keistimewaanya di dalam hati kita. Ingat selalu kepada anak-anak kalian yang beliau bekalkan. Bawalah kebahagian dari mana-mana sumber agama Islam kita dan letakkan ia di dalam hubungan itu. Ucapkanlah setiap hari,sebelum tidur dan sebelum berpisah dengan isteri kalian betapa kalian begitu mengasihinya dan menghargainya di dalam hidup kalian!
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago